Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Tular Video 3 Lelaki Mengamuk Kerana Tak Tahan Bunyi Bising Tadika. | SEREMBAN: Tiga lelaki dipanggil memberikan keterangan susulan laporan polis dibuat oleh seorang pengusaha tadika berhubung perselisihan faham di antara mereka berkenaan mengenai bunyi bising kanak-kanak yang belajar di pusat asuhan tersebut. Rakaman video yang memaparkan kejadian tersebut turut tular dalam media sosial Facebook hari ini sehingga menimbulkan pelbagai reaksi warganet. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan lanjut dijalankan selepas pengusaha tadika membuat laporan polis hari ini. “Difahamkan, perselisihan faham berlaku disebabkan jiran terganggu dengan bunyi…

Read More

Berang Dengan Majikan. Tindakkan Wanita Ini Buat Bosnya Rugi RM5juta. | Gara-gara tidak berpuas hati dengan ketua, seorang wanita bertindak memulakan kebakaran menggunakan pemetik api di premis tempat dia bekerja. Namun tidak disangka, perbuatannya itu mengakibatkan kemusnahan yang besar! Wanita 38 tahun itu didakwa menggunakan pemetik api untuk membakar sekeping kertas sebelum melemparkannya ke dalam tong minyak di gudang Prapakorn Oil di Thailand. Kebakaran itu yang menyebabkan kerugian lebih 40 juta baht (kira-kira RM5,040,146.95). Dalam kejadian itu, api difahamkan merebak dengan pantas ke seluruh bangunan gudang setingkat yang digunakan untuk menyimpan beribu-ribu liter tangki minyak. Foto dan video kebakaran menjadi…

Read More

Lelaki Tergamam Ditahan Polis Selepas Sejam Bergelar Pengantin Baru. | KEMAMAN – Seorang pemandu lori tergamam apabila ditahan polis tidak sampai sejam bergelar pengantin baru bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman di sini semalam. Sewaktu ditahan, lelaki berusia 22 tahun tersebut baru selesai melangsungkan akad nikah dengan pasangannya di premis berkenaan pada pukul 12 tengah hari. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan suspek yang berasal dari Kampung Seberang Tayor di sini itu bagi membantu siasatan kes samun di sebuah rumah sarang burung Kampung Mak Lagam di sini pada 21 September lalu.…

Read More

Rezeki Terpijak. Wanita Jumpa Muntah Ikan Paus. | KEMAMAN – Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bernilai ratusan ribu ringgit di Marang baru-baru ini. Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu. Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia sampah. “Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya kembali ke lokasi itu pada keesokan…

Read More

Pekerja Kelab Malam Ditemui Mati Tikam Paha Sendiri. | Kuala Lumpur: Pekerja sebuah kelab malam ditemui maut selepas dipercayai menikam diri sendiri dalam kejadian di Taman Usahawan Kepong di sini, awal pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 3.57 pagi. Menurutnya, sepasukan polis ke lokasi dan menemui lelaki berusia 49 tahun itu dalam keadaan terbaring atas lantai dan berlumuran darah. “Berdasarkan siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan didapati lelaki itu bersama dua rakan sekerja minum minuman keras selepas menutup operasi premis pada 12…

Read More

Merajuk Dengan Kekasih. Tindakkan Lelaki Ini Buat Ramai Orang MARAH. |JAKARTA – Gara-gara bertengkar dengan teman wanitanya, seorang lelaki nekad berbaring di tengah jalan raya dan enggan bangun meskipun berulang kali dipujuk, lapor laman berita Suara.com hari ini. Menerusi satu klip video yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki berseluar pendek itu dilihat berbaring di atas sebatang jalan secara tiba-tiba. Daripada reaksinya, dia kelihatan sedang bertengkar dengan seorang wanita bertudung yang membawa sebuah beg galas. Wanita itu kemudiannya dilihat cuba memujuk lelaki berkenaan, namun dia enggan bangun dari atas jalan dan terus berbaring tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang. Tidak lama selepas…

Read More

Terjun Tasik Cermin. Ini Tindakkan Datuk Bandar Ipoh. | Tasik Cermin di Ipoh yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semula jadinya, ditutup bermula hari ini gara-gara tular video menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam tasik berkenaan. Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata kawasan tersebut ditutup sehingga siasatan kes itu selesai dijalankan dan pembukaan semula untuk kunjungan pelancong akan diumumkan kepada orang ramai. “Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Katanya identiti pelaku masih dalam siasatan dan tindakan…

Read More

Ini Teguran TS Rais Yatim Kepada Menteri Dalam Negeri. | KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim hari ini menegur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didapati tidak pernah hadir ke sidang Dewan Negara pada penggal ini. Teguran itu dibuat Rais ketika menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menjawab soalan jawab lisan. “Saya nak komen sedikit sahaja, YB Menteri (Hamzah) tidak pernah datang ke Dewan (Negara). Sampaikan salam,” ujarnya. Ketika dihubungi, Rais mendedahkan Hamzah tidak pernah hadir sejak Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas yang bermula 13 September lalu. “Saya perlu…

Read More

Penduduk Kampung Terkejut Air Sungai Bertukar Hijau. | LIPIS – Keadaan air Sungai Kechau Tui di sini yang bertukar menjadi hijau dengan tiba-tiba sejak semalam mengejutkan penduduk setempat. Seorang penduduk Kampung Kechau Tui, Azman Ismail,55, berkata kejadian pertama kali berlaku itu melibatkan sungai sepanjang kira-kira tiga kilometer mula disedari penduduk awal pagi semalam. “Kami terkejut apabila melihat air sungai berkenaan berwarna hijau dan mengalir terus ke Sungai Jelai. “Mungkin bahan kimia kerana kalau sisa perlombongan ia biasanya berwarna keruh dan paling teruk pun berwarna hitam,”katanya di sini hari ini. Menurutnya, penduduk kampung telah melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa untuk pemantauan…

Read More

NGERI. Remaja Orang Asli Diserang Beruang Ketika Mencari Kayu. | Sungai Siput: Remaja Orang Asli cedera selepas diserang binatang buas dipercayai beruang ketika mencari kayu di hutan berhampiran rumahnya dekat Lasah, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang tadi oleh anggota Balai Polis Lintang. Beliau berkata, maklumat pertama diperoleh bersumberkan anggota terbabit yang kebetulan terlihat remaja lelaki itu dalam keadaan mengalami luka teruk ketika dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran. Mohd Khaizam berkata, berdasarkan penceritaan mangsa berusia 18 tahun itu, dia mendakwa diserang binatang…

Read More