Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Seorang Penuntut USM Maut Terjatuh Dari Tingkat 8. | GEORGE TOWN – Seorang penuntut dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun malam tadi. Mangsa, Lukman Hakim Mat Rani, 22, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan bawah bangunan berkenaan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan seorang penuntut di universiti berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam. “Mayat pelajar tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan termasuk ujian saringan Covid-19. “Polis…

Read More

Perdana Menteri Umum Tol Percuma Dan Diskaun 50%. |PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol sehingga 50 peratus kepada Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan dibuat bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. “Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta di mana jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat…

Read More

Ahli Parlimen Petaling Jaya Dipenjara 7 Hari. | Pengerusi kumpulan Naza, SM Faisal SM Nasimuddin berjaya dalam usahanya untuk mengaitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah sebagai menghina mahkamah. Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap ahli parlimen PKR itu berhubung kenyataan awamnya pada 2019 berhubung hukuman penjara yang dikenakan terhadap bekas isteri ahli perniagaan itu, Emilia Hanafi. Bagaimanapun, Maria Chin, 66, tidak hadir di mahkamah kerana sebelum ini disahkan positif Covid-19. Pada September 2019, peguam SM Faisal membawa kes itu ke mahkamah syariah untuk memulakan prosiding penghinaan. Emilia, 42, dijatuhkan hukuman…

Read More

Seorang Tahanan Rohingya Yg Melarikan Diri Keluar Minta Makanan. | BANDAR BAHARU: Seorang tahanan etnik Rohingya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini didakwa membuat kecoh dan meminta makanan di sebuah pasar raya mini di Valdor, Pulau Pinang dekat sini sebelum ditahan orang ramai, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, lelaki etnik Rohinya berusia 37 itu ditemukan dalam keadaan keletihan dipercayai akibat kelaparan di belakang premis tersebut. Menurut Muhammad Nuursyamsuddin Che Adni, 29, dia dihubungi seorang rakannya kira-kira pukul 5.30 petang memaklumkan terdapat seorang lelaki warga asing membuat kecoh di premis berkenaan. “Kawan saya beritahu lelaki…

Read More

Seorang Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Terawih. | BALING: Seorang jemaah lelaki meninggal dunia ketika menunaikan solat terawih berjemaah di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, di sini semalam. Zamri Saad, 51, dari Lorong Sungai Tas, Kampung Lanai di sini rebah ketika solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu. Seorang penduduk, Hashim Osman, 51, berkata, ketika itu arwah solat satu saf dengan jemaah lain dan arwah berada di belakang imam. “Ketika rakaat ke-20 sebelum tahiyat akhir, tiba-tiba dia rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang…

Read More

Mayat Wanita Ditemui Dalam Kereta Dengan 4 Kesan Kelar. | ALOR GAJAH: Mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kereta dengan empat kesan kelar di tangan di Jalan Besar Felda Menggong, Hutan Percha di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mayat wanita berusia 45 tahun itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira pukul 1.30 petang. “Kita menerima panggilan daripada orang awam mendakwa terdapat mayat dalam sebuah kereta jenis Perodua Kenari. Polis ke lokasi dan pemeriksaan menemukan mayat seorang wanita dengan kesan kelar di tangan bersama-sama sebilah parang berhampirannya,”…

Read More

Lelaki Disaman Kerana Bayang Kereta Berada Ruang Parkir OKU. | Seorang pemandu tidak percaya bahawa dia telah dikenakan saman sebanyak RM364 hanya kerana bayang keretanya berada di ruang parkir Orang Kurang Upaya (OKU). Menurut Metro UK, Matthew Cole telah meninggalkan kereta jenis Ford bewarna perak di luar Pajabat Pos Blackheath di Lewisham, London pada Mac yang lalu. Difahamkan, bayang-bayang keretanya telah masuk ke tapak parkir OKU berhampiran dan bulan berikutnya, dia terkejut kerana menerima surat saman daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Lewisham. “Ia tidak masuk akal, tiada sebarang tanda di tempat saya meletakkan kenderaan dan gambar yang mereka hantar kepada…

Read More

Budak Lelaki Terkencing Dalam Masjid. Tak Sangka ‘Ini’ Jemaah Lakukan. Hebat. | Semalam ada seorang budak lelaki kencing dalam masjid semasa solat terawih. Ia sangat menarik, baca tulisan ini ya. Rasanya masa tu tengah solat terawih rakaat ke 5 dan 6. Tengah-tengah solat tu, seorang lelaki di sebelah saya tiba-tiba menghentikan solatnya. Saya perasan dia cuba berjalan ke hadapan sedikit, dan melambai-lambai orang di hadapan. Saya nampak sipi-sipi saja, saya pun tak faham apa berlaku. Saya jeling sikit, saya nampak ada seorang budak lelaki 2 saf di hadapan saya. Dia berpaling ke belakang, mukanya seperti pucat, rasa bersalah, hampir menangis.…

Read More

Rina Bertemu TMJ. Ini Cadangan TMJ Buat Ramai Orang SETUJU. | JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi memastikan kes penderaan mangsa sindrom down dikenali sebagai Bella tidak lagi berulang. “Penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan dengan segera yang mana ia haruslah merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan. “Ini adalah bagi memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” titahnya menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook rasminya pada Selasa. Difahamkan, cadangan berkenaan adalah buah fikiran…

Read More

Seorang Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Ditemui Rentung Dlm Kebakaran. | LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 30 buah rumah atas air di Kampung Sabah Baru, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Nurul Alisha Putri Abdullah ditemukan rentung apabila rumah diduduki terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.52 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak lapan kilometer daripada balai. Sebaik sahaja tiba di lokasi, kira-kira 30 buah rumah musnah sepenuhnya…

Read More