Seorang Pelawak Ditahan Polis Kes Pemerdangan Manusia. | KUALA PILAH – Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya. Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks. “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang…
Author: Admin Soleh
Tun Mahathir Kemuka Dua Kaedah Untuk Tangani Covid-19. | PETALING JAYA: Hanya dua kaedah diperlukan kerajaan bagi menangani jangkitan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dalam negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, kaedah tersebut meliputi iaitu dengan memisahkan sama ada menjarakkan dan menjauhkan diri daripada orang lain. Katanya, seseorang itu memerlukan penjarakan sehingga dua meter berbanding penjarakan satu meter yang diamalkan kerana varian Delta boleh merebak melalui angin. “Bagaimanapun, jika cara itu tidak berkesan, mempercepat pemberian vaksin berkemungkinan boleh berkesan. “Jika vaksin ramai dan cepat, saya yakin kita boleh kurangkan kes baharu. Tetapi banyak birokrasi (membantutkan)…
Lelaki Ini Buat Cubaan Kali Kedua Rentas Daerah Lalu Jalan Laut. | GEORGE TOWN – Seorang lelaki didakwa membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di negeri ini ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam semalam. Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot. Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna. Lelaki yang…
Video Lelaki Mengamuk Dan Serang Polis Dengan Kayu. | Kuching: Seorang lelaki naik angin dengan menyerang anggota keselamatan yang bertugas apabila gagal keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Telaga Air di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia 30 tahun itu menyerang anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS ) yang bertugas dengan batang kayu. Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, suspek dikatakan mahu keluar dari kawasan PKPD itu namun dihalang petugas keselamatan. Katanya, anggota keselamatan meminta suspek balik ke rumah tetapi…
Jiran Temui Seorang Wanita Meninggal Dunia Dalam Rumah. | Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita kurang enak yang kita terima melibatkan masyarakat di sekeliling. Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana seorang individu ditemui meninggal dunia di tepi jalan dan terbaharu, kisah seorang mak cik pula dikatakan meninggal sendirian di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam. Berita itu tular selepas seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @capiqzahari memuat naik video petugas awam memecahkan pintu rumah selepas menerima laporan daripada jiran-jiran yang curiga dengan bauan kurang enak dari rumah tersebut. Semuanya berlaku apabila ibu kepada…
Seorang Wanita Meninggal Dunia Pada Hari Pernikahan. | Sudah pasti hari pernikahan adalah hari yang dinanti-nantikan, siang malam sudah pasti kita berdoa dan berharap majlis akan berjalan seperti dirancang dan dipermudahkan segala urusan untuk melangkah masuk ke alam rumahtangga. Namun apa yang berlaku pada lelaki ini disebaliknya. Bakal isterinya meninggal dunia hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk disatukan. Baca selanjutnya. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan lelaki ini apabila wanita yang bakal dinikahinya telah pergi buat selama-lamanya. Paling meruntun hati apabila mengetahui wanita tersebut telah menghembuskan nafas terakhirnya di majlis pernikahan mereka. Siapa sangka, suasana ceria di majlis pernikahan yang…
Setahun Adik Meracau. Rupa-Rupanya Ada ‘Sesuatu’ Ditanam Kawasan Rumah. | Walaupun kita sudah memasuki era moden, percaya atau tidak, masih wujud individu yang menggunakan kaedah sihir khususnya bagi menjatuhkan musuh atau orang lain yang tidak disukai. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna media sosial memuat naik satu video yang memaparkan penemuan barang sihir yang didakwa ditanam pihak tak bertanggungjawab berhampiran kediamannya. “Ini barang yang ditanam area rumah… mujur jumpa,” demikian kapsyen pada video tersebut. Sehingga kini, ia meraih lebih daripada 1.3 juta jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik! Berkongsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mimie…
Wanita Baru 2 Minggu Bersalin Cuba Bunuh Diri. Puncanya Buat Ramai SEBAK. | Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar kes-kes melibatkan cubaan bunuh diri. Ada kes yang disebabkan tekanan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), ada yang sanggup bunuh diri kerana buntu cari jalan penyelesaian masalah. Berpantang merupakan tempoh yang sukar bagi si ibu yang baru melahirkan anak memandangkan mereka mengalami perubahan emosi, fizikal dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi baru lahir. Namun begitu, berbeza pula dengan kisah seorang wanita ini yang mengalami gangguan emosi sehingga nekad untuk menamatkan nyawanya dengan cara terjun dari bangunan rumahnya. Mujurlah tindakannya…
Rakam Aktiviti ‘Cari Hantu’. Tiba-Tiba Pocong Muncul Main ‘Cak Cak’. | Di laman media sosial sudah pasti kita dapat menonton video-video tentang aktiviti paranormal. Banyak video di dalam youtube dalam aktiviti ‘mencari’ hantu. Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang individu mendakwa terakam kelibat makhluk halus yang dipercayai seperti pocong di sebuah rumah usang. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka turut merasai ‘keseraman’ situasi itu. Berdasarkan video pendek berudari 0:16 saat yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter, memperdengarkan suara seorang lelaki dipercayai sedang melakukan aktiviti paranormal di sebuah kawasan yang sudah…
Bakal Dilantik Sebagai PM Interim? Ini Jawapan Datuk Seri Ismail Sabri. | Tular di media sosial bahawa Datuk Seri Ismail Sabri akan dilantik sebagai Perdana Menteri Interim. Dakah benar atau tidak? Disini kami kongsikan penjelasan Datuk Seri Ismail Sabri tentang isu tersebut yang buat ramai tertanya- tanya. BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak khabar angin bahawa beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, khabar angin mengenai pembentukan kerajaan interim yang tersebar dalam media sosial itu tidak perlu dilayan. Sebaliknya, beliau menjelaskan, isu berkenaan sengaja dimainkan oleh pihak tertentu berikutan penangguhan sidang Dewan Rakyat, esok. “Orang…