Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Menteri Agama Umum Berita Baik Buat Tahfiz Dan Sekolah Agama. Alhamdulillah | Prihatin dengan beban institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat wabak Covid-19. Terkini, Menteri Agama umum berita baik buat pusat tahfiz dan sekolah agama. Alhamdulillah syukur. Bantuan RM21 Juta BANTUAN one-off berjumlah RM21 juta bakal disalurkan kepada semua pusat tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan swasta seluruh negara yang berdaftar dengan pihak berwajib. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan itu bagi meringankan beban institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat wabak Covid-19. “Prihatin dengan hal ini, saya mengumumkan bantuan…

Read More

Isu Yuran Pusat Asuhan Dan Institusi Pembelajaran Ketika Covid-19. Ini Penjelasan Mufti Perak | Susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19, ada yang bertanya berkenaan yuran pusat asuhan serta institusi pembelajaran, ini pencerahan dari Mufti Perak. Baca Seterusnya.. JABATAN Mufti Perak menafikan mewartakan fatwa supaya bayaran penuh dilakukan pemilik pusat asuhan serta institusi pembelajaran sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Sebaliknya, Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, ia sebaliknya merupakan ‘Irsyad Hukum’ (petunjuk hukum) yang dikeluarkan oleh mufti sebagai panduan umum terhadap pertanyaan awam dan persoalan masyarakat terhadap isu semasa dan tidak membabitkan sebarang akta…

Read More

Covid-19. Ini Pendirian Arab Saudi Tentang Ibadah Haji 2020 | Ekoran penularan wabak Covid-19 masih membimbangkan, Ini keputusan pendirian Arab Saudi berkenaan perlaksanaan ibadah Haji bagi tahun ini. Baca selanjutnya.. Arab Saudi Tangguh Ibadah Haji KERAJAAN akur pendirian Arab Saudi yang menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terpulang kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka lebih memahami keadaan di sana. Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa kebarangkalian terdapat pengumuman lain selepas ini. “Justeru, saya berharap umat Islam…

Read More

Bolehkah ‘Kad Kesihatan’ Cegah Covid-19. Ini Respon Pusat Racun Negara | Susulan tular di media sosial mengenai dakwaan yang mengatakan kad kesihatan atau health tag dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti Covid-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan. Ini pula respon dari Pusat Racun Negara. Baca selanjutnya.. Tidak Berkesan Mencegah Jangkitan Kuman Atau Virus PUTRAJAYA – Pemakaian ‘kad kesihatan’ atau ‘health tag’ pada leher yang mengandungi bahan kimia klorin dioksida adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada termasuk koronavirus (Covid-19). Pusat Racun Negara menerusi laman Facebooknya berkata, hasil kajian dijalankan…

Read More

Bazar Ramadan Wilayah Persekutuan. Ini Yang Bakal Dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan | Susulan penularan wabak Covid-19 serta bulan ramadan semakin hampir, Singapura umum tiada bazar ramadan namun ini pula tindakan menteri wilayah persekutuan untuk bazar ramadan. Baca selanjutnya.. PROSEDUR pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan mulai tahun ini akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak yang berkaitan sebelum pengumuman mengenai perkara itu dilakukan sedikit masa lagi. “Saya tidak mahu oleh kerana Singapura atau pihak-pihak lain mengumumkan tiada bazar (Ramadan) pada…

Read More

Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor | SEHINGGA semalam, seramai 526 individu ditahan di negeri ini kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semalam sahaja seramai 97 individu ditahan kerana ingkar PKP. Katanya, sehingga kini, seramai 50 individu didakwa di Mahkamah Johor Bahru atas kesalahan ingkar PKP. “Kesemua tangkapan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. “Kes turut disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan media hari ini. Katanya, kesalahan juga boleh disiasat mengikut Peraturan (3) Pencegahan…

Read More

Duit RM250K Lesap, Ini Komen Syed Saddiq Yang Ditunggu Ramai.  | Susulan kehilangan sejumlah wang bernilai RM250,000 dikediamannya, ini respon Syed Saddiq. Baca selanjutnya.. Bukan Wang Parti AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa wang tunai RM250,000 yang hilang di kediamannya di Petaling Jaya, kelmarin, bukan wang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Syed Saddiq berkata, beliau sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, kelmarin. “Pihak polis dan forensik juga sudah datang dan membuat siasatan di rumah saya sejak semalam. “Buat masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga…

Read More

Terkini Seremban Diisytihar Zon Merah Covid-19 | SEREMBAN kini diletakkan sebagai kawasan zon merah Covid-19, kata Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Daerah Seremban, Dr Muhammad Hazizi Muhammad Hasani. Beliau berkata, setakat ini daerah itu merekodkan 107 kes Covid-19 dengan 50 peratus daripadanya membabitkan kawasan Ampangan dan Senawang. “Seremban adalah lokasi mencatatkan kes Covid-19 tertinggi di Negeri Sembilan setakat ini dan diletakkan dalam kawasan zon merah. “Hampir 50 peratus daripada jumlah kes berkenaan dari kawasan Ampangan dan Senawang,” katanya di Majlis Pelancaran Program Sanitasi Awam bertujuan membendung rantaian penularan wabak Covid-19, di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, hari ini. Muhammad Hazizi…

Read More

Sekeluarga Positif Covid-19. Ini Luahan Hati Doktor Pakar Kecemasan Buat Ramai Sayu | KETIKA rakan setugas mengerah keringat sebagai petugas di barisan hadapan, Dr Samsu Ambia Ismail pula tidak dapat turut serta kerana dikuarantin di wad Hospital Teluk Intan, Perak selepas disahkan positif jangkitan wabak koronavirus baharu (Covid-19). Pakar Kecemasan berusia 49 tahun itu tidak bersendirian kerana isterinya, Mazriemi Mohd Zaki, 40, dan lima anak berumur lapan hingga 18 tahun turut dijangkiti Covid-19. Menurut Dr Samsu, dia dimasukkan ke wad sejak 22 Mac lalu selepas dua ujian saringan dijalankan menunjukkan dirinya positif. Katanya, pada hari berikutnya , isteri dan anaknya pula…

Read More

Ini Enam Kawasan Utama Di Simpang Renggam Dinyah Kuman | ENAM kawasan komersial utama di Simpang Renggam dinyah kuman melalui Program Sanitasi Awam yang dilaksanakan hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Fauzan Ahmad berkata, seramai kira-kira 200 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dan SWM environment Sdn Berhad terbabit dalam operasi itu. Katanya, turut membantu SWCorp, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Penguat Kuasa Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR). “Kawasan komersial yang dilakukan semburan nyah kuman hari ini adalah di Pusat Perniagaan Wawasan dan Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam…

Read More