Seorang Lelaki Maut Dalam Pergelutan Di Perak. Ini Puncanya. | IPOH: Pertengkaran empat lelaki berhubung kes kecurian pembesar suara mudah alih berakhir dengan kematian seorang daripada mereka dalam kejadian di pasar pagi Flat Ashby Road, Sungai Senam, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dalam pergelutan bersama suspek yang juga membabitkan dua beranak. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ekoran suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka. Katanya, berlaku pertengkaran mulut yang kemudian mengakibatkan pergelutan…
Author: Admin Soleh
Harga Barang Naik Mendadak. Ini Komen DS Najib Razak. | PETALING JAYA: Najib Razak berkata beliau sudah pun memberi amaran pada awal tahun ini bahawa dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menyebabkan inflasi lebih tinggi pada bulan seterusnya, sekali gus menepis dakwaan beliau tidak mahu berdebat mengenai isu kenaikan harga barang yang semakin membarah. Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kenaikan mendadak harga barang ketika ini berpunca daripada dasar fiskal, buruh dan ekonomi kerajaan PN sejak tahun lalu serta “lockdown” separuh masak yang dilaksanakan begitu lama mengakibatkan kekurangan bekalan dan perubahan permintaan yang tidak konsisten. Katanya, sejak Februari beliau sudah memberi…
5 Individu Ditahan Polis Akibat Bertumbuk Di Jalan Raya. | AMPANG – Akibat bertumbuk di jalan raya sambil membawa senjata berupa gergaji dan payung menyebabkan lima individu ditahan di dua lokasi berasingan di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah, dekat sini malam tadi. Empat lelaki dan seorang wanita tempatan berumur antara 16 hingga 48 tahun yang terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi dan lori ditahan antara pukul 7.30 malam hingga 9 malam oleh sepasukan polis daerah. Turut dirampas sebuah lori dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta senjata-senjata yang digunakan semasa kejadian. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,…
‘Ragging’ Junior Hingga Cedera. 5 Pelajar Tahfiz Ditahan. | PETALING JAYA : Tindakan lima remaja mendera dan membuli pelajar junior di sebuah Madrasah Tahfiz di Hulu Langat dekat sini sehingga cedera mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam. Penahanan suspek berusia lingkungan 14 sehingga 24 tahun itu yang juga merupakan pelajar senior di Madrasah tersebut dilakukan selepas satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan yang dibuat oleh bapa saudara mangsa kira-kira pukul 6.19 pagi. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki memaklumkan bahawa anak saudaranya berusia…
Lelaki Kurang Siuman Bergayut Di Papan Tanda Diselamatkan. | Serdang: Seorang lelaki kurang siuman yang bergayut di atas papan tanda di jejantas di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, hari ini, berjaya diselamatkan pihak bomba. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.07 petang. “Tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba, kami mendapati terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cuba membunuh diri dengan bergayut di atas papan tanda di jejantas terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya,…
Tular Hukuman Guru Berleter. Ini Jawapan Menteri Pendidikan. | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan jadual bertajuk ‘Unit disiplin KPM: Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang’ seperti ditularkan di portal dan media sosial sejak semalam. Menterinya Radzi Jidin berkata pihaknya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. “Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut. “KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk ‘Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang’ dalam mana-mana dokumen rasmi KPM. “Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini yang turut memuat naik kenyataan penafian KPM berkait isu tersebut. Terdahulu…
“Orang Ramai Akan Rindu Gelagat Dan Aksi Saya Nanti”. | PETALING JAYA: Bekas ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yakin orang ramai akan rindu gelagat dan aksinya selepas tewas pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka. Beliau juga tidak menolak kemungkinan membuat “comeback” pada PRU15 yang dijangka diadakan pada tahun hadapan. Norhizam berkata kekalahannya Sabtu lalu akan turut memberi kesan kepada populariti Pengkalan Batu sendiri. “Lepas ni orang dah tak kenal Pengkalan Batu…saya yang telah popularkan Pengkalan Batu, gelagat Norhizam dalam Dewan orang akan rindu. “Sebab orang nak tengok saya berdebat, dia akan jadi isu hangat bila Pengkalan Batu berdebat…satu Malaysia…
Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Sawah. Keadaannya Menyayat Hati. | BAGAN SERAI – Mayat bayi perempuan ditemui dalam keadaan membengkak dan membusuk dipercayai dibuang di sebuah kawasan sawah berdekatan lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di sini pada Isnin. Keadaan bayi tidak berbaju dianggarkan berusia lebih kurang sembilan bulan itu disedari seorang lelaki yang juga pemilik tanah sekitar jam 8.30 pagi. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen atau kain balutan berkaitan kes itu. “Status hidup atau mati semasa dilahirkan tidak dapat dipastikan kerana organ dalaman mayat bayi berkenaan telah…
Lepas Tewas Dengan Calon PN Di Sungai Udang Ini Tindakkan Calon BN. | Calon Umno Sungai Udang Mohamad Ali Mohamad yang mengalami kekalahan mengejut kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka berikrar untuk membersihkan partinya dari “pembelot” dan “pengkhianat”. Mohamad Ali, yang juga timbalan ketua Umno Melaka berkata walaupun BN berjaya menguasai kerajaan Melaka, dia menerima laporan kurang menyenangkan mengenai tindakan sesetengah ahli Umno. Katanya, antara aduan yang diterimanya ialah pihak berkenaan tidak membantu BN, membantu musuh atau sabotaj parti kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pimpinan pusat. “Sebelum ini juga, ada sebilangan ahli Umno yang ketika…
“BN Patut Berterima Kasih Pada Saya”. Ini Sebabnya. | SHAH ALAM – Perebutan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu sudah terjawab apabila kemenangan majoriti 131 undi akhirnya milik calon tertua daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Noordin. Namun, di sebalik kejayaan Setiausaha Wanita UMNO negeri Melaka itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa punca sebenar kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah kerana dirinya. “Sepatutnya UMNO dan BN kena berterima kasih kepada saya terutamanya Datuk Kalsom Noordin kerana undi saya, DAP kalah. “Sekiranya…