Author: Miss Alin

Sekiranya Ukraine diterima sebagai ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serangan oleh Russia ke atas negara itu akan mengakibatkan peperangan dengan semua negara anggota pertubuhan berkenaan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan hari ini, berpendapat perang di antara NATO dan Russia akan meningkat dan berupaya menjadi perang dunia ketiga termasuk kemungkinan penggunaan senjata nuklear. Mengulas perihal lanjut, beliau berkata, salah satu perjanjian antara negara NATO adalah bahawa serangan terhadap satu negara akan dianggap sebagai serangan terhadap semua negara anggota. Jelasnya, apakah implikasi keadaan semasa. Ukraine masih belum menjadi anggota. Jika diserang Russia, NATO tidak terikat untuk…

Read More

Malaysia perlu melihat semula dasar dan polisi berhubung layanan terhadap pelarian di negara ini, kata Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Tom Andrews. https://twitter.com/FirdausAzil/status/1539825648361177088?s=20&t=p7kJ7PHZE8CvCht8qCYk7w Bekas Senator Amerika Syarikat itu berkata, terlalu banyak kisah pelarian Rohingya tentang bagaimana mereka diberi layanan buruk, termasuk oleh pihak berkuasa, sewaktu berlindung di negara ini. Tegasnya lagi, semua pihak harus menyedari bahawa kehadiran pelarian Rohingya di negara ini bukan atas kehendak mereka, tetapi kerana terpaksa bagi melepaskan diri dari kesengsaraan akibat tindakan pemerintahan junta tentera di Myanmar. Beliau berkata, sebagai contoh mendengar kisah mereka diberi layanan yang tidak berpatutan, wang mereka diambil, dan ada antara mereka…

Read More

Masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah serta memilih peralatan elektrik cekap tenaga dalam situasi kos penjanaan elektrik yang kian meningkat, menurut pakar. Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Nik Hakimi Nik Ali berkata melalui pendekatan itu pengguna boleh menjimatkan bil elektrik serta dapat mengelak dikenakan caj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) oleh syarikat pembekal elektrik. Menerusi laporan Bernama, beliau berkata, jika kita menggunakan kurang daripada 300 Kilowatt per jam (Kwh) untuk sebulan, kita tidak dikenakan caj KWTBB, syarikat pembekal elektrik akan kenakan caj kepada pengguna yang menggunakan 300…

Read More

Seorang kanak-kanak di India yang dilahirkan dengan penyakit tulang rapuh masih bersemangat menjalani hidup seperti biasa walaupun tulangnya pernah patah 100 kali. menerusi laporan Daily Mail, Rohit, 12, menghidap penyakit tulang rapuh, osteoporosis yang sangat teruk sehingga sedikit sentuhan sahaja boleh menyebabkan salah satu tulangnya patah. Keadaan itu mengakibatkan Rohit tidak dapat membesar normal dengan hanya memiliki 43 sentimeter ketinggian dan berat 15 kilogram. Sepanjang hayatnya, dia patah hampir 100 tulang dengan secara puratanya kira-kira lapan tulang dalam tempoh setahun. Rohit yang dilaporkan berasal dari Uttar Pradesh bergantung kepada ibu sepenuhnya untuk bergerak. Keadaannya yang kerap mengalami kesakitan teruk sepanjang…

Read More

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Ikhlas Malaysia melahirkan kebimbangan dengan hasrat kerajaan mahu membawa masuk ratusan ribu pekerja Bangladesh ke Malaysia. Presiden Ikhlas Malaysia, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, jumlah rakyat Bangladesh di Malaysia kini sudah ramai dan sekiranya ditambah lagi, ia seolah-olah mewujudkan satu “bangsa baharu” di negara ini. Tegasnya, mereka terbuka sekiranya pekerja dari negara lain dibawa masuk ke Malaysia namun bukan dari negara tersebut kerana dakwa Mohd Ridzuan, mereka banyak menimbulkan masalah. Jelasnya, Ikhlas Malaysia memandang serius perkara ini demi masa depan bangsa, negara dan rakyat Malaysia. Dalam isu ini, kita minta pihak berkaitan ambil perhatian. Beliau…

Read More

Seorang lelaki yang dipercayai melarikan diri dan takut dipukul cuba terjun dari tingkat empat sebuah Apartmen Sejati Ujana dekat Batu Tujuh, di sini, malam tadi. Lelaki berusia 20an itu dikatakan cuba terjun daripada kediaman berkenaan, kira-kira jam 8.40 malam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.44 malam. Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat. Menurutnya lagi, sejurus tiba, pasukan bomba dimaklumkan lelaki itu berada di tingkat empat apartmen berkenaan dipercayai cuba terjun. Jimmy berkata dalam satu kenyataan, anggota bomba kemudian naik…

Read More

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram. Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). Jelasnya, harga ayam tentu sekali (naik dan) jika diapungkan (ia akan) lebih tinggi daripada RM8.90, ia akan ditentukan oleh pasaran bermula daripada 1 Julai ini. Tambahnya, yang pasti (harga) akan lebih tinggi daripada RM8.90, sama ada (berharga) RM10, RM11 ataupun…

Read More

Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Ia membabitkan dua rayuan oleh bapa arwah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Tommy mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima. Bagaimanapun peguam cara mewakili Mohd Kassim, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu sesekali tidak mengubah keputusan dan dapatan Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 bahawa mangsa meninggal dunia kerana perbuatan jenayah. Kenyataan itu menjelaskan rayuan itu ditarik balik kerana pihak keluarga tidak mahu memanjangkan lagi perkara…

Read More

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada penyokong Harimau Malaya khasnya pemain ke-12 susulan kenyataannya berkenaan sokongan penyokong menjadi antara punca kekalahan 1-2 skuad negara kepada Bahrain dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu yang disalahertikan. Sebaliknya, Ahmad Faizal mengulangi pendirian bahawa sokongan padu dalam kalangan penyokong Harimau Malaya sebagai pemain ke-12 penting dan amat dihargai. Jelasnya, sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai. Menurutnya melalui ciapan di Twitter, “(Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah…

Read More

Pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini. Begitulah ulasan yang ditegaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menerusi laporan Awani, baru-baru ini. Jelasnya, beliau percaya kajian secara teliti telah dijalankan oleh semua pihak terutama kerajaan sebelum keputusan dibuat. Beliau berkata, pemansuhan ini ada dua makna pertama, sama ada hukuman mati itu dimansuhkan atau perkataan mandatori itu yang dimansuhkan. Oleh itu, menurutnya, kita harus tahu apa pun pemansuhan ini, telah dikaji secara teliti dan sudah tentu ada kesan limpah terhadapnya. Beliau berpandangan bahawa mengambil kira faktor itu…

Read More