Author: Miss Alin

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan memperluaskan penggunaan dron dalam setiap operasi penguatkuasaan pada masa akan datang terutama pada musim perayaan. Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, ini kerana penggunaan alat berkenaan dilihat lebih efisien dalam memantau kesalahan pengguna jalan raya selain lebih selamat dan tidak memerlukan keanggotaan yang ramai. Menurutnya, ia terbukti apabila kali pertama digunakan pada Op Hari Raya Aidilfitri 2022 dengan menumpukan kawasan lebuh raya dan jalan-jalan utama di negeri ini. Jelasnya, sebanyak dua dron digunakan di kawasan lebuh raya yang tertumpu kepada kesalahan penggunaan lorong kecemasan manakala di jalan utama bagi mengesan kesalahan…

Read More

Wanita Berhenti Di Lorong Kecemasan, Ada ‘Sesuatu’. | Seorang wanita memberhentikan kereta di lorong kecemasan Kilometer 26.7 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) selepas panik ternampak ular di dalam kereta. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi kemas kini di Facebook berkata, kejadian sekitar jam 6 petang pada Ahad itu disedari anggota JPJ yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut. Menurut kenyataan itu, pasukan peronda diketuai Ahmad Khairuddin Khalid @ Othman bersama dua anggota bertindak melakukan pemeriksaan pada kenderaan berkenaan. Jelasnya lagi, pemandu kenderaan dan anaknya keluar daripada kenderaan dan memaklumkan terdapat seekor ular di bahagian letak kaki pemandu dan meminta…

Read More

Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan pada 29 April lepas. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah Superitendan Mohd Mahiri Hussin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 9,413 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala bakinya atas pelbagai kesalahan lain. Jelasnya, jumlah kemalangan di negeri ini dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 adalah sebanyak 660 kes dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 135 kes berbanding tempoh yang sama pada Op Selamat 15/2019. Katanya lagi, jumlah kes kemalangan maut adalah sebanyak sembilan kes, kecederaan parah…

Read More

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak berikutan orang ramai balik ke kampung sempena Aidilfitri, hari ini. Tinjauan menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga jam 9 pagi tadi mendapati trafik sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan. Aliran trafik sesak di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai; Sungkai ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Tapah; persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak. Trafik juga perlahan di lebuh raya sama arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya;…

Read More

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan aktiviti takbir hari raya di masjid dan surau seluruh negara. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, aktiviti tersebut juga dibenarkan dari rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka. Jelasnya, solat sunat hari raya juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dengan semua jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya. Menurutnya, turut dibenarkan, jamuan selepas solat di masjid atau surau, program ziarah, ziarah tanah perkuburan, rumah terbuka atau majlis hari raya indoor serta outdoor. Tambahnya, Aidilfitri kali ini adalah satu rahmat untuk kita raikan bersama keluarga, sanak saudara…

Read More

Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa kerajaan membuka semula siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002. Naib Presiden MUDA, Zaidel Baharuddin, berkata ia susulan laporan agensi berita antarabangsa AFP, bahawa Mahkamah Perancis mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia. Beliau mendakwa, syarikat yang menjual kapal selam kepada Malaysia, DCN pada 2002 adalah sebahagian daripada Thales. Jelasnya, ini berlaku ketika Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan Menteri Pertahanan dan daripada awal didapati, pembelian ini menimbulkan pelbagai syak wasangka. Katanya, antaranya apabila Abdul Razak Baginda yang dikatakan rapat dengan Najib ketika itu,…

Read More

Russia memberi amaran bahawa konflik di Ukraine berupaya menjadi semakin meruncing sehingga meletuskan perang dunia ketiga. Moscow turut mendakwa Kyiv memanipulasi rundingan damai sebelum ini, sehari selepas kunjungan pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) yang berkata pasukan tentera Ukraine mampu memberi tentangan balas terhadap pencerobohan Russia. Konflik itu mencetuskan sokongan bertali arus dalam kalangan negara Barat, sekali gus menyaksikan kemasukan pelbagai bekalan senjata ke Ukraine demi membantu negara berkenaan berdepan dengan tentera Russia. Bercakap kepada agensi berita Russia, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menyuarakan kritikan terhadap pendekatan Kyiv yang dilihat cuba menyulitkan proses rundingan damai, selain memberi gambaran bahawa tindakan sedemikian…

Read More

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tiba di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa untuk memberi keterangan dan dirakam percakapan berhubung video muzik Hari Raya Aidilfitri yang menjadi kontroversi. Aliff Syukri yang memakai kot kelabu dan seluar hitam tiba pada jam 9.58 pagi dan sempat menyapa pemberita yang menunggu kehadirannya. Beliau berkata bahawa beliau memohon maaf dan perlu masuk ke dalam sambil berlalu menuju ke ruang lobi Ibu Pejabat SKMM. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Kom) Tan Sri Annuar Musa pada Isnin berkata, individu terlibat di dalam video muzik berkenaan sudah diberi notis untuk hadir ke…

Read More

Malaysia sedang menghadapi ancaman baharu yang serius dalam jangkitan malaria iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata jangkitan malaria zoonotik di Malaysia telah meningkat dengan drastik daripada 376 kes pada 2008 kepada 3,575 kes pada 2021 dan telah muncul sebagai penyebab utama kematian malaria di Malaysia sejak 2017. Jelasnya, selain jangkitan malaria manusia, Malaysia turut menghadapi ancaman baru yang lebih besar iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik yang disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi. Ia ditularkan dari haiwan (beruk/kera) yang menjadi perumah semula jadi bagi parasit ini kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles sp. Ujarnya. berbeza dengan malaria manusia,…

Read More

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman diarah membuat siasatan secara menyeluruh berhubung seorang pegawai polis wanita membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan namun meminta JIPS melakukan siasatan dalaman. Beliau berkata, tindakan pegawai polis wanita yang mengetuai operasi berkenaan membuat TikTok secara langsung adalah tidak wajar. Jelasnya, untuk apa dia (pegawai polis wanita) buat siaran langsung TikTok semasa operasi? Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Sementara itu Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya sudah mengambil…

Read More