Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Keluarga Tawar RM10,000 Jika Jumpa Bapa Yang Hilang | IPOH: Keluarga mangsa hilang, Lau Sam, 84, menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang menjumpai mangsa, yang sudah lapan hari ketika mendaki bukit Puncak Jelapang. Lau Kok Gian, 48, berkata ganjaran itu ditawarkan susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ditamatkan semalam susulan gagal menemukan sebarang petunjuk. Katanya, khidmat profesional seperti malim gunung turut dirayu bagi pencarian bapanya yang dikesan hilang kira-kira jam 6 petang 11 Mac lalu ketika melakukan aktiviti mendaki di Puncak Jelapang, di sini, bersama tujuh rakan. “RM10,000 tetap ditawarkan kepada sesiapa yang…

Read More

MB Kedah Cadang Eksport Ketum, Ini Respon Menteri Yang Ditunggu Ramai | Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat tiada keperluan membenarkan aktiviti mengeksport daun ketum ke luar negara seperti dicadangkan Menteri Besar Kedah sebelum ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan untuk tidak membenarkan aktiviti eksport itu dibuat berdasarkan akta sedia ada di mana ketum dikawal di bawah Akta Racun 1952. “Permintaan dia (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) mungkin sesuatu yang datang daripada permintaan peribadi. Buat masa ini, kita tidak benarkan (eksport ketum). “Keputusan itu dibuat berdasarkan akta sedia ada iaitu Akta Ketum 1952,” katanya…

Read More

Wilayah Persekutuan Benarkan Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Bermula 1 April | Khalifah Media Networks – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan atau saf dirapatkan di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 1 April ini. Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, pihaknya juga menetapkan supaya jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri. Beliau berkata, kehadiran ke masjid dan surau pula dibenarkan tanpa had umur dan mereka yang telah menerima suntikan vaksinasi Covid-19. “Selain itu, masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan. “Manakala qiamullail pula dibenarkan…

Read More

Berjalan Atas ‘Fries’ Mcdonald’s, Lintasan Pejalan Kaki Unik Ini Jadi Tarikan Baharu Di Ibu Kota| Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s di Bukit Bintang ini akan membawa pengunjung berjalan atas ‘fries’ dan terus ke dalam restoran makanan segera itu. McDonald’s Malaysia mengambil inisiatif ke arah menjadikan Kuala Lumpur bandar raya sejahtera menjelang 2030 dengan menampilkan Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s di persimpangan utama lintasan pejalan kaki Bukit Bintang di sini. Lintasan pejalan kaki di hadapan restoran McDonald’s Bukit Bintang iaitu restorannya yang pertama dibuka di Malaysia sejak 40 tahun lepas, diilhamkan daripada fries atau kentang goreng yang menjadi menu utama pelanggan.…

Read More

(VIDEO) PM Umum Setuju Benarkan Pengeluaran KWSP RM10K | Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penjelasan lanjut dan jelas akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. “Kerajaan mendengar dan meneliti semua pihak untuk pengeluaran,” katanya dalam sidang media khas tadi. Menurut Ismail Sabri, perkara itu diputuskan selepas mengambil maklum keluhan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. “Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti dari semua pihak mengenai pengeluaran caruman KWSP. “Saya merayu kepada semua pencarum agar mengekalkan simpanan kecuali keadaan…

Read More

Netizen Terkejut Lihat Tikus Berkeliaran Dalam Wad, Hospital Ambil Tindakan Serta Merta | Seremban: Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban mengambil tindakan serta-merta susulan penularan satu video di laman sosial yang memaparkan seekor tikus berkeliaran dipercayai di wad kanak-kanak di hospital berkenaan. Menerusi video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok itu, individu yang merakam kehadiran tikus itu mendakwa sudah membuat aduan kepada jururawat mengenai kehadiran makhluk perosak itu namun tidak diendahkan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS), Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, beberapa langkah diambil bagi mengelak kejadian sama daripada berulang. “JKNNS ingin merujuk kepada satu rakaman yang tular di…

Read More

Tak Mahu McDonald’s Tutup Di Rusia, Lelaki Nekad Gari Tangan Di Pintu Restoran | Seorang lelaki warga Rusia yang menggemari hidangan McDonald’s bertindak menggari tangannya sendiri di pintu salah sebuah restoran makanan segera itu di Moscow sebagai protes untuk membantah penutupan operasinya, lapor akhbar The Sun UK. Lelaki bernama Luka Safronov itu dirakam membuat bantahan beberapa jam sebelum syarikat gergasi makanan segera itu ditutup di seluruh Rusia sebagai tindak balas serangan ke atas Ukraine. McDonald’s yang memiliki 62,000 pekerja di Rusia mengumumkan penutupan sementara 850 restorannya di seluruh negara itu pada minggu lalu. Ramai peminat makanan segera itu kecewa lalu…

Read More

Kisah Sedih Ibu Angkat Dera, Panggil Anak Haram Dan Paksa Belikan Rumah Sebagai Balasan | Membesar dalam sebuah keluarga angkat pastinya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri apabila sebagai anak perlu menagih kasih daripada orang lain. Terbaharu, sebuah ciapan yang dimuat naik oleh pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter yang berkongsi luahan seorang individu yang mengalami penderitaan hidup sepanjang bergelar anak angkat. “Saya anak angkat, mak ambil saya sebab dia tak boleh mengandung dan lepas tujuh tahun dia bela saya dia mengandung. “Sejak kecil saya dipukul, umur lima tahun saya dipukul guna dua penyangkut baju…

Read More

Rider Kongsi Detik Cemas Hampir Diterkam Harimau Selepas Hantar Pesanan Pelanggan | DUNGUN: Seorang pekerja penghantar makanan mendkawa nyaris dibaham harimau belang selepas selesai menghantar pesanan pelanggan di Taman Bersekutu, Kampung Sura di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, Mohd. Shafiq Mamat, 27, bagaimanapun, menyelamatkan diri dengan memecut laju motosikalnya. Katanya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Permint dan terkejut melihat ‘Pak Belang’ selepas melalui sebuah jambatan. “Saya panik apabila harimau yang berada di sebelah kanan jalan cuba menerkam dan tanpa berfikir panjang, terus memecut motosikal,” katanya di lokasi kejadian, hari ini.…

Read More

Presiden Ukraine Pasrah, Batal Hasrat Sertai NATO, Ini Sebabnya.. | “Saya tidak lagi akan merayu untuk memastikan Ukraine menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).” Kenyataan itu dikeluarkan Presiden Volodymyr Zelenskyy merujuk kepada isu rumit yang menjadi antara ‘syarat utama’ dikemukakan Rusia sebelum kempen pencerobohan ke atas Kiev bermula kira-kira dua minggu lalu. Kami telah memahami NATO sebenarnya tidak bersedia untuk menerima Ukraine. Perikatan itu takut dengan perkara kontroversi dan konfrontasi dengan Moscow, katanya menerusi wawancara bersama ABC News yang disiarkan pada Isnin. Zelenskyy ketika bercakap melalui jurubahasa menegaskan beliau enggan menjadi presiden yang terpaksa melutut semata-mata mahu meminta sesuatu. Beliau…

Read More