Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Sengaja Tanggal Gelang Pink, Suami Isteri Warga Asing Ditahan  | Labuan: Suami isteri warga asing yang sengaja menanggalkan gelang tangan Covid-19 ditahan kerana ingkar perintah kuarantin di rumah, semalam. Gambar Hiasan Pasangan berusia lingkungan 50 tahun itu ditahan polis pada 11.18 pagi selepas aduan daripada Jabatan Imigresen Labuan. Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohamad Farid Ahmad berkata, pasangan terbabit masuk ke Labuan melalui pintu masuk di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 27 September lalu. Katanya, mereka diperintah menjalani kuarantin pada hari yang sama sehingga 10 Oktober. “Bagaimanapun pada 30 September lalu, pasangan terbabit ke Pejabat Jabatan Imigresen Ujana Kewangan Labuan…

Read More

Pengakhiran Yg Baik. Lelaki Ini Sempat Azan Subuh 2 Rangkap Sebelum Dijemput Ilahi | Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas. Selang kemudian terdengar ajk lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau. Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.…

Read More

Pemuda Ini Kongsi Kisah 3 Bulan Dibuang Kerja Tak Beritahu Isteri Buat Ramai Sebak | “Setiap pagi saya keluar pergi kerja saya keluar macam biasa. Saya naik motor tapi tak beritahu isteri saya telah dibuang kerja. Gambar Hiasan Begitulah pengakuan seorang pemuda kepada sebuah stesen radio pagi semalam. Katanya, dia bertindak sedemikian kerana diselubungi rasa bersalah dan tidak sampai hati untuk memberitahu isterinya yang dia telah dibuang kerja. Menurutnya, semua orang tengah struggle cari kerja sekarang. “Saya buat kerja harian, tak kisah la. Saya keluar pakai macam biasa, tapi sebenarnya saya ada baju salin dalam motor,” kongsinya kepada Suria FM.…

Read More

Vaksin Covid-19, Setengah Juta Jerung Mungkin Dibvnuh  | California: Setengah juta ikan jerung mungkin dibunuh untuk membuat vaksin Covid-19. Gambar Hiasan Keadaan itu mencetuskan kebimbangan badan pembela jerung, Shark Allies berpusat di Amerika Syarikat (AS) kerana ia boleh menyebabkan beberapa spesis keluarga jerung yang terancam berdepan kepupusan. India Today melaporkan, jerung dibunuh untuk mendapatkan minyak semula jadi iaitu ‘squalene’ yang boleh diekstrak dari hati haiwan itu. Ketika ini ‘squalene’ digunakan sebagai bahan tambahan dalam perubatan untuk meningkatkan keberkesanan vaksin dengan mewujudkan tindak balas imun yang lebih kuat. Pengasas dan Pengarah Eksekutif Shark Allies, Stefanie Brendl berkata, kira-kira 3,000 jerung perlu…

Read More

Misteri Wanita Ditemui Terapung Tengah Laut Selepas Hilang Dua Tahun | Colombia: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu ditemui terapung di tengah laut di sini, baru-baru ini. Angelica Gaitan, 46, ditemui kumpulan nelayan dalam lemah dan mengalami hipotermia sehingga tidak mampu bercakap. Di dalam video yang tersebar, wanita berkenaan dilihat terapung di dalam air, sementara dua nelayan Rolando Visbal dan rakannya Gustavo cuba untuk mengangkat wanita itu ke dalam bot. Rolando turut menjerit kepada wanita itu dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris untuk memastikannya faham. Bagaimanapun, wanita itu tidak memberikan tindakan balas. Wanita itu memakai seluar berwarna gelap…

Read More

Covid-19. Satu Kluster Baharu Jalan Apas Dikesan | Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Apas di Selangor. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster itu membabitkan kes ke-10782 dan kes ke-10783 iaitu pasangan suami isteri yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah dari 13 hingga 16 September lalu. “Kedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk dan selesema pada 18 September lalu yang kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September lalu. “Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24…

Read More

Covid-19. Empat Daerah Di Sabah Kena PKPDB | Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk. Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu. Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna…

Read More

Tunaikan Umrah, Arab Saudi Benarkan Negara Terpilih Hantar Jemaah | Riyadh: Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Muhammad Saleh Benten mengumumkan Kementerian Kesihatan akan memilih negara yang akan dibenarkan menghantar jemaah untuk menunaikan umrah. Pengumuman itu susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan kerajaan yang akan mengizinkan pelawat umrah asing memasuki Tanah Suci pada fasa ketiga penyambungan semula ibadat umrah yang ditangguhkan, mulai 1 November. Dalam wawancara televisyen dengan saluran Al-Ekhbariya, Benten mengatakan terdapat laluan elektronik khas khusus untuk kedatangan.  Dan keberangkatan jemaah haji asing untuk menunaikan haji tahun depan. Merujuk kepada penyambungan semula ibadat umrah untuk jemaah domestik yang berkuat…

Read More

Selamatkan Nyawa Manusia. Tikus Ini Diberi Pingat Emas Keberanian | PHNOM PENH – Seekor tikus pengesan periuk api menerima anugerah pingat emas keberanian kerana membantu menyelamatkan nyawa manusia, lapor akhbar Standard UK semalam. Tikus gergasi Afrika bernama Magawa itu membantu menemui 39 periuk api dan 28 lagi jenis bahan ledakan yang masih belum meletup di sini. Tikus itu pernah menerima latihan daripada pertubuhan bukan kerajaan, APOPO. Magawa dianggap sebagai tikus wira paling berjaya selepas usaha membersihkan kawasan lebih 141,000 meter persegi atau menya­mai saiz 20 padang bola. Usaha Magawa diiktiraf secara rasmi dan diberi pingat emas PDSA, menjadi tikus pertama…

Read More

Langgar Adat Pulang Lepas Maghrib, Budak 12 Tahun Dikahwinkan | JAKARTA – Seorang remaja ­lelaki berumur 15 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun dipaksa berkahwin selepas mereka didakwa melanggar adat tempatan kerana pulang selepas matahari terbenam di Indonesia. Insiden dilaporkan berlaku di Kampung Montong Praje di Kabupaten Lombok Tengah, lapor portal berita Oddity Central. Kes paksaan berkahwin itu berlaku selepas empat hari ­pasangan itu keluar bersama. Menurut media tempatan, remaja bernama Suhaimi dan kekasih, Nur Herawati dipaksa berkahwin kerana ­melanggar undang-undang adat yang ­melarang pasangan kekasih ­pulang selepas Maghrib. Lelaki itu menghantar kekasihnya pulang selepas pukul 7.30 malam pada awal…

Read More