Selepas suri hati  Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam yang sedia membantu remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dikenali sebagai Bella mendapatkan keadilan, hari ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bersuara memberi tanda sokongan kepada remaja down sindrom yang didera itu.

Isu Bella. Isteri Luah Rasa Kecewa. Tak Sangka Ini Tindakan TMJ

 

Menerusi satu hantaran beliau di Facebook, Tunku Ismail dilaporkan akan menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi kes terbabit.

Jelasnya, kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini.

Tunku Ismail berkata, kes pendakwaan pada ketika ini membabitkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT).

Oleh hal demikian, beliau menyatakan dalam hantaran tersebut akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bagi menawarkan perkhidmatan peguam-peguamnya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini.

Terdahulu, nasib malang menimpa Bella, 13, turut mendapati perhatian isteri TMJ, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Khaleeda menerusi perkongsian dalam akaun Twitter menyatakan, akan berusaha bagi menuntut keadilan bagi Bella.

Jelasnya, beliau akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella.

Isu Bella. Isteri Luah Rasa Kecewa. Tak Sangka Ini Tindakan TMJ

Namun, menurut satu hantaran di Facebook Nor Zabetha, terdapat sesetengah netizen menurunkan komen terhadap hantaran terbabit iaitu “What power do you have?” yang dilihat seperti mempertikaikan bahawa Cik Puan Khaleeda tiada kuasa dan tidak mampu memperlakukan apa-apa.

Hantaran Nor Zabetha tersebut turut menyebut, netizen mungkin terlupa bahawa Cik Puan adalah seorang isteri. Mereka juga lupa bahawa seorang suami biasanya akan memenuhi hajat dan permintaan isteri.

Tambahnya, kalau dalam pasangan kebanyakkan ini, dipujuknya suami beli gelang emas dan suami mengomel tetap juga dibelikan. Kalau disuruh itu ini, walaupun suami penat tetap juga dibuat.

Namun tidak lama kemudian, beliau berkongsi telah terbaca status TMJ yang ingin menawarkan kepada Kementarian Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat peguam-peguam baginda sebagai peguam pemerhati.

Oleh itu, hal tersebut mendapat perhatiannya selain menyatakan bahawa “Never underestimate the power of a wife” dalam hantaran tersebut.

Sumber: Facebook HRH Prince Crown Johor , Facebook Nor Zabetha

 

Share.

Leave A Reply