Seorang Tukang Masak Meninggal Dunia Ketika Hendak Turun Motosikal.| SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia semasa ingin menongkat motosikal di tepi jalan dekat Taman Cengal Emas dekat sini kira-kira 12 tengah hari, pada Ahad. Mangsa, Tan Kean Ong, 55, dilihat rebah, di mana kejadian tersebut disaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Anan di hadapan rumahnya menyebabkan bertindak mendapatkan bantuan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, bagaimanapun, pasukan perubatan yang tiba ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Menurutnya, saksi ternampak mangsa berhenti dan semasa ingin menongkat motosikal, dia telah terjatuh dan tidak sedarkan…
Author: Admin Soleh
Pelik Pelanggan Restoran Ini Jilat Dinding. Rupanya Ada ‘Benda’ Ni. | ARIZONA: Sebuah restoran popular di Scottsdale, Arizona mendapat perhatian ramai kerana menawarkan pengunjung menjilat dinding restoran yang dibuat dari garam himalaya. Lapor Oddity Central, restoran The Mission sudah melaksanakan perkara itu sejak 17 tahun lalu. Restoran yang terletak di bandar lama itu dikenali dengan hidangan lazat dan dinding garam berwarna merah muda yang dibina di sekitar bahagian dapur. Ketua chef yang bertanggungjawab membawa garam himalaya itu berkata, cara itu bagi menambah suasana keseluruhan tempat dan memberi pelanggan peluang baharu menikmati minuman tequila di restoran tersebut. “Menghisap jeruk nipis, menjilat…
Bon Odori. Ini Titah Sultan Selangor Kepada Menteri Agama. | KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program Bon Odori supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya. Baginda juga tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan mengelirukan dan tidak tepat. Perbuatan itu juga boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut, titahnya dalam satu kenyataan hari ini. “Baginda tidak mahu pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik menggunakan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan meraih…
Sebabkan Kematian Seorang Penunggang Basikal. Ini Hukuman Yg Dikenakan.| SEREMBAN: Seorang pegawai penyelidik, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal dalam kejadian 1 Jun lalu. Munirah Stapah@Salleh, 26, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Intan Syafinaz Roslin. Tertuduh pada 1 Jun lalu didakwa melakukan kesalahan itu sekitar pukul 8.25 pagi di Jalan Temiang-Pantai sehingga menyebabkan kematian Khalid Mohd. Isa, 72. Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak…
Video Seorang Budak Lelaki Umur 12 Tahun Rompak Stesen Minyak. | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilapor merompak sebuah stesen minyak dengan menggunakan senjata api dipercayai pistol dalam satu kejadian di Amerika Syarikat (US) baru-baru ini. Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut bertarikh 1 Jun, suspek pada awalnya dilihat berdiri menunggu giliran di kaunter juruwang sambil menggalas satu beg bewarna gelap. Memetik News, sebaik sahaja gilirannya tiba, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah juruwang dan menjerit “Masukkan wang ke dalam beg ini” sambil menghulurkannya. Pada awalnya, juruwang itu tidak mendengar dengan jelas permintaan dari…
Doktor Terkejut Temui Janin Dlm Perut Seorang Bayi. | Satu kes perubatan yang jarang berlaku membabitkan penemuan janin dalam perut seorang bayi berusia 40 hari di Motihari Bihar telah meraih perhatian ramai, lapor NDTV. Menurut laporan, bayi tersebut pada mulanya telah dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk mendapatkan rawatan kerana perut kembung. Difahamkan, bayi itu tidak dapat membuang air kecil dengan baik disebabkan oleh masalah perut kembung yang dihadapinya. Doktor dari Pusat Perubatan Rahmania, Dr Tabrez Aziz telah memeriksa bayi itu dengan melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengenal pasti punca sebenarnya. Apabila keputusan diketahui, doktor terkejut selepas…
Orang Awam Bergaduh Dgn Pegawal Keselamatan Hospital. Ini Puncanya. | TEMERLOH: Tular sebuah video di laman media sosial memaparkan kekecohan melibatkan orang awam dan seorang pengawal keselamatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini hari ini. Pergaduhan itu dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan pengawal keselamatan yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di wad di situ. Video berdurasi 10 saat itu memaparkan kekecohan di hadapan bangunan utama Hoshas susulan pergaduhan antara beberapa lelaki dengan pengawal keselamatan. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu bermula selepas…
Seorang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dlm Kereta McLaren. | PETALING JAYA: Misteri sebuah kereta mewah tersadai berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu terjawab apabila seorang lelaki ditemui mati di dalam kenderaan itu, petang tadi. Kejadian itu disedari orang awam selepas mendapati lelaki berusia 28 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Najilan Che Pa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 6.03 petang sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah kereta mewah model McLaren diparkir berhadapan pusat hiburan berkenaan dan terdapat mangsa seorang…
Berlagak Samseng. Ini Tindakkan Pihak Polis. | SEREMBAN: Polis kini menyiasat insiden penunggang motosikal yang mengganggu jalan raya di Jalan Temiang-Pantai dekat sini yang rakaman video berdurasi 11 saat kejadian tersebut tular di media sosial sejak malam semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian. “Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling…
Bayi Yg Meninggal Dunia Tiba-Tiba Menangis Di Majlis Pengebumiannya. | Pelik tapi benar! Seorang bayi perempuan di New Delhi, India yang dilaporkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital mengejutkan ahli keluarganya berikutan ‘mayat’ itu menangis ketika majlis pengebumiannya berlangsung. GAMBAR SEKADAR HIASAN Memetik laporan Daily Nation Today, dua kakitangan hospital di Banihal telah pun digantung kerja berikutan bayi tersebut masih hidup walaupun pada mulanya disahkan meninggal dunia dalam kandungan beberapa jam sebelum dilahirkan. Difahamkan, bayi perempuan itu dilahirkan oleh seorang wanita dikenali sebagai Shamemma Begum pada Isnin lalu, sebelum anaknya disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan. Bercerita lebih lanjut, selepas dua…