Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dilaporkan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

KJ Umum Tentang Pemakaian Pelitup Muka Hari Ini..

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengulas lanjut, katanya pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan kawasan terutup kini adalah atas pilihan sendiri.

Begitupun, jelas Khairy, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya.

Pengumuman terbaharu itu hadir selepas empat bulan kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.

BERITA BAKAl MENYUSUL

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply