Author: Miss Alin

Youtuber AS Antara Yang Maut Dalam Nahas Pesawat Di Iceland | Youtuber Amerika Syarikat (AS), Josh Neuman dan pempengaruh (influencer) media sosial Belgium, Nicola Bellavia dilaporkan adalah dua daripada empat individu maut dalam nahas pesawat ringan, minggu lalu, menerusi laporan News Sky. Jurucakap polis memaklumkan kemalangan berlaku selepas pesawat Cessna 172, dinaiki mereka, terhempas dalam ais beku di Tasik Thingvallavatn, pada Khamis. Dua lagi mangsa adalah lelaki Belanda berusia 27 tahun dan lelaki Iceland berusia 49 tahun yang juga juruterbang pesawat. Tasik Thingvallavatn, terletak di Taman Negara Þingvellir, kira-kira 40 kilometer (km) ke timur bandar ini. Mangsa yang berada di…

Read More

“Peperangan Rusia Ke atas Ukraine Boleh Berlaku Bila-Bila Masa”- Ujar AS | Amerika Syarikat (AS) mendakwa Russia boleh menyerang Ukraine dalam tempoh beberapa hari atau minggu lagi, namun masih boleh memilih jalan diplomatik menerusi laporan Reuters. Penasihat keselamatan kebangsaan Rumah Putih, Jake Sullivan, semalam berkata keadaan kini di ambang perang. Jelasnya, pada bila-bila masa dari sekarang, Russia boleh mengambil tindakan ketenteraan terhadap Ukraine atau mungkin beberapa minggu lagi. Tambahnya, namun sebaliknya Russia juga boleh memilih untuk mengambil jalan diplomatik. Sullivan membuat kenyataan itu selepas dua pegawai Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu berkata Russia, yang merampas Crimea daripada Ukraine pada…

Read More

Covid-19: “MITI Jamin Tiada Penutupan Sektor Ekonomi”-Azmin | Kerajaan memberi jaminan tidak akan menutup mana-mana sektor ekonomi, terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS), meskipun kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ia mengambil kira kesan negatif terhadap ekonomi dan kadar pengangguran yang berlaku rentetan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun 2020 lalu. Beliau berkata, selari dengan keputusan kerajaan untuk tidak akan melaksanakan ‘total lockdown’, MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagaan terpaksa gulung tikar. Jelasnya, sebagai contoh pada awal…

Read More

Seniman Berjaya Jual Gambar Tempat Sampah Dengan Harga RM1.05 Juta | Seorang seniman di Amerika Syarikat dilaporkan telah menjual token non-fungible (NFT) iaitu gambar tempat sampah dengan harga AS$252,000 (kira-kira RM1.05 juta). Menurut seniman yang juga merupakan penduduk asli Los Angeles iaitu Robness, 38, dia tidak ingat dari mana gambar itu berasal dan berfikir gambar terbabit dari carian Google. Gambar bertajuk ’64 galon toter’ itu menggambarkan tempat sampah plastik besar dengan kesan glitching sehingga memberikan penampilan psikedelik. Menurut seniman tersebut, ia merupakan seni kemarahan dek kerana marah berkaitan beberapa hal. Jelasnya, dia memuatnaik gambar tersebut sebelum ia dipadam. Mereka ingat dia mengambil gambar…

Read More

Ratu Elizabeth II Sambut 70 Tahun Terajui Monarki Britain | Ratu Elizabeth dilaporkan tersenyum memulakan sambutan ulang tahun ke-70 menerajui takhta Britain dengan menjemput penduduk tempatan  ke kediamannya di Sandringham di timur England, baru-baru ini. https://twitter.com/RoyalFamily/status/1489662878592425989?s=20&t=UM60w-8y8Sucp2v8SzfUPA Ia sekali gus menjadikan baginda, atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary Windsor, ratu Britain pertama memegang takhta paling lama dalam monarki negara itu. Menerusi laporan Reuters, Ratu Elizabeth II, 95 tahun, mula menaiki takhta pada 6 Feb 1952, ketika berusia 25 tahun selepas bapanya, Raja George VI mangkat. Pembukaan Parlimen pertama oleh baginda adalah pada 4 Nov 1952, dan tahun berikutnya baginda ditabalkan di…

Read More

Fitnah Isu Vaksin. Ini Tindakan Khairy Kepada Lokman Adam, Abu Syafiq | Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan penerbitan fitnah mengenai vaksin COVID-19 bertentangan dengan kepentingan awam kerana ia mengganggu usaha beliau dan semua yang terbabit dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta kerajaan dalam perjuangan menentang wabak itu. Beliau berkata, selain menyebarkan berita dan maklumat palsu berkaitan vaksinasi dan dos penggalak, ia juga menjejaskan tindak balas masyarakat terhadap pandemik dan menjejaskan data serta fakta rasmi yang diberikan KKM kepada orang ramai. Khairy menegaskan demikian dalam tuntutan saman yang difailkan terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan…

Read More

Upah Wanita Ilusi ‘AI’ Sebagai Pekerja, Syarikat Ini Ikhtirafnya Sebagai Perkerja Terbaik 2021| Sebuah syarikat hartanah terbesar di China, Vanke Group telah menganugerahkan pengutip hutang mereka yang dikuasakan oleh sistem kepintaran buatan (AI) sebagai pekerja terbaik tahun 2021. Melihat gambar Cui Xiaopan, pekerja terbaik 2021 Vanke Group, wajahnya kelihatan seperti wanita dalam anggaran umur 20-an, namun begitu realitinya dia bukanlah seorang manusia. Menerusi laporan odditycentral, tujuan syarikat tersebut yang menggunakan wajah sistem AI itu mirip seorang wanita cantik sebenarnya hanyalah sebagai ‘umpan’ untuk menarik hati pelanggan berbanding dengan wajah bengis yang kebiasaannya dimiliki mana-mana pengutip hutang. Walau bagaimanapun, pengutip hutang…

Read More

“Segera Hentikan Keganasan Di Myanmar”-Ujar PBB | Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa ‘pemberhentian serta-merta semua bentuk keganasan’ di Myanmar dan mengharapkan wakil utusan khas dibenarkan melawat sebagai bagi krisis di negara itu. Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN) mahu menghantar wakilnya, Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, ke Myanmar di mana protes besar-besaran susulan rampasan kuasa pada tahun lalu dan tindakan keras terhadap penentang oleh junta tentera. Katanya, Majlis Keselamatan PBB melihat ke hadapan lawatan menteri ke Myanmar pada peluang awal untuk bertemu dengan semua pihak berkaitan dan menjadi pengantara bagi memudahkan proses dialog termasuk membekal bantuan kemanusiaan. Dalam…

Read More

KWSP Jadi Agensi Paling Dipercayai Di Malaysia | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2021. Memetik laporan Astro Awani pada Ahad, institusi tersebut meraih 79 mata dalam indeks kepercayaan manakala Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas berkongsi mata sama iaitu 77 mata. Menerusi laporan berbabit turut tersenarai dalam ranking lima teratas ialah Pos Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan masing-masing 75 mata. Dapatan kajian itu dilakukan Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) ke atas lebih 100 organisasi dan institusi tabung amanah di negara ini. Sementara itu,…

Read More

Bapa Azizulhasni Meninggal Dunia Akibat Strok | Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilaporkan menerima perkhabaran duka apabila bapanya, Awang Embong, 72, meninggal dunia akibat strok awal pagi tadi. Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad, 37, memaklumkan Allahyarham Awang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2 pagi di kediamannya di Dungun, Terengganu. Mohd Razman berkata Allahyarham baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan selama empat hari sebelum dibenarkan pulang petang semalam. Katanya, doktor benarkan arwah pulang dalam keadaan baik, dan kelihatan ceria sebelum meninggal dunia, kami sekeluarga amat terkejut dengan pemergian Allahyarham, namun…

Read More