Author: Miss Alin

Saksi utama dalam perbicaraan rasuah jurubank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng mendedahkan bahawa bekas Ketua Goldman, Lloyd Blankfein ada bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak pada 2009 sebelum urus niaga bon besar bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Menurut bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara, Tim Leissner agenda pertemuan itu adalah bagi mendapatkan jawatan terhadap tiga anak Najib dalam bank itu sebagai balasan terhadap peluang perniagaan yang menguntungkan untuk bank berkenaan. Menurut laporan Bloomberg, kenyataan itu dikeluarkan Leissner di hadapan juri pada Selasa dalam prosiding hari kedua berkaitan skim 1MDB. Tambah Leissner, beliau dan pegawainya Ng…

Read More

Seorang peniaga pasar malam bersama tiga rakan yang sudah meninggal dunia, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan mencuri sebuah pikap, Ford Ranger, dari sebuah rumah di Kampung Seri Pinang 2 dekat Palekbang di sini pada 3 Februari lalu. Tertuduh, Mohd Zubairi Yaacob, 37, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus mendengar pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Kamarul Hasyime Rosli. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama tiga lelaki yang sudah meninggal dunia iaitu Ahmad Syafiq Abdul Malik, 30; Mohd Khairul Anuar Iskandar, 33 dan Amir Sidi Ahmad, 50; mencuri pikap Ford Ranger berwarna biru milik, Mohd Asraf Mohd Asri,…

Read More

Angka kematian akibat varian Omicron dilaporkan telah mengatasi gelombang Delta di Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik The Seattle Times. Sebagai perbandingan, AS merekodkan kes jangkitan membabitkan varian Delta sebanyak 10,917,590 dengan 132,616 kematian untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021. Dalam pada itu, AS mengesahkan lebih 30,163,600 jangkitan serta 154,750 kematian akibat Covid-19 pada Sabtu. Jumlah kematian akibat gelombang Omicron adalah 17 peratus lebih tinggi berbanding Delta dalam tempoh yang sama. Afrika Selatan melaporkan kes pertama membabitkan varian Omicron pada 24 November tahun lalu. Sumber: Sinar Harian

Read More

Sebuah perkampungan di Aceredo di Sepanyol, yang sebelum ini ‘lenyap’ selama 30 tahun kerana pembinaan empangan dilaporkan kini dapat dilihat semula. Ia selepas kemarau menyebabkan paras air empangan berkenaan turun mendadak. Mirror UK melaporkan kawasan kampung yang tenggelam itu dapat dilihat selepas kawasan berkenaan tidak dilanda hujan selama hampir dua bulan. Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat bumbung bangunan di permukaan empangan Lindoso di barat laut Sepanyol itu. Penduduk tempatan dapat melihat kereta berkarat dan jalan lama. Ketika musim kemarau, kampung lama itu akan muncul semula selepas ditenggelami 30 tahun lalu selepas pembinaan empangan hidroelektrik sebelum ini menyebabkan…

Read More

Mangsa menjelaskan bahawa tidak sampai lima minit dia memarkir keretanya di garaj, ribut datang dan sebatang pokok kuini telah menghempap keretanya, baru-baru ini. Mohd Aminudin Zaki, 42, yang merupakan penduduk FELDA Jelai 1 itu berkata, selain kereta PROTON Wiranya yang rosak dihempap pokok tumbang, ribut yang melanda kira-kira jam 5.50 petang semalam turut menyebabkan bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat. Jelasnya, dia baru pulang ke rumah selepas beli barang keperluan, terkejut lihat pokok tumbang menghempap garaj dan kereta. Mujur saya tiada di dalam garaj selepas meletakkan kereta. Katanya, keadaan ketika itu sangat menakutkan, namun dia bersyukur semua ahli keluarga selamat dalam…

Read More

Dua kuarters pendidikan yang dibina dengan kos puluhan juta di daerah Kota Setar dan Pendang, di sini, kini terbiar usang sehingga menyeramkan penduduk. Di Kuarters Pendidikan Tajar di sini, keadaan tiga blok bangunannya cukup menyedihkan dengan dipenuhi semak samun akibat tiada penyelenggaraan. Difahamkan, kuarters lima tingkat berkenaan siap dibina sekitar tahun 2000 dan sempat didiami sehingga 2004 sebelum ditinggalkan, menyebabkan ia menjadi sasaran pencuri. Bukan hanya lampu, kipas, kepala paip dan jeriji unit dicabut pencuri, malah cermin serta tingkap rumah dipecah atau sengaja dirosakkan. Penduduk Kampung Alor Binjai, Farhanim Mat Saad, 27, berkata bapanya pernah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di…

Read More

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat tiga negeri merekodkan penggunaan katil di wad Unit rawatan Rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19, melebihi 50 peratus. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Johor iaitu 32 daripada 46 katil yang dikhaskan untuk kes COVID-19 kini sudah diisi. Selain itu, menurutnya, Kuala Lumpur sudah menggunakan 65 peratus daripada keseluruhan 26 katil ICU yang diperuntukkan kepadanya untuk merawat pesakit COVID-19 serta Melaka merekodkan 50 peratus pengisian daripada jumlah keseluruhan 24 katil di wad berkenaan. Bagi katil bukan ICU, terdapat empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi…

Read More

Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara. Akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh. Menerusi laporan Al Moataz Kutbi, penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima. Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh…

Read More

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) menggesa sokongan berterusan antarabangsa terhadap pelarian Rohingya dan negara tuan rumah Bangladesh, lapor The Sun. Pada Ogos 2017, hampir 750,000 Muslim Rohingya melarikan diri daripada kekejaman pihak tentera di Rakhine, Myanmar menjadikan jumlah keseluruhan pelarian di Cox’s Bazar mencecah 1.2 juta orang, memetik kenyataan UNHCR. Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR Kelly T. Clements dan Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik Indrika Ratwatte melawat Bangladesh pada 13 hingga 18 Feb, termasuk ke kem pelarian di Cox’s Bazar dan Pulau Bhasan Char. Hasil lawatan itu mendapati terdapatnya keperluan mendesak dan lebih komprehensif berkaitan…

Read More

Skuad badminton lelaki negara mencipta satu lagi pencapaian membanggakan dalam arena badminton negara apabila ditabalkan juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas menewaskan Indonesia 3-0, di sini pada Ahad. Lebih manis lagi, kejuaraan tersebut menyaksikan Malaysia berjaya melunaskan dendam dua tahun lalu apabila sekali lagi berdepan Indonesia tahun ini Pada perlawanan tersebut, Malaysia bermula cemerlang apabila juara Seluruh England 2020, Lee Zii Jia mempamerkan aksi terbaik menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 14-21, 21-12, 21-10. Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun pada perlawanan kedua, sedikit mencemaskan peminat badminton negara apabila tumbang set pertama 17-21 kepada Leo Rolly-Daniel…

Read More