Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dilaporkan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM). Mengulas lanjut, katanya pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan kawasan terutup kini adalah atas pilihan sendiri. Begitupun, jelas Khairy, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya. Pengumuman terbaharu itu hadir selepas empat bulan kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan. BERITA BAKAl MENYUSUL Sumber: Astro Awani
Author: Miss Alin
Pengurus Kanan Bahagian Pusat Pemprosesan Cek AmBank (M) Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan 38 cek berjumlah RM8.4 juta kepada individu, BN dan UMNO bahagian dan syarikat antara tahun 2011 dan 2011. Saksi pendakwaan ke-36, Badrul Hisam Mohamad berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya, dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion dana 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri. Saksi berusia 48 tahun itu berkata, antara penerima cek terbabit ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam, bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot…
Seramai 130 mangsa banjir daripada 37 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi, Rabu. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, dua PPS dibuka iaitu Dewan Kampung Padang Empang dan Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang bagi menempatkan mangsa. Menurutnya, seramai 96 mangsa daripada 31 keluarga berada di PPS Dewan Kampung Padang Empang manakala 34 mangsa daripada enam keluarga berada di PPS Dewan Masjid Al-Huda. Jelasnya, mangsa diarah berpindah kerana air masuk ke rumah mereka pada paras satu meter dan bimbang mereka terperangkap dengan keadaan cuaca yang gelap,” katanya.…
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pemenjaraan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membersihkan UMNO. Beliau yang pernah memimpin UMNO selama 22 tahun sebagai Presiden turut menyifatkan budaya parti berkenaan kini bukan seperti sewaktu ia ditubuhkan. Dakwa Ahli Parlimen Langkawi itu, sewaktu Najib menjadi Perdana Menteri, semua perlakuan yang dilakukan olehnya diterima, disokong dan dipertahan oleh UMNO. Jelasnya, pendirian dan sikap UMNO menunjuk seluruh parti itu tidak lagi berpegang kepada prinsip perjuangan untuk bangsa, negara dan agama. Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib dalam…
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima suapan untuk dirinya sendiri. Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Abdul Malik Ayob berkata, sumbangan yang diserahkan oleh pegawai Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada Ahmad Zahid adalah secara peribadi dan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk sumbangan politik. Jelasnya, walaupun pihak pembelaan berkata wang itu adalah sumbangan politik, ia tidak dibayar kepada parti politiknya. Katanta lagi, KSB juga tidak pernah membayar wang itu ke dalam akaun UMNO atau menerima resit daripada pembayaran itu. Tertuduh juga tidak…
Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan, kekal buat masa ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia berikutan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, sudah memfailkan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu. Beliau berkata, petisyen pengampunan itu difailkan dalam tempoh 14 hari, sekali gus status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya akan ditentukan selepas proses pengampunan itu selesai. Katanya, Najib hanya akan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan sekiranya permohonan pengampunan diraja itu ditolak. Jelasnya, memandangkan petisyen pengampunan sudah difailkan oleh Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada…
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.30 pagi pada Ahad. Pejabat Dr Mahathir dalam kenyataan berkata, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke IJN selepas disahkan positif Covid-19 pada Rabu. Menurut kenyataan tersebut, beliau akan meneruskan kuarantin di rumahnya sehingga pada Selasa ini. Kali terakhir Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN adalah pada awal Januari tahun ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif. Pada 16 Disember tahun lalu, media melaporkan Dr Mahathir turut dimasukkan ke institut itu untuk menerima rawatan sama. Dr Mahathir sebelum ini pernah mendapat…
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling sudah menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung isu guru sebuah sekolah di Kuala Pilah didakwa menggesa supaya pengetua dan guru kanan pentadbirannya dipindahkan segera. Ia berikutan tular gambar kain rentang yang tertera desakan itu, dengan memaparkan pelbagai dakwaan berkait sikap dan tindakan pihak pentadbiran sekolah terbabit. ADUN Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan, berkata pihaknya bersedia memberi kerjasama menangani isu terbabit, malah dimaklumkan bahawa pegawai PPD sudah turun ke sekolah berkenaan untuk melakukan siasatan. Beliau juga difahamkan bahawa satu laporan polis turut dibuat bagi mendapatkan kebenaran mengenai aduan terbabit, dan siasatan sedang dijalankan. Katanya…
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas dakwaan nama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia. Jelasnya, sebelum ini ada tahu ke pengkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan? Katanya lagi, kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar. Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh warga maya kononnya nama Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara. Sebelum ini timbul persoalan mengenai dakwaan nama Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia dan ditularkan di media sosial. Najib…
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu merekodkan 232 kes daftar lewat sijil kelahiran sejak Januari hingga Julai tahun ini. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Mohamad Nasir Kareem, berkata jumlah rekod berkenaan mungkin agak tinggi dengan pelbagai alasan diberikan keluarga atau waris selepas lewat membuat pendaftaran kelahiran anak atau waris tanggungan mereka. Beliau berkata, tiada pengangkutan dan masalah kewangan adalah alasan paling popular diberikan kerana melewatkan pendaftaran kelahiran. Katanya, tempoh dua bulan atau 60 hari diperuntukkan buat ibu bapa atau waris mendaftar anak atau tanggungan mereka namun ada yang membuat pendaftaran melebihi tempoh itu. Jelasnya, ada yang lebih setahun atau tahun-tahun…