Ini Teguran Mufti Pulau Pinang Buat Menteri Besar Kedah. | GEORGETOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegur Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan serta menjaga imej sebagai pemimpin kerajaan negeri yang dihormati. Teguran itu dibuat berikutan kenyataan Muhammad Sanusi mengaitkan judi ekor dengan Pulau Pinang yang dianggap sebagai sesuatu mendukacitakan dan tidak wajar. Menurut Wan Salim, kenyataan Menteri Besar Kedah itu boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap institusi-institusi agama Islam di Pulau Pinang yang sentiasa berusaha memartabatkan kedudukan Islam di negeri berkenaan. “Kita sedia…
Author: Admin Soleh
Eco-Shop Umum Terpaksa Naikkan Harga Bermula 1 Disember. | Dikalangan masyarakat Malaysia, Eco-Shop adalah antara tempat wajib yang dikunjungi oleh para pembeli yang mencari barang kelengkapan rumah. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah adalah antara sebab mengapa Eco-Shop sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Namun disebabkan kos barang yang semakin meningkat, Eco-Shop melalui satu Notis Perubahan Harga berkata bahawa mereka terpaksa menaikkan harga kepada 10 sen. Terbaharu, melalui hantaran Facebook rasmi Eco-Shop, syarikat itu berkata, “Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat…
Berhenti Mengejut Beli ‘Mangga Jalanan’ Buat 2 Kereta Kemalangan. | Ada sebab kenapa kerajaan tidak membenarkan peniaga menjual barang mereka di hentian lampu isyarat. Antara sebabnya adalah bakal menyusahkan pengguna jalan raya lain seperti apa yang berlaku pada klip video yang tular di media sosial ini. Melalui satu perkongsian video di media sosial ketika ini menyaksikan pemandu sebuah kereta Proton Waja memberhentikan kenderaan tersebut di tengah jalan semata-mata ingin membeli ‘colek mangga’. Mangga terbabit dilaporkan dijual oleh seorang penjual yang menjaja di tepi sebuah lampu isyarat di Pulau Pinang. Tindakan pemandu Proton Waja itu memberhentikan keretanya secara mengejut menyebabkan dua…
Seorang Lelaki Ditahan Selepas Tikam Ibunya Bertubi-Tubi. | ACEH: Seorang pemuda yang didakwa mempunyai masalah mental menikam ibunya yang ketika itu menyiapkan sarapan pagi dalam satu kejadian di Bener Meriah, Aceh kelmarin. Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa memasak juadah sarapan pagi sebelum dia masuk ke tandas. “Suspek yang berusia 30 tahun tiba-tiba meluruh ke arah ibunya dan menikam wanita itu bertubi-tubi. “Mangsa sempat menjerit minta tolong dan jeritannya didengari oleh beberapa jiran yang segera datang ke rumah anak-beranak tersebut,” kata jurucakap polis, Rime Gayo. Katanya, mangsa mengalami luka tikaman di bahagian bahu, punggung, kepala, tapak tangan serta muka. Jelas…
Pertembungan BN & PN Di Melaka. Ini Harapan Muhyiddin Pada PM. | Muhyiddin Yassin berharap pilihan raya negeri Melaka yang menyaksikan pertembungan Perikatan Nasional (PN) melawan BN tidak menimbulkan sebarang isu antara dua gabungan politik itu yang bekerjasama di peringkat persekutuan. “Kerajaan persekutuan yang kita tubuhkan adalah gabungan banyak parti yang agak luar biasa, tetapi saya fikir ini adalah untuk kepentingan negara. Ini dilakukan untuk memastikan beberapa kestabilan. “Saya rasa ini tidak mengapa pada tahap Kerajaan Persekutuan. Jadi diharap ia tidak menimbulkan sebarang isu. Harap perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) akan bekerjasama dengan ahli kabinet yang lain, dari BN atau…
Hilang Dua Orang Tersayang Dalam Masa 48 Jam. AlFatihah. | Sepang: “Hilang dua orang tersayang dalam masa 48 jam sememangnya sesuatu yang menyedihkan, namun terpaksa menerima hakikatnya walaupun berat untuknya,” kata Mahani Hamid. Mahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi pada Jumaat. Pagi tadi, suaminya, Saad Hashim,70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu meninggal dunia pada 4 pagi di kediamanya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang. Berkongsi perasaannya, Mahani berkata, berat untuknya menerima pemergian…
Balik Kampung Dan Hadir Kenduri Punca Kes Covid-19 Meningkat. | KUANTAN – Kepulangan ahli keluarga ke kampung yang membawa ‘buah tangan’ Covid-19 dikenalpasti menjadi antara punca berlaku sedikit peningkatan penularan kes Covid-19 di negeri ini khususnya di Kuantan dan Pekan. Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, ini dapat dilihat melalui peningkatan kes di daerah Pekan melibatkan 62 kes daripada 25 keluarga yang dikesan di Felda Chini. “Berdasarkan siasatan turut mendapati ada perhimpunan keluarga seperti kenduri dan majlis sosial yang lain serta kurangnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan mereka. “Seringkali kita berpesan, bila melakukan rentas negeri…
Digelar Katak Dan Pembelot. Norhizam Dedah Punca Dia Keluar PH. | AYER KEROH: Norhizam Hassan Baktee percaya beliau mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu kerana wakil rakyat teladan sepanjang tiga setengah tahun lalu. Dalam temubual eksklusif dengan FMT, Norhizam berkata, beliau mampu menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi penduduk Pengkalan Batu dengan segera dan mahu dipilih semula untuk menangani lebih banyak masalah. Kali ini, Norhizam bertanding atas tiket bebas selepas memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada 2018 sebagai ahli DAP. Bekas Exco Melaka itu, yang terpalit kontroversi akibat beberapa kenyataan dahulu, berkata…
PRN Melaka. Idris Haron Cadang PM Kempen Untuk PH. Ini Puncanya. | JASIN – Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Idris Haron mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun berkempen bagi Pakatan Harapan (PH). Idris berkata, langkah itu bagi mengelakkan parti-parti dalam kerajaan yang bertembung sesama sendiri di 28 kerusi di PRN Melaka kali ini berkecil hati terhadap Ismail Sabri. “Saya pun tidak pasti PM nak kempen yang mana, takut PM kempen BN (Barisan Nasional) nanti, PN (Perikatan Nasional) pula kecil hati, bila PM kempen PN, nanti BN pula…
PH Umum Adly Bakal KM Melaka. Ini Reaksi Idris Haron. | Melaka: “Saya hanya fikir mahu memajukan kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di sini. “Jadi, saya tiada masa untuk ‘sakit kepala’ memikirkan siapa bakal menjadi Ketua Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang,” kata calon PH di Asahan, Datuk Seri Idris Haron. Bekas Ketua Menteri itu berkata, sama ada calon PH di Bukit Katil yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari bakal menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, juga tidak penting kerana yang lebih utama adalah nasib rakyat negeri…