Thailand Negara Kedua Paling Bahaya Memandu. Malaysia Pun Tersenarai! | BANGKOK – Satu kajian dijalankan sebuah platform pendidikan pemandu mendapati Thailand disenarai sebagai negara kedua di dunia yang paling berbahaya untuk memandu, lapor laman berita Thaiger kelmarin. Kajian oleh firma bernama Zutobi itu menyenaraikan Afrika Selatan sebagai negara paling berbahaya untuk memandu di dunia, di hadapan Thailand dan Amerika Syarikat (AS) yang menduduki tempat ketiga. Laman web Zutobi yang berpangkalan di AS mengukur kadar kemalangan jalan raya pada setiap tahun di seluruh dunia. Thailand didapati memperoleh skor teruk dalam lima kategori berbeza. Kategori tersebut termasuk anggaran kadar kematian di jalan…
Author: Admin Baik
JIJIK. Bekas Simpan Cili Kisar Penuh Anak Lipas | GEORGE TOWN – Empat buah premis makanan di daerah Timur Laut iaitu dua restoran di Jalan Utama dan dua lagi di Tanjung Bungah di sini diarah tutup selama dua minggu ekoran beroperasi dalam persekitaran yang kotor. Selain keadaan persekitaran dapur yang tidak terurus, restoran-restoran tersebut juga umpama sarang pembiakan lipas memandangkan haiwan perosak itu didapati di merata-rata lokasi termasuk di lantai restoran serta bekas penutup makanan. Malah, di sebuah restoran di Jalan Utama turut ditemui lebih puluhan ekor anak-anak lipas berkeliaran di tempat penyimpanan cili kisar yang dipercayai akan digunakan sebagai…
Ini UPDATE Terkini Ainul Mardhiah. Alhamdulillah. | Keadaan kanak-kanak yang pernah menjalani pembedahan kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, lebih baik hari ini dan tidak lagi kritikal. Berita itu dikongsikan bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi Facebook miliknya petang ini, yang memaklumkan anaknya berusia 4 tahun itu masih direhatkan serta memerlukan sokongan ventilator di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). “Keseluruhannya, Ainul lebih baik dari semalam. Dia masih kuat melawan. Terima kasih buat doktor yang merawat Ainul kerana berjaya selamatkan Ainul dari zon kritikal. “Terima kasih kakak-kakak misi yang menjaga Ainul dengan penuh kasih sayang. Terima kasih semua…
Bos Mydin Dakwa Peruncit Akan Rugi Besar. Ini Sebabnya.. | PETALING JAYA: Bos sebuah rangkaian pasar raya besar utama bimbang peruncit akan mengalami kerugian besar disebabkan harga siling baharu minyak masak dalam botol 5kg. Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar, contohnya, tidak akan dapat menjual stok sedia ada sebelum harga siling baharu RM34.70 bermula 8 Ogos ini. “Bagi barangan yang mempunyai jangka hayat simpan lebih lama, seperti minyak masak atau sos, kami mempunyai simpanan stok kira-kira sebulan di gudang dan kedai kami,” kata pengarah urusan Mydin itu kepada FMT. “Bukan seperti ayam atau tomato yang bekalannya kita dapatkan setiap…
(VIDEO) Kereta Anak Sultan Johor Calar ‘Digesel’ BMW, Ini Tindakan Polis | Sejak sempadan Malaysia dibuka pada 1 April lalu, beberapa insiden kurang menyenangkan melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura menjadi bualan netizen di kedua-dua buah negara jiran ini. Terbaharu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum dan sedang menyiasat insiden sebuah BMW bernombor pendaftaran Singapura bergesel dengan kereta elektrik Honda E milik Tengku Temenggong Johor (TTJ), YAM Tunku Idris. Kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi pada pukul 2.17 petang. Perkongsian asal Tunku Idris telah meraih pelbagai…
Lagi Remaja Palestin Maut Ditembak Tentera Israel | RAMALLAH: Seorang warga Palestin mati ditembak oleh tentera Israel di utara Tebing Barat yang diceroboh, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. Agensi berita Palestin, Wafa, melaporkan lelaki itu dibunuh semasa pertempuran dengan tentera dan pasukan perisik Israel dalam samaran di kem pelarian Jenin. Lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal dunia setibanya di hospital kerajaan Jenin selepas ditembak oleh tentera penceroboh Israel, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan. Menurut sumber tempatan, mangsa dikenali sebagai Dhirar Riyad al-Kafrini, 17. Seorang jurucakap polis sempadan Israel memberitahu AFP, ejen yang menyamar diarahkan oleh agensi keselamatan tempatan, Shin Bet, untuk memasuki…
Mansuh UPSR & PT3. Ini Hujah Menteri Pendidikan. | KUALA LUMPUR – Pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibuat untuk mendedahkan murid sekolah rendah meminati pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara semulajadi. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pendekatan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid meneroka dan tidak takut kepada subjek sains. “Kita lihat minat dalam bidang STEM ini semakin hari semakin berkurangan dan jika biarkan perkara ini berlaku sedangkan dunia bersaing pada bidang teknologi tetapi minat murid-murid (di Malaysia) berkurangan. “Maka kita akan terkebelakang dalam…
(VIDEO) Tular Kafe ‘Unik’ Tarik Ramai Pelanggan. Ini Puncanya.. | New Delhi: Pelbagai cara peniaga makanan lakukan untuk menarik pelanggan, namun di India terdapat kafe di mana pengunjung menikmati juadah bersebelahan dengan kubur. Walaupun kubur dianggap lokasi yang menakutkan namun inisiatif unik daripada tauke kafe itu menyebabkan ramai tertarik sekali gus mahu mencuba menikmati hidangan bersebelahan kubur. Ironinya, kafe adalah lokasi sering dikunjungi oleh orang masih hidup berkumpul dan berbual seperti sambil menikmati juadah bersama secawan kopi. Namun, tindakan pemilik kafe berkenaan dianggap luar biasa memandangkan pusara adalah tempat orang mati disemadikan. Media asing melaporkan, kafe berkenaan bukan sahaja tular…
Sukan Komanwel: Tindakan Jurulatih Malaysia Ini Dipuji Ramai | Walaupun bersaing hebat di dalam gelanggang, semangat kesukanan dan rasa hormat yang dipamerkan kepada lawan sentiasa mengundang rasa terharu masyarakat dunia tanpa mengira latar belakang termasuk negara. Itulah yang berlaku apabila jurulatih badminton negara, Hendrawan menerima pujian ramai selepas secara spontan bertindak memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts ketika saingan Sukan Komanwel Birmingham 2022, awal pagi tadi. Ricketts yang ketika itu menentang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dalam aksi Kumpulan D acara berpasukan, terpaksa meminta perlawanan dihentikan seketika kerana tapak kasut dipakainya koyak. Pegawai perlawanan kemudian dilihat cuba…
TRAGEDI. Wanita Disambar Buaya Ketika Memancing | KINABATANGAN: Mayat wanita yang dilaporkan disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, sudah ditemui, hari ini. Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia itu sebelum memaklumkan bomba. “Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna. “Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya. “Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke…