Bos Mydin Cerita Keadaan Sebenar Ketika Premis Dipecah Masuk. |PETALING JAYA: Mereka yang memecah masuk premis Mydin kelmarin dikatakan berniat melakukan rompakan apabila bersenjatakan pisau dan parang selain membawa lari barang bukan keperluan, kata Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin. Beliau berkata, mereka juga bukan mencuri barang-barang makanan yang boleh dimakan tetapi mengambil barangan elektrik dan pelbagai barangan lain yang berharga seperti jam, peralatan komputer dan sebagainya di tingkat satu kedai berkenaan. “Melihat barang-barang yang dicuri, mereka menceroboh (kedai) bukan untuk makanan tetapi masuk untuk mencuri,” katanya menganggarkan nilai kecurian antara RM200,000 hingga RM300,000 selepas dinilai kakitangan Mydin, menurut laporan…
Author: Admin Soleh
Lelong Aset Dan Barang Sajat. Pembida Dapat Durian Runtuh. | PETALING JAYA- Pemenang lelongan aset dan barang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan dengan bayaran harga serendah RM42,000 . Sebelum ini, lelongan harta usahawan itu menutup bidaan pada harga RM132,000, namun gagal menerima pembayaran selepas pemenangnya menghilangkan diri. Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, seramai tiga pembida menyertai lelongan tersebut yang dilakukan untuk kali kedua pada hari ini. “Sesi lelongan itu dimulakan dengan bukaan harga RM60,000, namun diturunkan kepada RM50,000 dengan kenaikan sebanyak RM5,000 untuk setiap bidaan. “Bagaimanapun, tiada pembida yang membuat bidaan…
Suruh Isteri Letak Gambar Nikah Jadi Wallpaper Sblm Hilang Dlm Banjir. | Sepang: “Arwah suami sarankan saya letak gambar kami ketika bernikah sebagai ‘wall paper’ telefon pintar ketika menghantar saya ke tempat kerja di Nilai, Negeri Sembilan pagi Sabtu sebelum dia dilaporkan hilang petang itu,” kata Siti Haida Aliza. Siti Haida, 26, adalah isteri kepada Muhamad Syafiq Saharuddin, 26, yang ditemui lemas di sebuah tali air berhampiran Desa Salak Pekerti, Kampung Labu Lanjut di sini, semalam. Siti Haida berkata, pagi itu, suaminya bertolak ke Batang Kali, Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan selepas menghantarnya ke tempat kerja. Menurutnya, dia tidak…
Seorang Lelaki Dan Kanak-Kanak Hilang Redah Air Banjir. | Dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan Umno di Mentakab, Temerloh semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan pada jam 3.15 petang dan menggerakkan enam anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab ke lokasi kejadian. “Kenyataan saksi kepada polis mendakwa terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak meredah air di kawasan tersebut sebelum dihanyutkan arus dan hilang. “Bagaimanapun setakat ini identiti mereka masih belum dikenal…
Speaker Tolak Usul Banjir. Ini Komen Tok Mat Buat Ramai Setuju. |PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menolak usul tergempar membahaskan krisis banjir di Parlimen sebagai tidak sensitif, tidak berparlimen dan pengabaian tanggungjawab yang serius. Katanya, tiada agenda lebih besar dan utama daripada krisis banjir yang melanda beberapa negeri sejak Jumaat lalu. “Tiada aturan mesyuarat yang boleh mengatasi kepentingan rakyat kebanyakan yang kehilangan harta benda, nyawa dan memerlukan segala usaha penyelamatan yang segera. “Tiada siapa yang lebih besar di Parlimen, selain rakyat dan kepentingan mereka,” katanya dalam kenyataan. Semalam, sidang Dewan Rakyat…
Lewat Beri Bantuan. Ini Jawapan Perdana Menteri. | JELEBU: Semua pihak perlu dipertanggungjawabkan dalam isu pengurusan banjir ketika ini termasuk isu kelewatan dalam urusan bantuan dan menyelamat. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengakui berlaku kelewatan dalam urusan bantuan kepada mangsa yang terjejas termasuk di negeri Selangor, namun, ia bukanlah sesuatu yang disengajakan. Tegas beliau lagi, tanggungjawab menguruskan isu banjir bukan hanya terletak pada Kerajaan Persekutuan semata-mata bahkan melibatkan kerajaan negeri dan agensi di peringkat daerah yang bertindak sebagai barisan hadapan. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan, dalam isu kelewatan menghulurkan bantuan kepada…
Tular Mangsa Banjir Pecah Masuk Mydin. Ini Respon Pengarah Mydin. | Tular isu pecah masuk Mydin Mart di Sri Muda, Shah Alam baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin telah mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, beliau telah menghalalkan barang yang dicuri dan memaafkan individu yang melakukan perbuatan tersebut. “Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup. “Dengan seikhlas hati saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang lambat tiba dan bukan niat yang sebaliknya,” katanya…
Viral Bekas Pelajar Hadiahkan Kereta. Ini Luahan Guru. | SEREMBAN: “Andai dapat diulang masa, saya tetap ingin terus menjadi guru di Kolej Tunku Kurshiah (TKC),”. Demikian luah Ahmad Bidin, 58, ketika ditemui di kediamannya di Taman Bukit Nibong, Sikamat, di sini. Kisahnya menjadi tular apabila dia menerima sebuah kereta Perodua Aruz yang disumbangkan oleh 38 kumpulan (batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 dan A Level, TKC sempena persaraannya baru-baru ini. Menurut Ahmad, dia juga tidak menyangka segala ilmu yang dicurahkan kepada anak muridnya diberikan balasan sebuah kereta sebaik sahaja dia bersara. “Boleh dikatakan sumbangan ini…
Polis Tembak Suspek. Ini Cerita Sebenar Yang Ramai Nak Tahu. | KUCHING – Pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah seorang suspek yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan selepas lelaki itu dilihat memegang selaras senapang patah ketika cuba dihampiri semalam. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail memaklumkan, selepas kereta jenis Proton Saga dipandu suspek berjaya dihentikan dengan tiga das tembakan di tayar, anggota polis telah cuba menghampirinya untuk diperiksa dan terlihat suspek sedang memegang selaras senapang patah. “Ketika cuba menghampiri kereta itu, tiba-tiba anggota polis terlihat suspek memegang selaras senjata api dan untuk mempertahankan diri, sebanyak dua das…
Long Tiger Lolos Dari Lokap Mahkamah. | Tangkak: Polis giat memburu seorang lelaki warga Myanmar yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret di sini, pagi hari ini. Lelaki terbabit, Abd Hamim Ab Hamid berusia 33 Tahun juga dikenali sebagai ‘Long Tiger’. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, polis kini menjalankan Ops Tutup di semua jalan keluar dan masuk daerah Tangkak. “Usaha mengesan suspek masih dijalankan polis serta khidmat anjing pengesan K9 turut digunakan selain sekatan jalan raya (SJR),” katanya dalam kenyataan hari ini. Menjelas lanjut, Mohd Fadhil berkata, polis menerima laporan pada 11.55 pagi hari ini memaklumkan…