Bekas Menteri Kerja Raya, Tun Dr S Samy Vellu dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi. Difahamkan bekas Presiden MIC itu meninggal dunia di kediamannya di ibu negara pada usia 86 tahun. Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan di Facebook beliau sebentar tadi. Jelasnya, dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari. Sementara itu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Katanya, pemergian mendiang…
Author: Miss Alin
Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah tekanan darah, masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap memuaskan, walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal. Menurut Muhammad Shafee, Najib diberikan sijil cuti sakit selama dua hari sehingga esok. Katanya, beliau dapat menemui anak guamnya hari ini yang ditempatkan di Wad 21 HKL dan mereka berbincang mengenai masalah kesihatan bekas Perdana Menteri itu, mengenai perjalanan kes dan langkah…
Datuk Seri Najib Razak akan kekal menerima rawatan di hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) seperti yang termaktub dalam prosedur banduan yang ditetapkan selama ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata berikutan itu beliau menafikan Najib akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau berkata bahawa sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan yang memaklumkan Najib kini dalam keadaan stabil. Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan. Tambahnya lagi, disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr…
Semalam, kecoh dalam kalangan pengguna media sosial apabila dikhabarkan ada satu jenama gula-gula yang mengandungi unsur babi tetapi mempunyai tanda halal pada pembungkus. Menerusi ciapan yang dihantar oleh sebuah akaun di sebuah Twitter itu, kelihatan ‘gelatin babi’ tercetak dalam senarai bahan-bahan selain bahan-bahan lain yang biasa digunakan bagi pembuatan gula-gula. Hal ini bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkan netizen tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran. Lebih membimbangkan, gula-gula berkenaan juga dijual dengan terbuka di sebuah platform beli-belah online. Menerusi ruangan balas, kelihatan netizen berbincang mengenai perkara berkenaan dan mencadangkan supaya laporan kepada pihak berwajib dibuat. Jelasya, kena check logo…
Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu yang telah berkuat kuasa minggu lepas. Jelasnya, kerajaan tidak kenakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan tidak akan saman sesiapa lagi. Menurutnya, rakyat sudah biasa dan faham tentang kesihatan awam ini dan hampir kepada kehidupan seperti biasa malah sosial dan ekonomi juga telah dibuka dan perkumpulan sudah dibenarkan. Katanya lagi, adi kita perlu menjaga diri sendiri dan mengamalkan norma…
Dua lelaki yang juga bekas setiausaha dan bendahari UMNO bahagian di Pulau Pinang, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salahguna kuasa dengan mengeluarkan wang parti itu berjumlah RM600,364.87 bagi kegunaan peribadi dan syarikat milik sendiri. Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 49 dan 73 tahun itu dikeluarkan Majistret Georgetown, Rosnee Mohd Radzuan, bermula hari ini hingga 19 September depan. Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan terhadap kedua-duanya. Kedua-dua lelaki berkenaan diwakili peguam, Norhisham Shaidi. Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Georgetown, di sini pada jam 10.15…
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana memuat naik video mengandungi kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar terhadap Perdana Menteri. Ismail Sabri, 62, yang juga Naib Presiden UMNO, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada Khamis lalu (8 September), dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan. Menerusi penyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos lalu, membuat kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM (Perdana Menteri) Ada Masa Jumpa Mahathir (bekas Perdana Menteri,…
Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di sini, Jumaat lalu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 7.30 pagi tadi, dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian. Kes itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki dewasa hanya dikenali sebagai Abdul, disyaki dibaham buaya pada…
Orang Melayu tidak perlu rasa serba salah apabila ditanya mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu kerana dasar itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika ramai ahli profesional Melayu ketika ini, ia disebabkan mereka mendapat biasiswa atau pinjaman. Menurutnya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa DEB yang dilancarkan kerajaan pada tahun 1970 itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran manakala dalam bidang ekonomi, pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang. Jelasnya, terdapat ramai penuntut Melayu yang merasai serba salah apabila ditanya oleh bukan Melayu mengenai ketidakadilan DEB terhadap bukan Melayu. Dalam agihan…
Negara Arab menggesa Netflix menapis kandungan yang dianggap melanggar `ajaran dan nilai keagamaan masyarakat’ dalam semua filem yang disiarkan menerusi saluran hiburan itu. BBC melaporkan, kandungan seumpamanya harus ditapis terutama adegan membabitkan filem kanak-kanak yang ditayangkan baru-baru ini kerana didapati bercanggah dengan ajaran Islam. Peringatan itu dikeluarkan oleh badan pemantau media Majlis Kerjasama Teluk dan Arab Saudi dalam satu kenyataan, namun mereka tidak memperincikan sebarang butiran lanjut. Bagaimanapun, saluran televisyen kerajaan Arab Saudi memaparkan beberapa rakaman yang dikaburkan daripada rancangan animasi Jurassic World: Camp Cretaceous. Rakaman itu antara lain menunjukkan adegan dua remaja perempuan mengaku saling mencintai dan bercumbu. Jelasnya,…