Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Perdana Menteri Umum Ahli Parlimen, ADUN Terima Vaksin Fasa Pertama | Negara kita akan menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi, terbaru ini antara penerima fasa pertama vaksin Covid-19 diumumkan Perdana Menteri. Baca selanjutnya.. AHLI PARLIMEN DAN ADUN PENERIMA AWAL Putrajaya: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara penerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar Hiasan Beliau berkata, perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan ADUN biasanya berdamping rapat dengan masyarakat di akar umbi. “Oleh sebab bentuk kerja mereka…

Read More

Mayat Lelaki Sudah Reput Ditemui Di Kawasan Kebun | Pemilik kebun pelik bau busuk di kawasan kebunnya membawa kepada penemuan mayat lelaki yang sudah reput. Baca seterusnya.. MAYAT BEKAS TENTERA Taiping – Mayat lelaki reput dipercayai meninggal lebih sebulan lalu ditemui di kawasan kebun di Kampung Air Kuning, Changkat Jering di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat lengkap berpakaian itu ditemui seorang lelaki yang juga pemilik kebun selepas menghidu bau busuk di kawasan kebunnya pada pukul 8.45 pagi sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada polis. “Berdasarkan pemeriksaan, mangsa berkenaan dipercayai telah meninggal dunia lebih sebulan…

Read More

Seorang Lelaki Meninggal Dunia Dipijak Gajah Liar | Malang tidak berbau, dua beranak terserempak dengan gajah didalam hutan, anak berjaya lari namun si ayah tidak sempat selamatkan diri. Baca selanjutnya.. DISERANG DAN DIPIJAK Mersing: Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai diserang sebelum dipijak gajah liar dalam kejadian di Hutan Simpan Sungai Teresap, Endau, di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari ketika mangsa, Din Janja, 61, sedang memancing ikan bersama anaknya, Endra Din,18, di hutan itu. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian membabitkan penduduk Orang Asli…

Read More

Gelaran Datuk Ditarik, Ini Permintaan Boy Iman Pada SUK Pahang | Gelaran Datuk yang diberikan oleh Pahang ditarik balik, Ini pula respon dan permintaan Boy Iman terhadap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang). Baca seterusnya.. TIDAK TAHU GELARAN DITARIK Petaling Jaya  – “Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran.” Itu respons pelakon dan usahawan, Boy Iman atau nama lengkapnya, Norul Iman Abdul Rahman tentang pengumuman rasmi penarikan balik darjah kebesaran iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu yang kini heboh diperkatakan. Kata Boy Iman lagi, dia…

Read More

Petani Jual Batu Seberat 1.7KG, Ramai Tak Sangka Bila Tahu Batu Apa | Seorang lelaki yang juga petani mencari siapa yang mahu membeli batu seberat 1.7 kg dengan harapan dia dan isteri dapat menunaikan haji. Baca selanjutnya.. TEMUI METEORIT Jakarta – Seorang lelaki mahu menjual meteorit seberat 1.7 kilogram yang ditemuinya dengan harapan dapat menampung kos menunaikan haji, lapor portal Suara.com. Sukirno yang berasal dari Dusun 8, Kampung Astomulyo, Kecamatan Punggur, Kabupaten Lampung Tengah menemui meteorit berkenaan di kawasan sawah bulan lalu. “Ya, saya memang berhasrat untuk menjualnya. Memang saya perlukan wang itu, harapnya cukup untuk saya dan isteri mengerjakan…

Read More

Pahang Tarik Balik Gelaran ‘Datuk’ Farid Kamil Dan Boy Iman | Farid Kamil, dan Boy Iman tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta. GELARAN DATUK DITARIK BALIK Kuantan – Dua pelakon sensasi yang sebelum ini dikurniakan Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang, tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa serta-merta. Mereka ialah Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil, dan Noruliman A Rahman atau Boy Iman. Kedua-duanya sebelum ini dikurniakan Darjah Indera Mahkota…

Read More

SOP Covid-19..Pasangan Pengantin Ini Nekad Kahwin Dalam Laut | Gara-gara mengelak dari majlis dihadiri orang ramai serta mengamalkan penjarakan fizikal yang ekstrim, pasangan pengantin ini terjun laut untuk nikah. Baca selanjutnya.. MAHU PENJARAKAN FIZIKAL Chennai, India – Sepasang kekasih mengamalkan penjarakan fizikal secara ekstrim apabila mereka mengambil keputusan berkahwin kira-kira 18 meter di dalam laut. Pasangan dari Chennai, Tamil Nadu itu, V. Chinnadurai dan S. Swetha berkahwin di perairan Neelankarai selepas pasukan sokongan mereka mengesahkan laut dalam keadaan tenang dan sesuai untuk penyelaman. “Ia majlis tradisional, cuma berada di dalam laut. Kami menyelam pada awal pagi, menukar kalungan dan mengikat…

Read More

Terbongkar. Polis Beritahu Bapa Tiri Arwah Adik Amir Ada Rekod Jenayah | Minggu ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan arwah adik Amir akibat didera, terkini hasil siasatan pihak polis terbongkar bapa tiri tersebut rupanya pernah didakwa di mahkamah atas perlakuan jenayah. Baca selanjutnya.. DIDAKWA PUKUL ISTERI Melaka – Suspek yang juga bapa tiri kepada kanak-kanak yang ditemui maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Jumaat lalu pernah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan memukul isterinya, pada 8 September 2020 Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali mengesahkan perkara tersebut dalam sidang akhbar yang diadakan di…

Read More

Anak Kongsi Pesanan Allahyarham Jamali Shadat Pada Keluarga | Khalfah Media Networks – Kita hari ini diberitakan dengan pemergian Pelawak Veteren Allahyarham Datuk Jamali Shadat, Anak kongsi antara pesanan Arwah buat keluarga. Baca selanjutnya.. JAGA SOLAT DAN KELUARGA Klang – Pelawak Veteran, Allahyarham Datuk Jamali Shadat,78, yang meninggal dunia pagi tadi akibat sakit tua sering berpesan kepada lapan anaknya supaya sentiasa menjaga solat dan tidak memalukan sesuatu perbuatan memalukan keluarga. Perkara itu dimaklumkan anak keenamnya, Fauzi, 49, apabila arwah bapanya itu amat mementingkan keagamaan selain silaturrahim antara keluarga. Katanya, kesihatan bapanya itu semakin uzur sejak dua minggu lalu sehinga kurang…

Read More

Ziarah Pusara Amir, Ini Luahan Ibu Angkat Buat Ramai SEBAK | Setelah selesai dikuburkan jenazah arwah adik Amir yang meninggal didakwa didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya, keluarga angkat arwah menziarahi pusara adik amir dan ini kata-kata meruntun jiwa dari ibu angkat Norlida Abu Hassan. Baca seterusnya.. MASUK SYURGA SAMA-SAMA  Jasin: “Adik tunggu Ummi dan abah di syurga ya.. pimpin kami, masuk sama-sama dalam syurga nanti,” kata Norlida Abu Hassan, ibu angkat kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, Jumaat lalu. Kata-kata itu diluahkan wanita berusia 50 tahun itu sewaktu menziarahi kubur kanak-kanak digelar…

Read More