Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Tular Gambar Sebuah Myvi Yg Terbabas Di Tanah Perkuburan. | PETALING JAYA – Tular beberapa gambar di media sosial hari ini memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berada di dalam kawasan tanah perkuburan Islam. Menerusi perkongsian Negeri Sembilan Update, kelihatan kenderaan tersebut telah menceroboh dan memandu di atas kubur-kubur yang terdapat di situ. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di tanah perkuburan Islam di Senawang, Negeri sembilan, namun, punca kejadian masih belum dikenal pasti . Susulan daripada kejadian itu, rata-rata orang ramai terkejut malah mula tertanya-tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku. “Ni mesti salah sekolah memandu takpun salah cikgunya,” Kata Roziah. “Kalau…

Read More

Tular Pemandu Tunjuk Gari. Ini Individu Yang Dicari Polis. | PETALING JAYA: Pemandu kereta yang menunjukkan gari kepada pemandu lain susulan salah faham, disahkan seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, individu terbabit merupakan anggota berpangkat Lans Koperal dan bertugas di IPD itu. “Saya sahkan anggota itu dari IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal. Siasatan tatatertib telah dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti,” katanya kepada FMT. Baru-baru ini, rakaman kamera dari sebuah kenderaan yang bergerak di lorong kanan sepanjang Jalan Tun Razak…

Read More

Video Tular Ditumbuk Dan Ditendang Oleh Anak Tiri. Ini Luahan Si Bapa. | YAN: Mangsa yang ditumbuk dan ditendang oleh anak tirinya sehingga cedera dalam kejadian di Kampung Ruat di sini semalam berharap lelaki itu dipenjara dan dimasukkan ke wad psikiatri. Dalam kejadian pada pukul 7 pagi semalam, individu berusia 29 tahun mengamuk selepas bapa tirinya, Nordin Ahmad, 71, enggan memberikannya wang. Menurut Nordin, anak lelaki tunggal isterinya, Salmiah Man, 50, kini sukar dikawal dan akan mengamuk setiap kali mereka enggan menuruti kemahuannya. “Saya juga mahu dia diberikan rawatan di wad psikiatri kerana tahap mentalnya semakin teruk sejak terlibat dengan…

Read More

21 Kluster Pendidikan Dan 8 Buah Sekolah Ditutup Kerana Covid. | SEREMBAN: Terdapat 21 kluster jangkitan Covid-19 berkaitan pendidikan telah dilaporkan di Negeri Sembilan sehingga semalam dan sebanyak lapan buah sekolah juga telah ditutup buat sementara waktu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penutupan lapan buah sekolah tersebut adalah berdasarkan penilaian risiko oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi tujuan pengesanan kontak rapat, isolasi, sanitasi dan mitigasi serta akan dibuka semula secara berperingkat. “Kesemuanya melibatkan lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) manakala tiga buah lagi melibatkan Sekolah Kebangsan (SK). “Hasil penelitian, pola penularan kes Covid-19 di sekolah kebanyakannya bersifat sporadik…

Read More

Jururawat Suntik Vaksin Anak KJ Tampil DEDAH Cerita Sebenar. | PUTRAJAYA – “Demi Allah saya tak ada langsung keluarkan apa-apa vaksin, yang tak masuk pada badan budak-budak,” itu penjelasan jururawat yang memberi suntikan dos vaksin Covid-19 kepada anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menerusi video yang dimuat naik pada Facebook Kementerian Kesihatan, wanita tersebut menjelaskan, dia sudah melakukan prosedur yang betul sepanjang pemberian vaksin Covid-19 itu menerusi Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids). “Saya melakukan prosedur sama kepada ibu bapa lain iaitu saya ambil vaksin dan tunjukkan jenisnya, saya tunjuk cara saya keluarkan vaksin itu dari botol, saya tunjuk…

Read More

Dituduh Anak ‘Cucuk Angin’. Ini Jawapan BALAS YB KJ. | Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan anak Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin, mengambil suntikan vaksin Covid-19. Apa yang disebarkan oleh sesetengah pihak, di dalam video itu seolah-olah anak Menteri berkenaan hanya ‘cucuk angin’. Selepas tersebarnya video fitnah tersebut, akhirnya YB Khairy Jamaludin tampil membuat satu kejayaan di twitter miliknya. Makin dihentam, makin kuat menongkah arus. Demikianlah perumpamaan tepat boleh ditujukan buat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Mungkin ramai sedia maklum, selaku insan utama dalam sektor kesihatan negara, pelbagai usaha yang dilakukan beliau dalam memerangi wabak COVID-19. Perjuangan terbesar yang dilakukannya…

Read More

Sempat Kemas Rumah sebelum Ditemui Lemas Di Air Terjun. | Sabak Bernam: “Semalam, adik ada mengemas rumah dan perbuatannya itu menimbulkan tanda tanya kerana sebelum ini dia seperti endah tak endah apabila saya minta tolong,” kata Siti Suzelawati Ma’asor, 38. Siti Suzelawati adalah kakak sulung kepada Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz, 20, yang ditemukan lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai dekat perkampungan Orang Asli di Kampar, Perak hari ini. Turut ditemukan lemas adalah sahabat Muhammad Amirul Hafidz, Muhammad Fikri Adam Azmi juga berusia 20 tahun dalam kejadian pada 10 pagi itu. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama…

Read More

Seorang Lelaki Bertindak Membakar Rumah Jiran. Ini Puncanya. | JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang lelaki di wilayah Sumatera Utara bertindak nekad membakar rumah jirannya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Suara.com semalam. Suspek yang dikenali sebagai NS, 39, membakar rumah mangsa, Gong Martua Pulungan, 37, yang tinggal di hadapan rumahnya. Menurut Ketua Polis Barumun, Asisten Komisioner Polis Miptahuddin, suspek pada awalnya pergi ke rumah mangsa untuk mencarinya, namun gagal menemui lelaki itu. Akibat tidak dapat menahan marah, dia menyiram minyak petrol ke atas sebuah motosikal model Honda Beat milik mangsa yang diletakkan di kawasan rumah tersebut.…

Read More

Seorang Lelaki OKU Ditemui Rentung Dalam Bilik Tidurnya. | KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung selepas bilik tidurnya terbakar di sebuah rumah di Lorong Changkat Damai, Kampung Changkat Damai, dekat sini hari ini. Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada orang awam pada pukul 10.01 pagi. “Seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dan Selayang dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran pada sebuah bilik tidur di rumah berkenaan dan seorang lelaki ditemui rentung,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.…

Read More

Bagai Gergasi Hitam. Aksi Ribuan Burung Terbang Buat Ramai SERAM. | Sekumpulan burung perling yang berkumpul berhampiran bandar Patras, Greece pada Rabu lalu mencipta semula babak yang berada dalam filem seram arahan Alfred Hitchcock, iaitu The Birds (1963). Memetik Greek Reporter, ribuan burung perling tersebut terbang melintasi jambatan Rio-Antirrio dalam formasi sfera yang sangat jelas. Jelas kelihatan di udara, ribuan kawanan burung itu seolah-olah mengembang dan mengecut dengan seragam. Hal ini sangatlah jarang berlaku dan ‘rare’. Saat yang menakjubkan itu sempat dirakam oleh seorang individu warga tempatan Menurut Greek Reporter, terdapat burung-burung ini yang bermastautin di Eropah barat dan selatan…

Read More