Pemilik Anjing Mati Ditembak Pencuri Setelah Anjing Peliharaannya Dibunuh | Seorang pemilik anjing telah ditembak mati selepas membuat percubaan bagi menangkap tiga orang pencuri yang telah membunuh anjing kesayangannya, di sini, baru-baru ini. Mangsa, Huynh Thanh Hai, 44 telah ditembak mati oleh seorang pencuri yang menggunakan senjata buatan sendiri dalam satu kejadian awal pagi di Wilayah Selatan Long An, Vietnam. Menurut satu laporan dari Vn Express, pihak polis mengesahkan telah menahan ketiga-tiga suspek tersebut yang dipercayai salah seorang daripada mereka terbabit dalam insiden pembunuhan Hai. Polis menambah lagi, dua dari tiga suspek tersebut merupakan penduduk Long An dan mereka telah…
Author: Miss Alin
Berbuka Dan Moreh Di Masjid Dibenarkan Di Kedah Pada Ramadhan Ini | Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia dan amat dinanti-nantikan oleh umat islam dunia. Namun sejak berlakunya pandemik yang melanda dunia sejak setahun yang lalu, telah banyak aktiviti kebiasaan yang dilakukan pada bulan yang penuh barakah itu tidak dapat untuk dilaksanakan. Kedah telahpun membenarkan aktiviti berbuka puasa dan moreh di masjid dilaksanakan seperti sebelumnya pada ramadhan tahun ini. Namun Prosedur Operasi Standard (SOP) haruslah dipatuhi oleh orang ramai yang hadir. Malahan Prosedur Operasi Standard yang ketat akan dilaksanakan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah…
Wanita Warga Emas Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri Di Rumah | Polis telah menemui mayat seorang wanita warga emas di Desa Penarukan, Jalan Pulau Natuna, di sini, baru-baru ini sekitar jam 2 petang waktu tempatan. Mayat mangsa dikatakan telah ditemui oleh dua orang anak saudaranya setelah dia dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak dua hari lalu sebelum mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah mangsa bagi melihat keadaannya di rumah. Sejurus tiba di lokasi kejadian, kedua-dua anak saudara mangsa yang juga merupakan saksi kejadian telah mengetuk pintu rumah mangsa namun tiada respond diberikan sebelum mereka bertindak memecahkan pintu sisi rumah mangsa…
Pemuda Jadikan Burung Kenari Sebagai Hantaran Kahwin | Hantaran merupakan suatu kemestian dalam setiap majlis perkahwinan. Namun suatu kelainan telah dicipta oleh sepasang mempelai pengantin dari Indonesia. Dimana kenari telah dipilih untuk dijadikan sebagai hantaran kepada isterinya. Seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia telah mencipta suatu diluar kebiasaan dalam majlis perkahwinannya. Aris Prasetyo, 32 iaitu pengantin lelaki telah memberikan burung kenari jantan kepada pasangannya sebagai hantaran. Burung kenari itu telah diberikan kepada isterinya pada majlis pernikahan mereka baru-baru ini. Isterinya Eka Maria Fransisca, 29 tahun telah menerima hantaran burung kenari jantan yang diberikan oleh suaminya. Selain dari burung kenari jantan,…
Terusan Suez : Penghantaran Bekalan Mungkin Terjejas | Penghantaran bekalan barangan dari Eropah ke Asia mungkin terjejas. Hal ini berlaku disebabkan oleh insiden sebuah kapal kontena yang telah terkandas di Terusan Suez dan menghalang laluan. Ini akan menyebabkan pengeluaran inventori terjejas. Menurut Menteri Pengangkutan Singapura Ong ye Kung, insiden itu menghalang kapal daripada belayar ke sekitar benua afrika – Tanjung Harapan – dan Asia. Tempoh perjalanan akan bertambah dari seminggu ke dua minggu katanya. Kapal kontena MV Ever Given itu telah tersadai di Terusan Suez disebabkan oleh ribut yang berlaku. Ini telah menyebabkan kesesakan di laluan perdagangan dunia itu. Terusan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Jumpa Fosil Ketika Cari Cacing | Meneroka dan mencuba sesuatu yang baru bukanlah sesuatu yang asing dalam hiduupan kanak-kanak. Malahan banyak yang mereka dapat teroka dan pelajari daripada aktiviti luar. Peluang untuk meneroka di zaman kanak-kanak turut tidak dilepaskan oleh Siddak Singh Jhamat dari England. Kanak-kanak berusia enam tahun yang berasal dari West Midlands, England telah menggali tanah untuk mencari cacing. Namun apa yang ditemui bukanlah sesuatu yang biasa dalam hidupan kini. Semasa menggali tanah di kawasan taman rumahnya, Siddak telah menemui sebuah fossil. Tinggalan fossil tersebut dipercayai berusia 488 juta tahun. Kanak-kanak itu dikatakan menemui fossil batu…
COVID-19 : Vaksin Suntikan Kedua Tunjuk Keberkesanan | Vaksin COVID-19 suntikan kedua mula menunjukkan kesan apabila seorang koresponden Bernama di Labuan yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua iaitu Pfizer-BioNTech mula merasakan tindak balas pada tubuh badannya. Beliau telah menerima suntikan kedua pada 20 Mac 2021. Labuan : Suntikan kedua itu diberikan selepas 21 hari beliau menerima suntikan yang pertama. Suntikan vaksin COVID-19 yang pertama telah diterima pada 27 Februari 2021 yang lalu. Pada kira-kira jam 3 pagi iaitu 12 jam selepas menerima suntikan yang kedua beliau merasa letih, sakit kepala, sakit otot dan demam sehinggakan menggigil. Suhu badannya…
Perabot Ikea, Teh Dan Oak Perancis Antara Barang Yang Terkandas Di Terusan Suez | Sebuah kapal kontena telah tersekat menyebabkan sejumlah barangan seperti Ikea sehingga berpuluh ribuan haiwan ternakan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas maritim di Terusan Suez, Mesir. Lebih daripada 360 kapal telah terdampar di Mediteranian iaitu di utara terusan serta di Laut Merah sejak kapal kontena raksasa MV Ever Given ini berada dalam kedudukan menyerong melintasi laluan perdagangan paling sibuk di dunia. Terdapat banyak kapal terkandas di zon penahan sepanjang terusan di Mesir malah pakar industri juga telah menganggarkan jumlah nilai barang yang terkumpul di laut tersebut adalah…
Pemandu UberEats Diserang Dan Dibunuh Oleh Dua Orang Gadis Di DC. Ada VIDEO | Berlaku satu kejadian pembunuhan di Washington DC melibatkan dua orang gadis dan seorang pemandu UberEats dalam satu cubaan merompak kereta, baru-baru ini. https://twitter.com/stillgray/status/1375889790768320512?s=20 Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Anwar, 66, diserang menggunakan ‘taser’ iaitu senjata perenjat oleh dua orang gadis selepas mereka cuba untuk merompak kereta mangsa, menurut Jabatan Polis Metropolitan dalam siaran berita. Paparan video yang tular di laman Twitter menunjukkan mangsa yang berada di luar kereta sedang menahan suspek dari merompak keretanya sebelum kereta tersebut meluru laju kemudian melanggar kereta-kereta lain di hadapan. Mangsa dilihat…
Seorang Mati Dan Lima Cedera Dalam Insiden Tikaman Di Perpustakaan Vancouver | Seorang wanita terbunuh dan lima mangsa lain cedera dalam tikaman di perpustakaan awam yang terletak berhampiran kawasan membeli-belah yang sibuk di pinggir bandar Vancouver, baru-baru ini. Serangan itu berlaku pada awal pagi dan penyiasat meminta saksi, terutama mereka yang telah merakam video yang kemudian disiarkan di media sosial. Jurucakap polis, Frank Jang berkata, suspek telah berjaya diberkas dan merupakan seorang belia berusia 20-an yang mempunyai rekod jenayah lampau. “Mereka mempunyai enam mangsa yang mengalami luka tikaman serta seorang mangsa yang sedih akibat kecederaan dan merupakan seorang wanita. “Kami…