Langgar TEMCO Berdosa Besar? Ini Komen Mufti Perlis | Tindakan melanggar peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 adalah dosa besar dari segi agama. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan itu bukan hanya salah di sisi undang-undang, malah berdosa besar kerana membahayakan nyawa orang lain dan melanggar ajaran Nabi Muhammad SAW dalam menangani wabak. “Dalam hadis diriwayatkan daripada Abdurrahman Auf bahawa Nabi Muhammad SAW pernah memberi arahan jika kita mendengar (wabak penyakit) taun di satu tempat, jangan masuk dan orang yang berada di dalam jangan keluar,” katanya kepada pemberita…
Author: Admin Baik
44,000 Mangsa Covid-19 Maut Di India | New Delhi: Jumlah kes Covid-19 di India melonjak kepada 2,215,074 orang, manakala angka korban juga meningkat menjadi 44,386, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data kementerian kesihatan persekutuan pada Isnin. Sebanyak 62,064 lagi kes baharu dicatatkan dan 1,007 kematian dilaporkan untuk 24 jam lalu. Isnin, hari ke-11 berturut-turut lonjakan kes baharu dilaporkan lebih daripada 50,000 dan hari keempat berturut-turut apabila lebih 60,000 kes direkodkan dalam sehari. Menurut kementerian itu, pada masa ini, 634,945 kes masih aktif, sementara 1,535,743 pesakit sembuh. Kenaikan baru-baru ini dalam kes Covid-19 terutamanya disebabkan peningkatan ujian sampel di seluruh negara.…
Tujuh Dilaporkan Maut, Hotel Tempatkan Pesakit Covid-19 Terbakar | Sekurang-kurangnya 7 orang pesakit termasuk dua wanita meninggal dunia dan beberapa lagi dikhuatiri terperangkap dalam satu kejadian kebakaran yang terjadi di hotel yang dijadikan Pusat Penjagaan Covid-19 di Vijayawada pada awal pagi ini, lapor The Economic Times. Menurut laporan awal, terdapat lebih dari 30 orang pesakit Covid-19 yang dirawat di pusat tersebut. Beberapa anggota pengawal kebakaran ditekan untuk mengawal api walaupun pesakit mengalami sesak nafas yang teruk disebabkan oleh asap tebal di dalam bilik hotel. Menyatakan rasa terkejut terhadap kebakaran itu, ketua menteri Andra Pradesh, Ys Jagan Mohan Reddy, mengarahkan supaya…
Angkara Kluster Restoran Nasi Kandar. 7,000 Penduduk Kena PKPD TEMCO | Angkara seorang individu ingkar kuarantin di rumah, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos. TEMCO dilaksanakan bagi membolehkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk terbabit daripada jangkitan COVID-19 dalam penularan pandemik dikenali sebagai Kluster Sivagangga yang setakat ini sudah menjangkiti 11 mangsa. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD TEMCO itu akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk…
Tak Perlu Pakai ‘Mask’ Dalam Kenderaan Persendirian | Individu yang menaiki kenderaan persendirian dan tidak memakai pelitup muka, tidak akan dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sebaliknya beliau berkata, hanya mereka berada di tempat awam yang sesak seperti pasar, panggung wayang dan lokasi pelancongan serta menaiki pengangkutan awam sahaja diwajibkan memakai pelitup muka. “Semalam tular di media sosial, ada (individu) yang dikenakan kompaun (tidak pakai pelitup muka) dalam kenderaan persendirian dan itu tidak betul. “Individu yang menaiki kenderaan persendirian tidak perlu memakai pelitup muka dan tidak perlu juga diambil tindakan. “(Jadi) bagi mereka yang sudah membayar…
Kes Covid 19 Nasi Kandar Napoh. 73 Tadika Dan Taska Diarah Tutup | Bagi mencegah penularan Covid-19, sebanyak 73 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kubang Pasu ditutup bermula hari ini. Pengarah Kemas Kedah, Noor Azman Abd Rahman berkata, penutupan itu dilakukan berikutan kluster baru Sivagangga yang berlaku di daerah terbabit sekali gus langkah awal pencegahan penularan wabak berkenaan. “Daripada jumlah itu, seramai 1,605 murid tabika dan 62 murid taska Kemas terbabit dengan penutupan ini. “Semua premis akan ditutup selama 14 hari sehingga kami menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada…
JKNS Sahkan Satu Kes Murid Sekolah Rendah Positif Covid 19 | Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu. Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit sudah diambil. “Semua kontak juga sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari. “Kita menasihati semua ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah jika ada sebarang simptom COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Terdahulu, tular mesej dalam media sosial…
Tak Mampu Bayar 39 Sen Yuran Hospital, Suami Mati Terbiar Dibawah Pokok | New Delhi: Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan memilukan selepas terbaring lebih 12 jam di bawah pokok selepas tidak dibenarkan menerima rawatan di hospital kerana tidak mampu membayar yuran pendaftaran. Lelaki bernama Sunil Rajak itu dibawa isterinya Aarti ke sebuah hospital kerajaan di Guna, Madhya Pradesh selepas dia dikatakan sakit sejak Rabu lalu. Namun, sebaik tiba di kaunter pendaftaran hospital, kakitangan bertugas meminta Aarti membuat pembayaran sebanyak 5 Rupee (39 sen) bagi membolehkan suaminya diterima untuk rawatan. “Saya pergi ke hospital itu dan seseorang kemudian memaklumkan…
Mula 1 Ogos, Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Tempat Tumpuan | Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19. Katanya, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam. “Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). “Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi…
Restoran Diarah Tutup Benarkan Lelaki Pakai Wristband ‘Lepak’ | Pesakit dalam pemantauan (PUS) memakai tag kuarantin Covid-19 yang berada di restoran di Jalan Sungai Udang, Klang akan dikenakan kompaun. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, polis menerima panggilan dari orang awam berhubung perkara itu, 10.15 pagi tadi. “Orang awam menghubungi polis memberitahu terdapat lelaki memakai tag kuarantin Covid-19 minum di restoran di Jalan Sungai Udang. “Pada 10.20 pagi, polis tiba di lokasi yang dimaklumkan bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), bagaimanapun suspek tiada di lokasi. “Pemilik restoran memaklumkan suspek ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut dengan…
