Rakyat Perlu Bersyukur, Harga Barang Kedua Terendah Di Asean – Annuar | PETALING JAYA: Harga barang terutama produk makanan di Malaysia antara terendah dalam kalangan negara Asean, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa. Bagi menyokong kenyataannya, menteri komunikasi dan multimedia itu merujuk kepada laporan Bank Dunia berhubung program bakul makanan, iaitu diet makanan sihat. Annuar berkata, laporan itu menunjukkan perbandingan antara semua negara Asean untuk makanan sihat yang cukup bagi satu keluarga dan memenuhi kriteria diet sihat mengikut negara. “Laporan berkenaan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean. Ia turut…
Author: Admin Baik
Rakyat Kelantan Jauh Lebih Bahagia Berbanding Selangor – Mohd Amar | Kota Bharu: Kedudukan Kelantan yang berada di tangga kelima berdasarkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 membuktikan rakyat di negeri itu berpuas hati dan bahagia dengan kehidupan mereka. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, markah MHI yang diperoleh Kelantan iaitu 7.0, jauh meninggalkan Selangor iaitu sebuah negeri yang jauh lebih maju. “Kelantan termasuk antara negeri yang bahagia. Bahagia ini bermaksud rakyat puas hati, rakyat senang (hati) walaupun adalah masalah. Maka sebab itu kita masuk dalam indeks bahagia. “Kita dapat skor 7.0 berbanding Selangor mendapat markah 5.0…
YB Guna Bom Tangkap Ikan, Kontraktor DEDAH Cerita Sebenar | Jerantut: “Memang saya yang lempar mercun bola ke dalam sungai, bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah seperti yang tular di media sosial sejak minggu lalu.” Begitu kata kontraktor Mohd Rosli Awang, 44, yang menafikan dakwaan penggunaan peledak bom untuk menangkap ikan ketika mengikuti rombongan wakil rakyat berkenaan di Sungai Sepia, Ulu Tembeling, di sini. Mohd Rosli berkata, dia menggunakan enam biji mercun bola dalam kejadian itu, tetapi hanya dua sahaja meletup. Menurutnya, tiada ikan yang timbul dan mati akibat letupan mercun itu, namun ia mungkin…
(Ada Video) Gempar! Wartawan Israel Menyusup Ke Mekah | Seorang penyunting berita media Israel, Channel 13, Gil Tamari mengaku berjaya menyusup ke Mekah yang hanya boleh dikunjungi oleh umat Islam. Tamari bahkan menyiarkan sejumlah rakaman video dirinya berada di sebuah sudut di Kota Mekah menerusi saluran media tersebut. Sebuah rakaman video yang disiarkan dalam Channel 13 menunjukkan Tamari sedang membawa sebuah kenderaan di sekitar tanah suci. Dia juga bahkan sempat berswafoto di Gunung Arafah yang merupakan lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhir dan tempat paling suci bagi umat Islam ketika menunaikan haji. Tindakan tersebut menerima kecaman warga Arab Saudi sehingga…
Duda Terima Padah Hina Islam, Nabi Di WhatsApp | KUALA TERENGGANU – Seorang duda yang juga penagih dadah ditahan polis hari ini kerana disyaki mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam. Lelaki berusia 59 tahun terbabit diberkas di rumahnya di Kampung Laut di sini pada pukul 2 pagi. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, penahanan tersebut berikutan laporan berhubung penyebaran audio memaki hamun agama Islam yang tular di aplikasi WhatsApp sejak Isnin lalu. Beliau berkata, laporan itu dilakukan individu yang mengecam suara suspek di Balai Polis Chendering di sini malam tadi. “Siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dilakukan suspek pada tahun…
Penantian Berakhir! Ini Rupa Perodua Alza Yang Serba Baharu | Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan Perodua Alza serba baharu sekali gus berjaya menerima lebih 30,000 tempahan sejak pembuat kereta kompak itu membuka tempahannya pada 23 Jun 2022, yang mana tertinggi dalam sejarah jenama Alza. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, hampir 4,000 pelanggan sudah menukar tempahan Perodua Alza mereka kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi. Katanya, pencapaian itu disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang tamat tempoh pada 30…
NGERI. Lelaki Hancur Tangan Kiri & Hampir Putus | Gemas: Malang menimpa seorang anggota tentera apabila tangan kirinya hancur selepas dipercayai tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya dalam kemalangan di hadapan Hospital Tentera Darat Gemas, Kem Syed Sirajuddin, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang bertugas di Skuadron Keempat Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) kem berkenaan dikatakan dalam perjalanan bagi menghadiri latihan jasmani sebelum terbabit dalam kemalangan itu. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada jaket dan tali beg yang tersangkut pada rantai ketika motosikal yang di bonceng…
KKM Umum Dos Penggalak Kedua Disyorkan Kepada Kumpulan Ini | Individu yang sihat dan berumur di antara 50 dan 59 tahun menjadi kumpulan terbaharu yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima suntikan dos penggalak kedua. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan dos berkenaan adalah pilihan kumpulan berkenaan sebagai usaha melindungi diri daripada sebarang risiko yang teruk. “Saya juga pada hari ini ingin mengumumkan bagi pemberian dos penggalak kedua yang telah kita syorkan kepada individu berusia 60 tahun ke atas dan juga mereka yang berisiko tinggi iaitu 18 hingga 59 tahun. “Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa individu yang sihat…
(Ada Video) Trend Jual Beli ‘Cedok-Cedok’, PU Amin Jelaskan Hukumnya | Kaedah penjualan secara ‘cedok-cedok’ dilihat menjadi ikutan para peniaga ketika ini terutama semasa mereka mempromosikan barangan secara rakaman siaran langsung di media sosial (live). Peniaga akan mencampurkan kesemua barang sama ada emas, perak, coklat dan pelbagai produk lain dalam satu bakul besar sebelum digaulkan mengunakan kaedah ‘cedok-cedok’. Bagaimanapun, pendakwah bebas, PU Amin tampil memberi teguran kepada para peniaga yang menjalankan perniagaan menggunakan kaedah ‘cedok-cedok’ kerana bimbang menjurus kepada hukum haram. “Tak salah nak jual beli tetapi kena ingat, kena belajar halal haram. “Sebenarnya amalan berniaga ‘cedok-cedok’ ini dekat dengan…
Lagi Kes Hina Agama Islam, Ini Tindakan Pantas Polis | Khalifah Media Networks – Kota Bharu. Polis menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam. Berikutan serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi. Berikutan seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video. Katanya, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja kemudiannya ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang. Ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang, pada jam…