Langgar Adat Pulang Lepas Maghrib, Budak 12 Tahun Dikahwinkan

| September 23, 2020 | 0 Comments

Langgar Adat Pulang Lepas Maghrib, Budak 12 Tahun Dikahwinkan | JAKARTA – Seorang remaja ­lelaki berumur 15 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun dipaksa berkahwin selepas mereka didakwa melanggar adat tempatan kerana pulang selepas matahari terbenam di Indonesia.

Insiden dilaporkan berlaku di Kampung Montong Praje di Kabupaten Lombok Tengah, lapor portal berita Oddity Central.

Kes paksaan berkahwin itu berlaku selepas empat hari ­pasangan itu keluar bersama.

Menurut media tempatan, remaja bernama Suhaimi dan kekasih, Nur Herawati dipaksa berkahwin kerana ­melanggar undang-undang adat yang ­melarang pasangan kekasih ­pulang selepas Maghrib.

Lelaki itu menghantar kekasihnya pulang selepas pukul 7.30 malam pada awal bulan ini.

Majlis ijab kabul disaksikan keluarga dan penduduk ­setempat serta tular di media sosial sejak minggu lalu.

Perkahwinan itu tidak mendapat kebenaran Pejabat Hal Ehwal Keagamaan (KUA, lapor portal Coconuts Jakarta.

Ibu bapa Suhaimi cuba halang perkahwinan itu tetapi gagal.

“Mereka kata ini soal adat. Jika bawa pulang gadis lewat malam, kamu perlu berkahwin dengannya. Kami cuba halang dan pisahkan mereka. Bagaimanapun, keluarga (pengantin perempuan) mendesak mereka perlu berkahwin,” kata ketua kampung itu, Ehsan.

Pasangan muda itu kini tinggal di rumah ibu bapa Suhaimi.

Indonesia pernah menggubal semula undang-undang perkahwinan dan meningkatkan umur minimum untuk seseorang gadis berkahwin daripada 16 tahun kepada 19 tahun tetapi ibu bapa masih dibenarkan untuk memohon ‘pengecualian’ atas faktor agama.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *