Mangsa banjir yang terjejas di Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh, di sini cemas apabila dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ dinaiki air awal pagi Ahad. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata, PPS itu pada mulanya ditutup jam 1 tengah hari Sabtu kerana air di kediaman penduduk mula surut. Bagaimanapun, menurut beliau, penduduk terpaksa berpindah semula kerana kediaman mereka kembali dinaiki air. Menurutnya, PPS berkenaan sebelum ini menempatkan seramai 315 mangsa. Jelasnya, air naik pada tengah malam menyebabkan lapan penduduk membabitkan empat keluarga berpindah di PPS itu tetapi malangnya turut dinaiki…
Author: Miss Alin
Syarat Hadir Solat Jumaat. Ini Jawapan Jakim Kepada Orang Ramai | Khalifah Media Networks – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan syarat bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Jumaat ditentukan pihak berkuasa agama negeri dan terpakai di masjid serta surau di negeri terbabit sahaja. Penjelasan itu merujuk ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 21 Februari lalu. Berikut yang mensyaratkan penerima vaksin lengkap dua dos dan penggalak hadir ke masjid ke surau untuk menunaikan solat Jumaat. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Hakimah Mohd…
Rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine dilaporkan telah selamat tiba ke Poland kira-kira jam 5.45 pagi tadi selepas mengharungi perjalanan darat lebih 10 jam dari ibu negara Ukraine, Kiev. Konvoi itu memindahkan sembilan rakyat Malaysia, dua anggota keluarga warga Ukraine dan seorang warga Singapura itu tiba Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine-Poland. Ia diketuai Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, Fadillah Daud yang disambut dua pegawai kedutaan Malaysia di Poland sebaik tiba. Perkara tersebut disahkan disahkan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah di akaun Twitter beliau. https://twitter.com/saifuddinabd/status/1497720626031001600?s=20&t=cMhSt4PRISuCUmqheBsF7g Katanya, kesemua mereka yang dievakuasi termasuk pegawai-pegawai pengiring akan meneruskan perjalanan ke Warsaw, Poland.…
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan mengecam ‘serangan tanpa provokasi dan tidak wajar oleh tentera Rusia’ selepas dilaporkan berlaku satu letupan di Ukraine. Dalam satu kenyataan, Biden berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memilih perang yang akan membawa kerugian besar dan nyawa serta penderitaan manusia. Jelasnya, Rusia bertanggungjawab atas kematian dan kemusnahan yang akan dibawa oleh serangan ini. Ujarnya lagi, Amerika Syarikat serta Sekutu akan bertindak balas secara bersama dan tegas. Dunia akan mempertanggungjawabkan Rusia. Sejurus sebelum letupan bermula di Ukraine, Putin mengumumkan operasi ketenteraan. Biden berkata bahawa dia merancang untuk berucap kepada rakyat Amerika pada Khamis dan akan…
Jenazah balu kepada Mufti Perak, Puan Seri Ainon Abdul Ghani, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini, kira-kira 11.25 pagi ini. Jenazah yang tiba di tanah perkuburan jam 10.55 pagi turut diiringi beberapa ahli keluarga terdekat. Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini diimamkan sendiri anak Allahyarhamah iaitu Datuk Ahmad Wafi Harussani. Jenazah disemadikan bersebelahan pusara arwah suami, Allahyarham Tan Sri Dr Harrusani Zakaria. Allahyarhamah, 82, mempunyai lima anak dengan dua daripadanya sudah meninggal dunia. Semalam media melaporkan balu kepada bekas Mufti Perak itu meninggal dunia di Kinta Medical Centre,…
Presiden Rusia Vladimir Putin dilaporkan telah memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di timur Ukraine. Jelasnya, beliau telah membuat keputusan untuk menjalankan operasi ketenteraan khas, menurut laporan Fox News menerusi USA Today News. Tambahnya, analisis telah dilakukan dan membuat kesimpulan bahawa konfrontasi mereka dengan pasukan (Ukraine) ini tidak dapat dielakkan. Oleh itu, beliau memberi pesanan kepada pihak yang mungkin mahu campur tangan. Katanya, Rusia akan bertindak balas serta-merta dan anda akan terima akibat yang tidak pernah anda alami sebelum ini dalam sejarah anda. Laporan tersebut turut menyatakan, letupan kedengaran di Kyiv, Kharkiv, Odessa, Mariupol dan beberapa bandar lain.…
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan telah mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19, pada Rabu, baru-baru ini. Dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, Ketua Armada Bersatu itu memohon agar individu yang menemuinya sejak awal minggu ini untuk membuat ujian saringan, menjalani kuarantin dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP). Menerusi ciapan beliau, “Buat rakan-rakan yang telah menemui saya sejak awal minggu, saya mohon agar anda turut buat isolasi dan ujian mengikut SOP. Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih,” katanya pada Khamis. https://twitter.com/wanfayhsal/status/1496673500353863680?s=20&t=6RhHjxZSnQjqtw3iS_Irgg Sumber: Astro Awani
Pihak berkuasa China hari ini dikatakan telah menahan seorang lelaki yang didakwa mengurung dan merantai isterinya dalam sebuah pondok. Sekurang-kurangnya 17 pegawai tempatan dihukum rentetan kes itu yang mencetuskan kemarahan. Insiden terbabit mencetuskan perdebatan hangat mengenai kesihatan mental dan pemerdagangan orang pada Januari lalu, selepas sebuah video diterbitkan seorang blogger memaparkan wanita itu dirantai dan dikunci di bahagian leher dalam cuaca sejuk dekat wilayah Jiangsu. Menurut pihak berkuasa tempatan, wanita itu ditemui menghidapi skizofrenia dan pernah hendak dijual beberapa kali termasuk sekali pada 1998 pada harga 5,000 yuan (RM3,313), selepas dia diambil dari kampungnya di barat daya wilayah Yunnan. Pegawai…
Jemaah yang lengkap dua dos vaksin dilaporkan telah diberi kebenaran hadir menunaikan solat Jumaat walaupun tanpa suntikan dos penggalak. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata walaupun dibenarkan, tetapi jemaah digalakkan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak. Menurutnya, mereka masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada termasuk penjarakan antara jemaah dan mewajibkan setiap jemaah merekodkan butiran menggunakan aplikasi MySejahtera. Katanya, jemaah juga diwajibkan merekodkan butiran peribadi termasuk menulis nombor telefon pada buku disediakan di pintu masuk masjid. Yang turut hadir Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin. Mengulas…
Isu Hina Islam. Prosiding Babit ‘Raja Bomoh’ Ditangguh Dua Bulan | Khalifah Media Networks – Prosiding kes melibatkan Ibrahim Mat Zin, juga digelar ‘Raja Bomoh’, yang disiasat atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini ditangguhkan dua bulan lagi. Hakim Syarie Azman Saad membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak untuk melengkapkan siasatan. Berikutan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan. Menurutnya, penangguhan tersebut dilakukan beliau supaya tidak memanjangkan tempoh siasatan. Justeru penangguhan dibenarkan untuk dua bulan dan ini adalah tempoh penangguhan yang terakhir. Tambahnya, dilepaskan tidak bermaksud tidak didakwa, akan tetapi mengikut…