Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Selepas Bayi Maut Dalam Kemalangan, Ibu Pula Menyusul. | |Papar: Ibu kepada bayi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Kimanis – Keningau, malam tadi, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Papar. Wanita terbabit yang duduk di bahagian hadapan sambil memangku bayinya yang berusia setahun dilaporkan tercampak keluar selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra terbabas. Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati keluarga dari Keningau menuju ke Papar. Katanya, ketika menuruni jalan bukit berselekoh dalam keadaan hujan lebat dan pemandu yang juga suami mangsa berusia 40-an, dikatakan gagal mengawal kenderaan…

Read More

Ahli Parlimen Bertumbuk Dalam Dewan Parlimen. | AMMAN, JORDAN – Satu insiden kecoh tercetus di Parlimen Jordan kelmarin apabila sidang ahli parlimen saling bertumbuk selepas perbincangan mengenai pindaan perlembagaan yang akan memberikan hak yang lebih besar kepada wanita menjadi ‘panas’, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin. Menerusi video yang dirakam daripada insiden itu, segelintir ahli parlimen terlibat dalam pertengkaran fizikal apabila mereka bergaduh dan melemparkan kata-kata ugutan serta penghinaan antara satu sama lain. Speaker Parlimen bahkan terpaksa meninggikan suaranya untuk menguruskan situasi tersebut. Menurut sumber yang menyaksikan insiden itu, pergaduhan tercetus antara ahli parlimen konservatif, Hassan Riati dan Shadi Udwan selepas…

Read More

Luluh Hati Ibu Apabila 2 Anak Maut Dalam Kemalangan. | KEMAMAN – Luluh hati seorang ibu apabila dua anak yang selama ini menjaganya seperti permaisuri sejak kematian suami­nya, maut apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 170, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 4.30 petang itu mengorbankan Mohd. Faizal Shaari, 29, dan abangnya, Termizi, 37, apabila motosikal jenis Yamaha Lagenda yang mereka naiki bertembung de­ngan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan. Zaleha Latiff, 57, berkata, dia terlalu sedih kerana tidak me­nyangka anaknya yang sering menjaga kebajikannya pulang sebagai jenazah. Katanya, sebelum kejadian, dua anaknya itu…

Read More

3 Lelaki Dan 3 Wanita Bergaduh Depan Balai Polis. Ini Puncanya. |PETALING JAYA: Percintaan tidak direstui keluarga menjadi punca enam individu bergaduh sehingga ditahan polis semalam. Dalam kejadian 3.25 petang itu, tiga lelaki dan tiga wanita berusia 17 tahun hingga 35 tahun didapati bergaduh di pekarangan Balai Polis Komuniti di Kelana Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis bertugas kemudian memberi amaran supaya suspek menghentikan perbalahan dan beredar. Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak mengendahkan amaran diberikan anggota polis. “Polis kemudian menahan semua suspek kerana bergaduh di kawasan balai polis. “Semua suspek diambil keterangan…

Read More

Seorang Lelaki Maut Ditetak Abang Dengan Pedang. | JELI – Seorang lelaki maut dipercayai ditetak abangnya dengan sebilah pedang dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Rual Melayu di sini pagi tadi. Kejadian pada pukul 1.20 pagi itu berlaku semasa abangnya yang berusia 30-an yang mengalami kemurungan dipercayai tiba-tiba menyerang dan menetak bahagian belakang leher mangsa. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin, berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 30 tahun dipercayai sedang memasak di dapur di rumah mereka sebelum kejadian. “Suspek dipercayai secara tiba-tiba datang dari arah belakang sebelum terus menetak adiknya dengan sebilah pedang. “Insiden…

Read More

Long Tiger Ditahan Bersama 3 Lelaki Yg Memberi Perlindungan Padanya. | TANGKAK – Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab. Hamid yang dicekup polis di Sungai Petani, Kedah petang semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak, pagi ini. Lelaki berketurunan Rohingya berusia 32 tahun itu dibawa ke mahkamah terbabit bersama tiga lagi individu lelaki yang berusia 36; 38, dan 46 tahun dipercayai terlibat memberi perlindungan kepada Long Tiger. Keempat-empat mereka termasuk lelaki yang berperwatakan wanita yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani serta di Yong Peng, Batu Pahat, kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Januari.…

Read More

Seorang Wanita Terkejut Ada Janin Dalam Rahimnya Sejak 35 Tahun Lalu. | Algiers: Seorang wanita warga emas di Algeria tidak menyedari kewujudan janin dalam rahimnya sejak 35 tahun lalu sehingga dia melakukan ujian imbasan X-ray, baru-baru ini. The Sun melaporkan, ujian imbasan menunjukkan imej janin yang sudah tidak bernyawa dan menjadi keras di dalam rahim wanita berusia 73 tahun berkenaan. Janin dipanggil lithopedion itu berada dalam tubuh wanita berkenaan selama beberapa dekad. Ia berusia tujuh bulan dengan berat dua kilogram (kg). Meskipun begitu, wanita berkenaan menikmati kualiti hidup yang baik dan tidak mengalami kesan sampingan akibat janin yang sudah keras…

Read More

Long Tiger Sembunyi Di Rumah Seorang Pondan Di Kedah. |Alor Setar: Lelaki Rohingya dikenali ‘Long Tiger’ yang berjaya ditahan hari ini didapati menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, dekat sini. Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang itu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah. Menurut sumber, sepasukan polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah. “Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan…

Read More

Hampir 2 Bulan Tinggal Bersama Mayat Ibu. Ini Puncanya Yang MENGEJUTKAN. |JAKARTA – Seorang lelaki di Pulau Bali mengejutkan penduduk setempat apabila tinggal bersama mayat ibunya selama hampir dua bulan kerana dikatakan bagi menurut wasiat terakhir ditinggalkan wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam. Putu Sugiarta, 53, membiarkan mayat ibunya, Wayan Terpi, 96, di rumah mereka selama 56 hari selepas wanita itu meninggal dunia pada 3 November lalu. Lelaki itu dikatakan menggunakan ais batu dalam kuantiti yang banyak bagi mengawet mayat ibunya agar tidak rosak dan berbau. Menurut laporan, Wayan meninggalkan pesanan terakhir kepada Putu agar mayatnya dibiarkan selama empat…

Read More

Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Maut Didera Oleh Ibu Kandung. | KLANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut didera menggunakan kayu, tali pinggang serta penyangkut baju di sekitar daerah ini, baru-baru ini. Insiden itu terbongkar selepas polis menerima laporan dibuat seorang pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira pukul 6.20 petang, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan laporan memaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ibunya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Pemeriksaan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia dengan kesan lebam pada seluruh badannya. “Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu disyaki…

Read More