Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Kalau Mohon KWSP Lambat, Adakah Masuk Awal? Ini Jawapan Menteri Kewangan | Sejak semalam, media sosial ‘dibanjiri’ dengan luahan pencarum yang rata-ratanya berkongsi keterujaan mereka apabila pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 akan dikreditkan bermula hari ini. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi. Sehubungan itu, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran Facebooknya dan kebanyakan mereka meluahkan rasa syukur. Sementara itu, aktivis, Abdul Rani Kulup juga turut meninggalkan komen seolah-olah memberi amaran kepada Tengku Zafrul sekiranya wang KWSP tidak dikreditkan pada…

Read More

Israel Terus Mengganas… Rempuh Perkarangan Masjid Al-Aqsa, Beri Alasan Mahu Kawal Keselamatan | Baitulmaqdis: Polis Israel memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Subuh, dua hari selepas ratusan jemaah ditahan di masjid. Pihak berkuasa Israel berkata, mereka memasuki kawasan itu pada Ahad hanya untuk melakukan rondaan rutin ke tapak suci itu. Bagaimanapun, rakyat Palestin menyekat kemaraan Israel dengan meletak bongkah batu sebagai halangan daripada kawasan itu diceroboh. Polis membebaskan rakyat Palestin untuk keluar dari kawasan luas di luar masjid, manakala berpuluh-puluh lagi masih kekal di dalam. Petugas perubatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 19 orang mengalami kecederaan susulan pencerobohan…

Read More

Pemimpin Parti Haluan Kanan Denmark Bakar Salinan Al-Quran, Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya | Sweeden – Seorang pemimpin parti berhaluan kanan di Denmark dilaporkan telah meletakkan senaskah al-Quran di atas lantai sebelum membakarnya di kawasan yang majoritinya penduduk beragama Islam dalam kejadian pada Khamis lalu. Memetik laporan TRTWorld, lelaki tersebut telah diiringi oleh polis dan pergi ke kawasan awam terbuka di selatan Linkoping sebelum meletakkan kitab suci al-Quran itu di bawah. Dia kemudian membakar kitab itu tanpa mengendahkan bantahan daripada orang ramai. Difahamkan, kira-kira 200 penunjuk perasaan berkumpul di dataran untuk menunjukkan bantahan mengenai tindakan itu. Mereka juga telah menggesa pihak polis…

Read More

Video Bayi 3 Bulan Jadi Tular Kerana Boleh Bercakap | Seorang bayi berumur tiga bulan menjadi tular di media sosial Indonesia apabila video yang menunjukkan dia bercakap dimuat naik di laman TikTok, lapor portal berita Suara, hari ini. Rakaman video bayi lelaki bernama Abizar itu dimuat naik oleh ibunya, Devi ketika wanita itu bertanya sama adan anak itu mahu minum susu. “Abizar mahu minum susu?” tanya Devi. “Enggak,” jawab si bayi. “Betul tidak mahu minum susu,” tanya si ibu lagi. “Mahu,” kata anaknya secara spontan. Aksi luar biasa Abizar itu mengejutkan pengguna media sosial yang menganggap bayi tersebut sebagai satu…

Read More

Jemaah Masjid Diserang! Lima Cedera Ditembak Selepas Solat Tarawih | TORONTO: Lima individu cedera dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di sini, lapor agensi Anadolu yang memetik kenyataan polis. Jurucakap Jabatan Polis Toronto, David Rydzik, berkata sekumpulan lelaki diserang secara rawak dan ditembak dari sebuah kenderaan di daerah Scarborough. Beliau berkata, dalam insiden yang berlaku pada bulan Ramadan itu, mangsa baru selesai menunaikan solat pada waktu malam di masjid berkenaan. “Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan, tetapi masih belum diketahui jumlah suspek yang terbabit dalam kejadian itu. “Setakat ini, polis masih tidak dapat menyatakan sama ada mangsa menjadi sasaran kerana pegangan…

Read More

Wanita Lumpuh Ini Cekal Siapkan 10,000 Tempahan Ketupat Palas | RANTAU PANJANG: Walaupun hanya mampu berkerusi roda akibat lumpuh separuh badan, seorang wanita cekal menerima tempahan hampir 10,000 biji ketupat palas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanismariza Mohamed, 49, menerima tempahan pelanggan bukan sahaja dari seluruh Kelantan malah negeri luar seperti Johor, Pahang, Melaka dan Selangor yang mana diproses sejuk beku sebelum dipos kepada setiap pelanggan. Dia yang lumpuh paras pinggang ke bawah akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu, menggunakan kemahiran membuat ketupat palas hasil resipi turun-temurun bagi mencari rezeki sejak dua tahun lalu…

Read More

Wanita Mengandung Maki Jiran Didenda RM100 Gara-Gara Berang Anak Bergaduh | PETALING JAYA: “Gara-gara mengeluarkan perkataan kesat kepada jiran kerana berang anak-anak mereka bertengkar, seorang wanita sarat mengandung didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis. M Rita Mary, 37, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua hari jika gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada jirannya, seorang wanita, V Furkadevi, 31. Kesalahan dilakukan di sebuah Flat Program Perumahan Rakyat (PPR), Kota Damansara pada jam…

Read More

Wanita Curi Perhatian Selamba Pergi Kenduri Kahwin Pakai ‘Baju Kelawar’ | Seorang wanita di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular di media sosial apabila dengan selamba mengenakan ‘baju kelawar’ ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan, lapor laman Wolipop, hari ini. Rakaman video itu dimuat naik oleh akaun Instagram @vidiowedding yang memaparkan wanita berkenaan naik ke pelamin dan bergambar dengan pasangan pengantin. Keberanian wanita itu mengenakan pakaian biasa tanpa berdandan ke majlis perkahwinan telah membuatkan pengantin perempuan menghulurkan wang sagu hati sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di kenduri mereka. Menurut pemilik video, Fikri Rizaldi, wanita itu ialah jiran kepada…

Read More

Unik! Ustaz Yahya Pakai Kostum Badut, Ajar Kanak-Kanak Mengaji  | GURU mengaji tak semestinya berpakaian serba putih, berjubah ataupun memakai kopiah. Yahya Edward Hendrawan memilih penampilan yang unik ketika mengajar al-Quran yang mana dia akan tampil menggayakan kostum badut. Pakaian barwarna-warni, solekan wajah dan hidung badut berbentuk bulat menjadi gaya rasmi lelaki itu setiap kali dia mengajar. Lelaki yang tinggal di Pinang, Kota Tangerang, Indonesia itu telah telah mengajar sejak tahun 2002. Namun, idea untuk memakai kostum badut ketika mengajar hanya tercetus pada tahun 2010. Mengabdikan diri sebagai guru mengaji, Yahya juga memasang impian untuk memberantas is buta baca al-Quran.…

Read More

Siti Bainun Dera Bella Setiap Hari, Pukul Setiap Malam -Saksi | KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendera remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, setiap hari selama hampir empat bulan. Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata kejadian itu berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021. “Saya dan Aida (penghuni rumah itu) turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berumur 13…

Read More