Lelaki Mengamuk Di Majlis Pernikahan Kekasih Kerana MARAH Dikhianat. | JAKARTA – Gara-gara kecewa cinta dikhianati, seorang lelaki mengamuk di sebuah majlis perkahwinan kerana teman wanitanya memilih jejaka lain sebagai suami selepas mereka bercinta selama tujuh tahun, lapor portal Wolipop semalam. Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman Instagram, seorang lelaki yang memakai jaket hitam dilihat berada dalam keadaan marah dan memberitahu bahawa dia ingin bertemu dengan pengantin. Lelaki tersebut dilaporkan baru pulang ke Indonesia selepas merantau di Malaysia selama tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, dia menjalinkan hubungan cinta jarak jauh bersama teman wanitanya. Lelaki itu bagaimanapun berasa kecewa apabila…
Author: Admin Soleh
Seorang Bayi Kritikal Selepas Diserang Oleh 5 Ekor Anjing. | SPENCER, OKLAHOMA – Seorang bayi berumur setahun di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat sedang bertarung dengan nyawa selepas diserang oleh lima ekor anjing jenis pitbul ketika dia bermain di sebuah taman, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. Bayi yang hanya dikenali sebagai J. J. Rodriguez itu dilaporkan mengalami kecederaan teruk pada wajahnya sehingga terkoyak selain tengkoraknya turut dapat dilihat. “Rahangnya terkoyak dan giginya juga tercabut,” kata bapa bayi itu. Sementara itu, Pejabat Sherif Daerah Oklahoma dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut yang berlaku pada petang Ahad lalu. “Pasukan polis…
Penerima Bantuan Banjir Basah Kuyup Beratur Dalam Hujan. | SHAH ALAM: Penerima bantuan bencana banjir di Klang hari ini basah kuyup ketika beratur menunggu giliran untuk mendapatkan dana RM2,000 daripada kerajaan persekutuan dan negeri. Ada yang berpayung namun lebih ramai yang pasrah bermandi hujan. Sebelum hujan turun sekitar 3 petang tadi, penerima terlebih dahulu beratur bawah panas terik. Tinjauan FMT mendapati penerima hadir ke Dewan MBSA Kemuning Utama, Seksyen 33, seawal 7 pagi lagi meskipun SMS daripada pejabat daerah memaklumkan kaunter agihan hanya dibuka pada 3 petang. “Kita datang awal sebab semalam kita tengok sudah sibuk, orang beratur panjang sambil…
Seorang Lelaki Cuba Terjun Bangunan IPD Diselamatkan. | SUNGAI PETANI: Cubaan seorang pengutip tin membunuh diri gagal selepas dipujuk anggota bomba setelah memanjat bumbung bangunan lima tingkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abd. Rahman berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh petugas pondok pos pengawal IPD Kuala Muda pada pukul 4.45 petang sebelum pihaknya bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Sungai Petani untuk bantuan penyelamat. Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.15 petang dan mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk lelaki tersebut…
Mayat Wanita Ditemui Mereput Dalam Rumah 3 Tahun. | LONDON – Mayat seorang wanita yang mereput di dalam rumahnya selama lebih dua tahun berjaya dikenal pasti oleh pihak polis, lapor akhbar The Sun UK, semalam. Sheila Seleoane, 61, ditemui di atas sofa ruang tamu rumahnya selepas jiran-jiran lebih 50 kali mengadu mengenai bau aneh seperti daging membusuk dari kediaman tersebut. Lalat juga kedengaran berdengung di rumah pangsa itu dan dilihat keluar dari tingkap selain ulat-ulat juga memasuki rumah lain, jelas penghuni lain di kawasan tersebut. Bagaimanapun, mereka diberitahu bahawa bau itu berpunca daripada masalah longkang dan tiada siapa mahu datang…
Kali Kedua Anak Meninggal Dunia Ketika Bayi. | Seremban: Pilu hati seorang bapa apabila menerima panggilan telefon daripada isterinya memaklumkan anak bongsu mereka tidak bernafas sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sendayan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian 3 petang itu, Nour Rania Asyifaa Yuseri, kanak-kanak perempuan berusia setahun tiga bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, di sini. Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi akibat komplikasi pada 2020. Yuseri…
Seorang Bayi Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh. | SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan dengan kepalanya tersangkut pada buaian ketika di rumah pengasuh di Bandar Sri Sendayan di sini semalam. Bayi tersebut, Nour Rania Asyifaa Yuseri disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang oleh doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Sendayan selepas pengasuhnya mendapati dia gagal bernafas. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, hasil siasatan awal mendapati selepas bayi itu diberikan susu pada pukul 12.30 tengah hari mangsa telah ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik bersama dua kanak-kanak lain. “Selepas…
NGERI. Kren Gondola Dipukul Ribut. ADA VIDEO. | Kuala Lumpur: Beberapa pekerja yang berada di dua kren gondola di TS Law Tower, Jalan Kemuning, di sini, berdepan detik cemas apabila hilang kestabilan sehingga tali hampir terbelit dan bertembung sesama sendiri akibat hujan lebat dan ribut petang ini. Aksi cemas berkenaan tular di media sosial apabila video berdurasi 2.32 minit itu menunjukkan pekerja terbabit yang berada di atas kren gondola itu hilang kawalan akibat ribut. Komander Operasi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Junain Bahau berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghantar jentera ke tempat kejadian. “Seramai…
Negeri Sembilan Bakal PKPD? Ini Jawapan Menteri Besar. | SEREMBAN – Sekatan pergerakan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekiranya dilaksanakan hanya akan dikuatkuasakan secara bersasar terhadap mana-mana lokaliti atau kawasan dikenal pasti sebagai langkah mitigasi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu berpandukan keputusan kerajaan Persekutuan yang memberi jaminan tidak melaksanakan sebarang PKP atau sekatan dalam sektor ekonomi dan sosial di sebalik peningkatan kes harian Covid-19 di negara ini. Susulan itu beliau berkata, berita bertajuk ‘Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?” semalam oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan. “Berita tersebut harus dilihat…
Seorang Wanita Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah. | KOTA KINABALU : Seorang wanita ditemukan rentung di bahagian ruang tamu rumahnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Tikolod, Tambunan dekat sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, Norhabibah Awang,30, dipercayai terperangkap di biliknya dan tidak sempat menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Desmond Micky @ Dominic berkata, mayat mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat atas semasa kebakaran memusnahkan sepenuhnya rumah papan dua tingkat itu. “Semasa operasi pemadaman dilakukan, kami menemukan mayat rentung pada bahagian ruang tamu rumah tersebut. “Sembilan ahli keluarga mangsa berjaya…