Author: Miss Alin

Masa depan bahasa Melayu dan peranannya sebagai bahasa ilmu akan terus terancam dan mungkin lenyap sekiranya universiti awam (UA) di negara ini terus memperlekeh serta menolak penggunaannya secara meluas. Profesor Antropologi Sosial, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Sarjit Singh, berpendapat martabat bahasa Melayu perlu diangkat di universiti terlebih dahulu jika mahu memajukannya. Beliau menyifatkan bahasa Melayu sekarang dalam keadaan tenat, bukan sahaja kerana diambil alih oleh bahasa Inggeris, tetapi juga kerana tumpuan kerajaan terhadap soal penarafan dan pengantarabangsaan di peringkat universiti. Jelasnya, sekiranya mahu majukan bahasa Melayu, martabatnya perlu diangkat di…

Read More

Polis masih menunggu laporan bedah siasat berhubung kematian seorang pelajar perempuan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kematian pelajar berusia 21 tahun itu namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pelajar terbabit dipercayai mengalami serangan sawan namun pihaknya masih menunggu laporan kimia berhubung kematiannya. Sementara itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dalam kenyataannya berkata, pihak universiti masih menunggu laporan lanjut berhubung kematian pelajar perempuan terbabit. Unit Komunikasi Korporat UUM dalam kenyataan itu berkata, pelajar terbabit, R Vinosiny…

Read More

Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 8.0 arah pulau menghala ke Perai, awal pagi tadi. Mangsa berusia 22 tahun dikatakan telah meninggalkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna jingga bersama barangan peribadi di tepi tembok jambatan sebelum terjun ke dalam laut. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 pagi tadi. Jelasnya, mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut. Ujarnya dalam satu kenyataan, tindakan anggota bomba membuat pemantauan dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa…

Read More

Agensi kerajaan dan syarikat swasta disaran menyelaraskan semula harga kontrak dan menyelesaikan isu tenaga kerja dengan pengambilan warga Rohingya, bagi menyelamatkan kontraktor yang kini terjejas termasuk kesan pandemik COVID-19. Penyelarasan harga kontrak dan cadangan mengambil tenaga kerja warga Rohingya antara enam kaedah penyelesaian baharu yang dicadangkan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM). Presidennya, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan, berkata langkah proaktif dan kaedah penyelesaian baharu penting untuk dikaji dan dilaksanakan dengan segera, bagi membolehkan kontraktor meneruskan operasi. Katanya, kenaikan harga bahan binaan dan sewa peralatan serta sewaan mesin yang tidak terkawal, memerlukan tindakan agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk menyelaras kadar…

Read More

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam kebakaran sebuah feri yang memaksa penumpang terjun ke laut, menurut pengawal pantai dan saksi. Kebakaran berlaku di atas feri Mercraft 2 ketika ia membawa 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di pulau utama Luzon. Operasi mencari mangsa yang terselamat sedang dijalankan, dengan 120 penumpang diselamatkan setakat ini, kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina Commodore Armando Balilo. Ketika kejadian terdapat seramai 134 penumpang dan kru di atas feri. Gambar yang dikongsi pengawal pantai menunjukkan asap hitam tebal berkepul ketika api menyambar seluruh feri. Kata Kapten Brunette Azagra, mereka dapat menyelamatkan 40 mangsa dengan…

Read More

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesan 50 lagi kes selain sedang melakukan siasatan  penularan mendadak penyakit cacar monyet, menurut laporan BBC News. Jangkitan tersebut telah disahkan di sembilan negara Eropah, serta AS, Kanada dan Australia. Menerusi laporan BBC News, penyakit cacar monyet lebih kerap menular di kawasan terpencil di Afrika Tengah dan Barat. Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK, ia adalah jangkitan virus yang jarang berlaku, biasanya ringan dan kebanyakan orang pulih dalam beberapa minggu. Ujarnya, virus ini tidak mudah merebak antara manusia dan risiko kepada orang ramai dikatakan sangat rendah. Pihak berkuasa, dalam usaha mengesan kontak pesakit cacar monyet di…

Read More

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diminta menjalankan siasatan berhubung kejadian sekumpulan murid sebuah sekolah duduk dan makan di atas lantai yang mana gambar kejadian itu tular di media sosial. Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, berkata siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui kebenaran dan mengelak tanggapan serta persepsi negatif oleh pelbagai pihak. Jelasnya jika benar berlaku, ia amat dikesalkan dan tidak sepatutnya terjadi. Mungkin pihak sekolah boleh menyediakan alas tikar untuk murid duduk bersila supaya nampak tertib serta enak dipandang. Ujarnya lagi, selain itu, pihak sekolah juga sepatutnya menyediakan tempat makan yang sesuai dan bersih kepada murid, malah…

Read More

Kerajaan akan memantau perkhidmatan e-hailing dari semasa ke semasa dan mengumpul serta menganalisis maklumat sebelum sebarang perubahan dibuat, termasuk cadangan keperluan kawal selia kadar tambang. Menerusi laporan Sinar Harian, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan, faktor seperti persekitaran pemandu, penumpang, penyedia perkhidmatan dan lain-lain persekitaran perlu diambil kira bagi memastikan penawaran dan permintaan seimbang. Menurut agensi itu, konsep perkhidmatan e-hailing melibatkan persetujuan bersama antara pengguna dan penyedia perkhidmatan bagi tempahan perjalanan menerusi aplikasi yang memaparkan jumlah tambang dan pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan tempahan ataupun tidak. Jelasnya menerusi kenyataan agensi, sehingga kini terdapat lebih 10 penyedia perkhidmatan e-hailing…

Read More

Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) makanan. Pakar pemasaran dan polisi pertanian, Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata, krisis tiga penjuru yang berlaku ketika ini iaitu pandemik COVID-19, perubahan iklim dan perang Rusia-Ukraine bakal memberi impak kepada Malaysia. Jelasnya, beliau yakin krisis akan berlaku, sama ada besar atau kecil, itu tidak pasti, tapi krisis akan berlaku. Menerusi laporan Awani, Selain daripada masalah yang dihadapi dengan pasaran antarabangsa, kita (Malaysia) sendiri juga tidak bersedia kerana kita import beras 30 peratus atau satu pertiga, import daging lembu hampir 80…

Read More

Semua tujuh gerai menjual ayam segar di Pasar Besar Jerantut ditutup kepada pembeli berikutan tidak mendapat bekalan ayam daripada pembekal ayam, sejak Selasa lalu. Peniaga ayam di Pasar Besar Jerantut mendakwa mereka tidak memperoleh bekalan ayam hidup sejak Selasa lalu kerana pembekal memaklumkan stok ayam tidak mencukupi. Seorang peniaga ayam, Rosdi Omar, 55, berkata bekalan ayam segar mula sukar didapati sejak Selasa dan Rabu lalu dan pada hari ini, peniaga mendapat sedikit bekalan, tetapi tidak cukup untuk pembeli. Jelasnya, semalam, dia memohon 100 bakul ayam daripada pembekal tetapi hanya memperoleh 20 bakul, malah ayam yang diterima pun bersaiz kecil. Seorang…

Read More