Seorang M@ut Dalam Letupan Paip Gas Di Sarawak. | LAWAS: Letupan paip gas Petronas di jajaran Long Ugui ke Long Sukang di sini menyebabkan seorang maut, manakala tiga lagi melecur. Mangsa yang maut merupakan pemandu jentera jengkaut warganegara Indonesia manakala tiga yang cedera adalah warga tempatan. Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong ketika mengesahkan kejadian berkata, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 2.10 petang. “Mangsa pertama berada di dalam jengkaut, dan jarak dia dengan tiga mangsa lain sekitar 200 meter,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu. Siasatan awal mendapati, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada kebocoran paip. Sementara…
Author: Admin Soleh
Seorang Ibu Terkejut Anaknya Tingkatan 2 Lahirkan Anak . | Baling: Rahsia seorang remaja perempuan yang sarat mengandung terbongkar apabila dia mengadu sukar membuang air besar kepada ibunya ketika berada di rumah mereka di sebuah kampung di sini, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang itu, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah dibawa ibunya ke Hospital Baling namun wanita berusia 40-an itu terkejut apabila doktor memberitahu anaknya mengandung dan bakal melahirkan anak. Selepas dua jam dimasukkan ke hospital, doktor memaklumkan kepada ibunya yang remaja perempuan terbabit disahkan selamat melahirkan bayi perempuan cukup sifat. Menurut sumber, ibu pelajar berkenaan…
Seorang Kanak-Kanak Perempuan ‘Bermandikan’ Telur. | PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang bermandikan lebih seratus biji telur ayam yang dipecahkan olehnya bikin orang ramai ‘pening’. Perkongsian video melalui akaun TikTok @rais_murtabak_kadok yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut menyaksikan aksi riang anak perempuannya memecahkan lebih seratus biji telur yang akan digunakan bagi membuat murtabak untuk dijual . Bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut menzahirkan rasa reda di ruang kapsyen dengan menulis ‘anak oh anak, sabar sahajalah, telur sudah menjadi bubur’. Sejurus video itu telah tular, majoriti besar orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memahami perasaan sang ibu tersebut apatah…
BKM 4 HARAM Diterima Rakyat – Tun Mahathir. | MELAKA: Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan kuasa yang ada kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri caretaker, selepas Naib Presiden UMNO itu meluluskan peruntukan RM2.1 bilion bagi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang diterima rakyat mulai esok. Bekas Perdana Menteri itu berkata, memandangkan kerajaan Persekutuan yang mentadbir negara selepas pembubaran Dewan Rakyat adalah sebuah kerajaan caretaker, Ismail Sabri tidak boleh meluluskan sebarang peruntukan kerana ia perlu mendapat kelulusan Parlimen. Tegasnya, oleh itu bayaran BKM berkenaan haram diterima rakyat kerana tidak sah dan…
3 M@ut Dalam Kebakaran Sebuah Banglo Di Sarawak. | KUCHING: “Pohon maaf sekiranya ada salah silap,” menjadi status pelik yang ditulis Aneeqa Affandi sekitar jam 2 pagi beberapa hari lalu, bagaikan petanda dia akan pergi selama-lamanya malam tadi. Aneeqa, 35 tahun, yang bekerja sebagai penyambut tetamu di salah sebuah hotel butik di bandar raya ini maut dipercayai lemas setelah rumahnya terbakar dalam kejadian di Jalan Bunga Tongkeng, Kampung Gita di sini. Turut maut, bapanya, Affandi Keli, 68 tahun, bekas Setiausaha Tetap di beberapa kementerian di negeri ini, termasuk Kementerian Perumahan yang ketika itu diterajui Tan Sri Abang Johari Tun Openg.…
Seorang Suri Rumah Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas. | SEREMBAN – Seorang suri rumah ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Taman Semaya Iringan Bayu di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun ditemui tergantung di kipas dalam keadaan tidak sedarkan. “Pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan polis yang daripada suami mangsa. “Mangsa seorang suri rumah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut…
Bayi Lelaki Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Meninggal Dunia. | MELAKA – Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka di sini, pada Ahad. Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia. Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu. “Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya…
Seorang Pelajar Perempuan Maut Jatuh Bangunan Sekolah Di Alor Setar. | Alor Setar: Pelajar perempuan tingkatan tiga ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Simpang Empat di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.30 pagi. Menurutnya, Ketua Balai Polis Simpang Empat yang menerima maklumat berhubung pelajar perempuan sekolah terbabit dipercayai terjatuh bangunan sekolah itu melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati tempat kejadian mempunyai bangunan empat tingkat yang mana bahagian bawah adalah perpustakaan, manakala tingkat dua dan empat pula…
Video Tular Halang Petugas Kesihatan. 3 Lelaki Ditahan Polis. | Satu video menjadi tular di media sosial. Di dalam video tersebut menunjukkan beberapa petugas kesihatan dihalang oleh beberapa orang lelaki ketika melanjalankan tugas mengambil seorang wanita untuk dihantar ke hospital.Dilaporkan, ketika membawa pesakit ke dalam ambulans, tiba-tiba terdapat seorang individu menyerang pemandu ambulans kenderaa. baca selanjutnya. KUALA SELANGOR – Polis menahan tiga lelaki disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa melakukan bantuan kecemasan terhadap seorang wanita yang mengalami kecederaan di hadapan sebuah pasar raya di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 17,…
5 Marsyal Iring Konvoi Parti Politik Dicari Polis. | Seremban: Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai marsyal dengan menahan kenderaan lain bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang, di sini, kelmarin. Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, rakaman video yang tular itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal membawa bendera parti politik sama dan menghalang laluan di lokasi berkenaan dikesan pada 6.47 petang. “Tindakan mereka sebagai marsyal dengan menahan dan mengawal kenderaan yang melalui lampu isyarat itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967. “Tindakan undang-undang…










