Author: Miss Alin

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga sekiranya ramai pihak terus mendesaknya mengambil tanggungjawab tersebut. Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, bagaimanapun sekiranya kembali menjadi Perdana Menteri, beliau berkemungkinan tidak merancang menjawatnya sehingga tempoh lima tahun. Katanya, kalau nak fikir tentang kedudukan, saya lebih suka kalau boleh berehat. Tetapi walaupun berehat, saya akan main peranan sebagai pakar rujukan atau memberi nasihat. Itu boleh buat. Jelasnya, tapi kalau desakan demi desakan datang, beliau nak fikir tentang diri sendiri, susah. Jadi, kalau desakan datang sampai tidak ada orang lain dah, terimalah. Namun menurutnya,  tidak bolehlah…

Read More

Penyanyi otai, Datuk Hattan berkongsi, Allahyarham Bob Lokman memberitahunya tidak dapat hidup lama ketika menziarahi di kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan, tiga minggu lalu. Hattan berkata, arwah hanya berbaring, malah bersolat atas katil ketika kunjungan itu. Berada di Pulau Pinang terikat dengan tuntutan kerja, Hattan berkata, dia memang terkilan tidak dapat memberikan penghormatan terakhir buat sahabat yang dikenali sejak 1980-an. Jelas Hattan, sedih tidak dapat menatap wajah arwah Bob buat kali terakhir. Jika tiada kerja di Pulau Pinang sudah tentu terbang ke Kelantan untuk menziarahinya. Tambahnya, sudah tiada jiwa, malah fikiran melayang pada arwah ketika buat persembahan sebentar tadi. Namun,…

Read More

Malaysia mengalami kerugian dianggarkan hampir RM3 trilion dalam tempoh 25 tahun akibat amalan rasuah serta ketirisan dalam pengurusan negara. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, jumlah tersebut mewakili hingga empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1997. Ujarnya, di EMIR Research, kita tahu masalah korupsi atau rasuah merupakan satu gaya hidup masyarakat yang akhirnya akan menghancurkan negara, memiskinkan rakyat sekali gus merompak masa depan negara. Tambahnya, jika dilihat statistik atau data dalam tempoh 25 tahun kebelakangan ini, purata dua hingga empat peratus duit yang telah hilang daripada KDNK…

Read More

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaporkan masih boleh dilaksanakan pada tahun ini sekiranya dilakukan sebelum musim banjir. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ramalan banjir besar bakal berlaku pada penghujung November tahun ini. Jelasnya, jika ramalan MetMalaysia ini dijadikan sandaran, maka PRU masih boleh diadakan sebelum banjir besar pada penghujung November. Menurutnya menerusi hantarannya di Facebook, ramalan ini boleh menjadi landasan yang paling kuat supaya Dewan (Rakyat) boleh dibubar awal Oktober terutamanya 7 hingga 10 Oktober. Bercakap mengenai kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Asyraf Wajdi berkata, rekod sebelum ini menunjukkan PRU boleh…

Read More

Tiada layanan istimewa diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras. Sebaliknya, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, layanan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu mengikut prosedur standard kementerian untuk semua banduan yang memerlukan rawatan perubatan. Menurut Khairy, sebelum ini Najib dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya serta menjalani beberapa ujian. Susulan itu, beliau berkata, Najib dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras kerana rawatan susulannya memerlukan fisioterapi. Tambahnya lagi, beliau akan diajar bagaimana untuk melakukan (fisioterapi) sendiri, kerana beliau akan dibenarkan keluar sebaik sahaja pakar berpuas hati dengan keadaan kesihatannya. Jelas…

Read More

Datuk Seri Najib Tun Razak akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberikan pelepasan perubatan ke atas bekas Perdana Menteri itu. Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan pada Rabu menjelaskan, pada 12 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan agar Ahli Parlimen Pekan itu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan. Jelasnya, selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah Akta tersebut serta Peraturan Minimum Standard Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Tahanan (The Nelson Mandela Rules), Jabatan…

Read More

Pas dikatakan akan kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini. Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, pandangan itu telah disuarakan sejak sekian lama, dan akan diulangi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, jika perkara itu kembali berbangkit. Katanya lagi, pandangan Pas berlandaskan kenyataan pihak berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri berkemungkinan dilanda banjir besar pada penghujung tahun ini. Katanya dengan ringkas, kita (Pas) beri pandangan bahawa dalam suasana hari ini, tak perlu diadakan PRU, terutamanya dekat banjir, yang kita tahu dah, akan ada banjir. Nanti ia akan menyukarkan kalangan…

Read More

Gara-gara kecewa ditukarkan ke kelas lain, seorang guru wanita di wilayah Saitama, Jepun hilang pertimbangan apabila sanggup meletakkan cecair peluntur dalam makanan tengah hari muridnya. Menerusi laporan The Mainichi yang memetik kenyataan polis di Fujimi menyebut bahawa Ayana Hanzawa mengaku melakukan perbuatan itu sekitar jam 11.30 pagi (waktu tempatan) di Sekolah Rendah Mizutani-Higashi pada Khamis lalu. Tambah laporan itu, beberapa murid menyedari bau aneh yang datang daripada hidangan kari mereka sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada guru lain. “Tiada murid yang menjamah kari tersebut dan ia telah dihantar ke makmal untuk analisis. “Hasilnya mendapati hidangan itu mengandungi peluntur klorin,” kata polis.…

Read More

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkunjung ke Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di sini dan mengucapkan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Perdana Menteri turut menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II, 96, yang mangkat pada 8 September lalu. Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada jam 3.55 petang ke premis itu disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay, dan Timbalan Menteri Luar. Datuk Kamarudin Jaffar. Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 30 minit di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi British itu. Ratu Elizabeth II, adalah raja pemerintah yang paling lama menduduki takhta dalam sejarah British dan kedua…

Read More

Selepas Selangor, Kerajaan negeri Pulau Pinang pula membatalkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Utama yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2009 berkuat kuasa hari ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju kerajaan negeri membatalkan darjah kebesaran Najib itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International. Difahamkan, Najib telah dikurniakan Keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama pada tahun 2009. Ujarnya, berdasarkan sabitan dan hukuman yang…

Read More