Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti punca guru bersara awal dan penjelasan mengenai isu berbangkit akan dijelaskan dalam masa terdekat. Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata berdasarkan data KPM, maklumat berhubung pola guru bersara awal antara 2017 sehingga 2022 hampir sama. Justeru, katanya KPM akan menentukan apakah pendekatan yang paling sesuai bagi menangani isu guru bersara awal. Jelasnya, KPM melihat trend guru bersara awal sama sejak 2017 dan bukan naik mendadak kebelakangan ini. Namun menurutnya, KPM akan meneliti pendekatan yang lebih sesuai untuk memastikan isu guru bersara awal dapat diselesaikan. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu kenyataan pada 18 April…
Author: Miss Alin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara. Katanya, beliau terpanggil untuk mengulas isu itu kerana ketika ini umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan. Katanya, terdapat perdebatan agak panas dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam. Beliau berkata, pastinya ia…
Tujuh individu berusia antara 19 hingga 30 tahun ditahan berkaitan pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah pasar raya di sini, malam tadi. Pergaduhan itu berpunca daripada isu berebut pelanggan antara dua pekerja premis perniagaan telefon bimbit dalam pasar raya itu yang berebut pelanggan dalam kejadian jam 9.30 malam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mereka saling tidak puas hati dan bertelingkah sehingga mereka membawa rakan masing-masing dan berlaku pergaduhan di dalam dan luar pasar raya. Jelasnya, mereka menerima dua laporan daripada kedua pihak berhubung kejadian dan tujuh individu yang berumur antara 19 hingga 30 tahun sudah…
Kerajaan dijangka mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) berhubung pandemik Covid-19. Difahamkan ia berkaitan dengan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang diwajibkan sejak 1 Ogos 2020. Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebelum sidang akhbar pada Jumaat memberi bayangan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan tetapi adalah pilihan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditemui pada majlis pelancaran program mQUIT masjid di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin meminta pihak media menunggu pengumuman minggu hadapan. Jawab beliau dengan ringkas, tunggu minggu depan. Sementara itu…
Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Aidilfitri. Beliau memberikan penjelasan itu selepas menerima banyak pertanyaan mengapa pengeluaran khas KWSP belum dimasukkan ke dalam akaun penerima. Beliau menjelaskan, bukan semua permohonan pengeluaran khas KWSP dimasukkan ke akaun semua pemohon semalam, 18 April. Sebaliknya, katanya, wang berkenaan akan dikreditkan secara berperingkat. Tengku Zafrul berkata, KWSP terima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion. Jelasnya, ini satu jumlah yang sangat besar. Sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar itu dalam masa yang singkat. Beliau…
Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta polis supaya membuka semula kertas siasatan membabitkan kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam dua tahun lalu. Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan, Bibi Sunita S Khan, berkata kematian Baby Adam pada 3 Mei 2020 didakwa ada kaitan dengan isu penderaan di pusat perlindungan Rumah Bonda di Taman Setapak di sini. Setiausaha Pejuang Parlimen Setiawangsa itu juga mendakwa, ada keraguan terhadap laporan kematian Baby Adam yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) serta kaitan dengan latar belakang sejarah penyakitnya. Jelasnya, mereka terpanggil untuk membuat laporan polis…
Peniaga dalam talian didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memiliki naskhah al-Quran tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Januari lalu. Tertuduh, Ammar Abdullah, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli. Ammar didakwa memiliki 70 naskhah al-Quran yang tiada perakuan kelulusan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran KDN. Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Pasir Pekan, Wakaf Bharu, di sini, lebih kurang 9.04 pagi pada 20 Januari 2022. Bagi pertuduhan kedua, Ammar didakwa memiliki 846 naskhah al-Quran yang tiada perakuan kelulusan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan…
Tindakan ekstrem seorang pemimpin parti politik di Sweden yang membakar senaskah al-Quran, Khamis lalu disifatkan perbuatan melampau yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, semua mereka yang beragama hendaklah sentiasa menghormati sesama agama, seperti mana yang dianjurkan oleh Islam. Jelasnya, ia perkara yang sepatutnya tidak berlaku. Kita sendiri pun tidak boleh, bukan setakat nak bakar kitab-kitab dia dan sebagainya, kita tak boleh hina sembahan dia, tuhan dia. Katanya, sepatutnya agama lain pun hormat. Jangan tiupkan perkara yang bersifat provokasi, kerana orang Islam juga ada sensitiviti dalam hal seperti ini. Dalam bab…
Selepas suri hati Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam yang sedia membantu remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dikenali sebagai Bella mendapatkan keadilan, hari ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bersuara memberi tanda sokongan kepada remaja down sindrom yang didera itu. Menerusi satu hantaran beliau di Facebook, Tunku Ismail dilaporkan akan menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi kes terbabit. Jelasnya, kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini. Tunku Ismail berkata, kes pendakwaan pada…
Kadar tambang bas ekspres akan dinaikkan hampir 10 peratus kepada 10.2 sen bagi setiap kilometer bermula hujung bulan ini, menjelang sambutan Aidilfitri. Ia berdasarkan satu pekeliling dikeluarkan APAD bertarikh 21 Mac lalu, yang memaklumkan kenaikan kadar tambang bas ekspres itu berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS). Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri, berkata kenaikan sebanyak RM0.009 setiap kilometer itu diputuskan Kabinet untuk kadar tambang bas ekspres dan bas ekspres tambahan. Katanya, kenaikan kadar tambang itu bukan perkara baharu, sebaliknya ia dilaksanakan setiap tahun menjelang sambutan perayaan utama, khususnya Aidilfitri dan Tahun…