Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan telah mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19, pada Rabu, baru-baru ini.

Dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, Ketua Armada Bersatu itu memohon agar individu yang menemuinya sejak awal minggu ini untuk membuat ujian saringan, menjalani kuarantin dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi ciapan beliau, “Buat rakan-rakan yang telah menemui saya sejak awal minggu, saya mohon agar anda turut buat isolasi dan ujian mengikut SOP. Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih,” katanya pada Khamis.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply