Kerajaan perlu mengawal selia kenaikan harga barangan bagi mengimbangi risiko inflasi. Pengarah Perhubungan Luar Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Malaysia, Dr Zokhri Idris, berkata keperluan mengawal selia daripada kerajaan dan pihak autoriti bertujuan mengimbangi kenaikan harga barangan bagi mengelak inflasi hiper atau inflasi tinggi. Katanya, pengawalseliaan diperlukan supaya kenaikan harga barangan tidak begitu mendadak dan tinggi sehingga negara tidak mampu mengimbangi kadar inflasi berkenaan. Ujar beliau, apa yang boleh pihak autoriti lakukan, sebagai contoh, mengawal selia subsidi minyak kerana kita tahu minyak dan kos bahan mentah seperti bahan api adalah kos sangat penting yang diserapkan dalam kos keseluruhan…
Author: Miss Alin
Sekumpulan penyelidik menemui satu struktur ganjil yang kelihatan seperti sebatang jalan diperbuat daripada batu-bata dan berwarna kuning di dasar Lautan Pasifik, baru-baru ini. Sekumpulan kru kapal Nautilus dipercayai telah mengesan pembentukan batu itu menerusi sebuah kenderaan yang dikendalikan dari jauh untuk mengkaji Terumbu Karang Lili’uokalani Ridge Seamounts di Hawaii. Para penyelidik menemui struktur tersebut yang terletak lebih 1,000 meter di dasar lautan itu. Ekspedisi penerokaan itu kemudian disiarkan di laman perkongsian video, YouTube. Dalam rakaman itu kedengaran seorang saintis berkata, ia mungkin jalan untuk menuju ke Atlantis. Atlantis ialah sebuah bandar yang hilang dan dipercayai musnah di dalam lautan berhampiran…
Peningkatan harga minyak masak yang berlaku ketika ini dikenal pasti melibatkan minyak masak campuran. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, minyak masak campuran dan bukan tulen tidak berada dalam kategori Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP). Ujarnya menerusi ciapan Twitter, dalam kes ini jenama Knife, Red Eagle ialah minyak masak yang tidak berada dalam kategori kawalan perundangan AKHAP. Menurutnya, meskipun Malaysia adalah antara pengeluar minyak sawit mentah (CPO) terbesar di dunia, tetapi harga ditentukan pasaran dunia atau dalam erti kata yang lebih tepat ialah pasaran bebas. Katanya, namun ini…
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membantah sekeras-kerasnya kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh ke negara ini. Presidennya, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan sebaliknya perlu menjalankan pemutihan dengan melaksanakan operasi ‘pembersihan’ pekerja asing sedia ada di negara ini. Menurutnya, kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia sehingga akan menyebabkan ramai pekerja tempatan akan kehilangan pekerjaan mereka. “Jumlah kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh lebih ramai daripada penduduk di Perlis, bayangkan apa akan berlaku pada negara ini dengan jumlah kemasukan pekerja warga asing ini. “Sehubungan itu, Ikhlas (dan) ada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lagi akan tubuhkan (jawatankuasa) di…
Sebuah kilang logam yang dipercayai menjadi punca berlakunya pencemaran buih putih di Sungai Skudai pada Sabtu lalu, dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) semalam. Sumber Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor memaklumkan, kilang berkenaan dikenakan tindakan selepas siasatan lanjut menemui efluen sama yang dilepaskan di Sungai Skudai di premis kilang logam itu. Kata sumber berkenaan, susulan aduan diterima berhubung pencemaran buih itu, JAS Johor membuat siasatan terhadap beberapa kilang berhampiran Sungai Skudai sebelum menemui efluen yang disyaki di premis berkenaan. Jelasnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kilang itu terpaksa memberhentikan aktiviti pengilangan serta-merta, serta perlu mengambil langkah…
Malaysia boleh menghadapi risiko besar seperti Filipina jika perasuah didewakan dan diangkat sebagai pemimpin sedangkan rakyat berhak untuk memilih pemimpin yang bersih dan beramanah. Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, pemilihan pemimpin juga akan mencerminkan nilai dan akhlak rakyat Malaysia yang bakal menentukan kesejahteraan dan kemakmuran negara. Menurutnya, kerana itu Malaysia memerlukan rakyat yang jujur dan mengutamakan nilai untuk mengangkat individu berwibawa,berintegriti sebagai pemimpin. Ulasnya, kemenangan peperangan kita terhadap rasuah memerlukan strategi holistik dan komprehensif, bermula daripada daya tahan dalaman dan kemampuan menahan gejolak nafsu terhadap material dan kebendaan yang bersifat duniawi semata-mata. “Kezaliman akibat rasuah meninggalkan legasi…
Suasana di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), di sini gempar semalam apabila seekor ular sawa sepanjang kira-kira 2.5 meter dijumpai bersembunyi dalam bahagian enjin sebuah kereta yang mahu diperiksa di situ. Ular seberat hampir 70 kilogram (kg) itu ditemui melengkar di bahagian enjin kereta itu ketika pemiliknya membuka bonet sebelum keadaan menjadi kecoh kerana orang ramai terkejut. Seorang ejen pemeriksaan kenderaan, Yuzaini Mohd Yusof, 48, berkata ular itu ditemui dalam enjin sebuah Proton Wira yang mahu diperiksa di situ kira-kira jam 10 pagi. Katanya, beliau ketika itu berada di bahagian lain bagi menjalankan pemeriksaan sebuah lori yang dibawanya sebelum terdengar…
Di saat umat Islam bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga, Allah menguji pasangan suami isteri ini apabila anak sulung mereka yang menghidap kanser otak tahap empat dijemput Ilahi pada 1 Syawal lalu. Pernah viral ketika Ramadan baru-baru ini, Raudhatus Solehah Rashidee Abd Rashid telah dipakaikan baju sedondon bersama dua adiknya sebagai tanda kenangan seandainya tidak berkesempatan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Ini kerana doktor memberitahu tahap kesihatan kakak semakin merosot dan meminta untuk bersedia bila-bila masa sahaja. Walaupun sudah tahu hayat kakak tidak lama, sikap positif Rashidee dan isterinya, Sabariyah Ismail yang cuba memenuhi permintaan anak wajar…
Terdapat dua laporan diterima berhubung kes doktor pelatih (HO) dibuli di dua buah hospital di Negeri Sembilan. Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan pada bulan Mac dan April lalu. Jelasnya, seorang HO memberitahu telah terima layanan tidak sepatutnya daripada doktor pakar yang melatihnya sehingga menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti kerana alami tekanan emosi. Katanya lagi, seorang lagi HO mendakwa doktor mentornya memberi penilaian tidak adil terhadap kerjanya yang dipercayai disebabkan ada isu komunikasi dan masalah peribadi antara mereka. Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah diminta melakukan siasatan lanjut dan jika…
Penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berpotensi melonjakkan harga terutamanya barangan pengguna dan mentah yang diimport, sekali gus meningkatkan kos sara hidup rakyat , kata penganalisis. Pada awal dagangan Isnin, ringgit berada pada 4.3745/3780 berbanding dolar AS daripada 4.3650/3680 sewaktu ditutup pada Jumaat. Ahli Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata penurunan ringgit akan menjadikan kos sara hidup tinggi, yang berpunca dari kos import yang tinggi. Beliau berkata, penggunaan isi rumah terutamanya bahan makanan utama adalah sangat bergantung kuat kepada import. Jelasnya, sukar diramal akan sampai bila kemerosotan ringgit ini akan berlaku. Ini kerana bukan ringgit sahaja,…