Ini Enam Kawasan Utama Di Simpang Renggam Dinyah Kuman

| March 30, 2020 | 0 Comments

Ini Enam Kawasan Utama Di Simpang Renggam Dinyah Kuman | ENAM kawasan komersial utama di Simpang Renggam dinyah kuman melalui Program Sanitasi Awam yang dilaksanakan hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Fauzan Ahmad berkata, seramai kira-kira 200 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dan SWM environment Sdn Berhad terbabit dalam operasi itu.

Katanya, turut membantu SWCorp, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Penguat Kuasa Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR).

“Kawasan komersial yang dilakukan semburan nyah kuman hari ini adalah di Pusat Perniagaan Wawasan dan Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam untuk Zon Satu.

“Manakala zon-zon lain ialah Pusat Perniagaan Sri Indah, Taman Sinar, Gerai Fama, Jalan Kijang, Jalan Cemara, Taman Makmur dan Wismajaya,” katanya ketika hadir mengetuai Program Sanitasi Awam di Pekan Simpang Renggam hari ini.

Menurut Fauzan, turut dilakukan semburan nyah kuman hari ini adalah di premis perniagaan Jalan Besar, Jalan Pasar, Gerai MDSR, Hentian Bas, Gerai MARA dan Gerai Kampung Melayu.

“Kawasan lain dijangka turut menjadi tumpuan orang ramai yang dilakukan semburan adalah Pusat Perniagaan Taman Kasih, Taman Rumas, Bintang Ria dan sebahagian kedai di Jalan Pasar serta Jalan Besar.

“Tidak ketinggalan juga Taman Perindustrian Ringan selain kedai di Jalan Tapah, Taman Wawasan dan Taman Sri Mewah,” katanya.

Menurut Fauzan, tujuan utama semburan sanitasi ini adalah bagi memastikan semua tempat tumpuan awam di Simpang Renggam ini dapat dibersihkan daripada sebarang jenis kuman yang boleh memudaratkan orang ramai.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *