Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Mayat Warga Bangladesh Masih Sempurna, Jemaah Surau Dedah ‘Amalan’ Ketika Hidup | Bermacam-macam latar belakang manusia diuruskan oleh skuad pengurusan jenazah, tanpa mengira usia, jantina atau bangsa. Siapa pun si mati, setiap jenazah mempunyai kisah tersendiri dan skuad menjalankan tanggungjawab menguruskannya sehingga ke liang lahad. “Usia hidup ibarat menarik seutas tali dalam kegelapan. Tidak kita ketahui di mana hujungnya. Boleh jadi saat kita sedang seronok menariknya. Kita sudah pun di penghujung tali. Demikianlah hidup.” Demikian perkongsian Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJ Malaysia), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid di halaman Facebook. Beliau menceritakan tentang pasukannya selesai menyempurnakan satu jenazah lelaki warga…

Read More

Covid 19. Kerajaan Pertimbang Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka | Kerajaan menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan. Beliau berkata, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. “Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain. “Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat…

Read More

Wujud 13 Kluster Baharu Covid 19, PM Luah ‘Sesuatu’ Pada Semua | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes positif Covid-19 dan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Beliau berkata, walaupun kes di negara ini kekal rendah tetapi masyarakat tidak boleh leka sekiranya tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. “Saya agak bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP. Contohnya Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai lalu dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai. “Selain itu, terdapat empat kluster baharu yang…

Read More

Video Jadi Tular, Ini Punca Sebenar Pelajar Naik Kapal Terbang Untuk Ke Sekolah | Manado: Impian seorang remaja lelaki menaiki pesawat akhirnya tercapai dan lebih menarik, dia menaiki pesawat itu ke sekolah. Tribun News melaporkan, Farid Samu yang baru berusia 17 tahun itu membeli tiket pesawat menggunakan wang simpanannya sendiri. Disebabkan teruja, Farid merakam video pengalamannya menaiki pesawat sebelum memuat naiknya di aplikasi TikTok pada 10 April lalu. Tanpa disangka, video berkenaan mendapat perhatian warganet hingga tular di laman sosial hingga meraih 2.6 juta tontonan. Menerusi video berkenaan, Farid dilihat memakai uniform sekolah sambil menggalas beg selain merakam menu sarapan dan…

Read More

Ini Pujian Rakan Sejawat Di AS Buat Dr Noor Hisham | “SAYA berbangga dengan kebijaksanaan dan kerja keras Dr Noor Hisham serta pasukannya (kendalikan pandemik Covid-19) dan saya sangat sedih dengan negara saya sendiri. “Lihatlah AS (Amerika Syarikat) dan Dr Fauci pula (Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci) diancam bunuh,” demikian luahan Pakar Bedah AS, Julie Miller. Beliau adalah rakan sejawat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memuji Malaysia dan membuat perbandingan antara AS dan negara ini mengendalikan Covid-19. Dalam catatan Facebook milikya semalam, Dr Miller berkata, Malaysia menjadi contoh negara terbaik apabila pemimpin atasan mendengar pandangan…

Read More

Covid-19. 14 Kes Baharu Dicatatkan | Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 14 kes baharu dicatatkan, iaitu tiga kes import dan 11 penularan dalam negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan kes positif COVID-19 itu, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,718 kes. “Bagi kes penularan tempatan membabitkan warganegara, dua kes dikesan di Sarawak, iaitu kes saringan bergejala yang dijalankan di pusat perubatan di Kuching dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak setelah didapati positif COVID-19. “Satu kes lagi dikesan dalam satu pengesanan kontak rapat bagi Kluster Kejuruteraan Kuching, manakala satu kes dikesan di Sabah ketika saringan prarujukan…

Read More

Pembukaan Sekolah, MAS Beri Diskaun Buat Pensyarah, Guru Dan Pelajar | PELAJAR, guru dan pensyarah bakal menerima diskaun 20 peratus bagi tiket penerbangan domestik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) untuk perjalanan pulang susulan sesi pembelajaran yang akan bermula tidak lama lagi. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, diskaun berkenaan diberikan untuk perjalanan antara 10 Julai hingga 30 November 2020 yang membolehkan mereka kembali ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing. Katanya, sebelum ini Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memanggil Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk membentangkan isu mengenai harga tiket penerbangan yang dianggap…

Read More

Lelaki Ini Bayar Saman Selepas 42 Tahun, Ini Sebabnya | Tak tahan diselubungi perasaan bersalah, seorang lelaki di Amerika Syarikat membuat keputusan untuk membayar saman parkir, 42 tahun lalu. Gary Urgonski, 72, menemui kembali saman yang masih belum dijelaskan itu ketika membersihkan laci di dapur rumahnya. Katanya, perasaan bersalah timbul apabila dia menyedari perbuatannya itu salah. “Saya beritahu isteri saya, saya hendak bayar saman ini dan hantar surat kepada pihak berkenaan (Jabatan Polis York),” katanya yang menetap di Massachusetts. Menurut pesara guru itu, dia menyimpan tiket itu di tempat yang mudah dilihatnya dengan kerap, namun lama-kelamaan dia terlupa. “Saya simpannya…

Read More

Elak Buah Dicuri. ”Pocong” Jaga Dusun Durian | Pemilik dusun durian di Kampung Tengah, di Segamat, menggunakan unsur menyeramkan dengan meletakkan ‘pocong’ bagi mengatasi kecurian hasil tanaman di dusun duriannya. Pemilik dusun durian yang juga pengusaha buahan terbabit, Rosman Budiman, 61, berkata, dia membeli dua meter kain putih tiga minggu lalu untuk dibentuk sebagai lembaga putih dan diletakkan di kebun duriannya itu idea menakutkan pencuri. “Dua ‘pocong’ dewasa dibentuk dari kotak kertas setinggi 1.5 meter dan seberat 450 gram disaluti kain putih berjaya mengurangkan kehilangan buahan itu membabitkan 10 pokok durian pada musim ini. “Sebelum ini, jika lambat memungut…

Read More

Covid-19. Kluster Baharu Dikesan Di Sabah | Kluster baharu Covid-19 dikesan di sebuah rumah di Sabah membabitkan satu kematian dan dua kes positif setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan itu membabitkan warga emas yang meninggal dunia di rumah pada 12 Jun lalu akibat komplikasi jantung. Menurutnya, warga emas iaitu kes ke-8,403 itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Sabah, untuk saringan Covid-19 dan didapati positif. “Siasatan mendapati sebelum ini beliau mendapat rawatan untuk penyakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2. “Aktiviti saringan kontak rapat dijalankan dan didapati dua kakitangan wad positif Covid-19,” katanya…

Read More