Konvoi PM Diberi Keutamaan Berbanding Ambulan. Ini Penjelasan PDRM (Ada Video) | Polis dilaporkan memberi keutamaan kepada konvoi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laluan utama di Hulu Langat, semalam berbanding ambulans di persimpangan jalan untuk mengelak risiko kemalangan. https://twitter.com/syzwnrose/status/1474937001224720384?s=20 Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, tindakan itu diambil mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/959 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Katanya, pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang membawa pesakit, namun petugas berkenaan membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan terbabit dalam tempoh singkat berikutan pendahulu konvoi…
Author: Miss Alin
Tanah Runtuh: 128 Pelajar UIAM Diarah Kosongkan Bangunan Asrama | Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut. Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 9 malam tadi. Jelasnya, saksi yang juga pelajar di UIAM itu memaklumkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 6.45 petang ketika hujan lebat dan mereka diarahkan mengosongkan bangunan asrama. Difahamkan, pemantauan…
Isu ‘Viral’ Babit Rina Harun. Ini Penjelasan JKM Kepada Netizen | Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu tular yang mendakwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih ketika terlibat dalam operasi pasca bencana banjir, baru-baru ini. Kenyataan JKM memaklumkan keterlibatan Rina bukan sekadar mencuci simen di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi, yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), malah beliau turut melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah itu. Menurut kenyataan tersebut, JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri…
Banjir: Mangsa Terpaksa Redah Hujan Lebat Bersama Bayi 3 Bulan Elak Terperangkap | Berhadapan dengan banjir bukan perkara baharu buat Suriani Zakaria, namun situasi pada malam 19 Dis lepas sedikit berbeza apabila beliau terpaksa meredah hujan lebat bersama bayi lelakinya berusia tiga bulan dengan bot apabila air sudah melebihi paras lutut. Lebih membimbangkan ibu kepada tiga anak berusia 33 tahun itu apabila ular sudah mula membuat ‘kunjungan’ menerusi bahagian belakang rumah mereka di Kampung Surau Putih, Bukit Setongkol, di sini, membuatkan beliau sekeluarga nekad meninggalkan kediaman itu. Beliau yang berpengalaman berhadapan dengan banjir sebanyak tiga kali pada tahun ini berkata, sejurus…
Hulu Langat: PM Hadir Gotong-royong, Dengar Sendiri Keluhan Rakyat | Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan hadir pada program Gotong Royong Keluarga Malaysia di sekitar daerah Hulu Langat bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir di sini. Pada program yang berlangsung pagi tadi, perdana menteri dikatakan sempat bertanya khabar dan mendengar keluhan penduduk di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua serta bebanan ditanggung mereka akibat bencana yang melanda. Selain mangsa banjir, perdana menteri turut melihat dan mendekati sebahagian sukarelawan yang bertungkus lumus membersihkan rumah mangsa banjir. Sementara itu, bagi penduduk di sini, inilah masanya untuk mereka mengadu nasib…
Mangsa Ujar Air Datang Bergulung-gulung, Bunyi Macam Helikopter | Seorang mangsa banjir memberitahu bahawa dia terlihat air datang secara bergulung-gulung sehingga terdengar seperti bunyi helikopter ketika banjir melanda rumahnya di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor, baru-baru ini. Mangsa, Mohd Yusof Aminullah, 64, berkata dia berasa sangat sebak kerana struktur rumahnya yang menjadi tempat tinggalnya sejak lima dekad lalu dilaporkan hampir ranap akibat ditumbangkan banjir besar. Jelasnya, air mula memasuki ke kawasan kediaman pada hari Sabtu malam dan dia sekeluarga menyangka ia sekadar banjir biasa. Namun sekitar jam 4 pagi Isnin, air dikatakan semakin deras dan sudah melebihi paras pinggang. Dia dilaporkan…
Kejam! Bunuh Dan Makan Mayat Warga Emas, Lelaki Dakwa Boleh Sembuhkan Otak | Seorang lelaki telah didawa atas tuduhan membunuh dan ‘kanibalisme’ selepas dia dilaporkan membakar anggota badan seorang lelaki berusia 70 tahun menggunakan ketuhar, baru-baru ini. Suspek yang berusia 39 tahun itu telah mendakwa bahawa dengan memakan mayat mangsa akan menyembuhkan otaknya, menerusi petikan dari The Sun. Timbalan Pejabat Syerif Daerah Bonner juga telah mengesahkan kejadian itu selepas mereka menemui cebisan mayat mangsa di Clark Fork, Idaho, AS. Semasa menggeledah di tempat kejadian, beliau memberitahu bahawa mereka terkejut apabila menemui ketuhar gelombang mikro dan mangkuk kaca yang berisi darah…
Kilang Cili Kisar, Kicap Berusia 100 Tahun Di Utara Diarah Tutup. Ini Sebabnya.. | Sebuah kilang memproses cili kisar dan kicap dilaporkan telah diserbu pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di Jalan Patani, di sini, baru-baru ini selepas kilang tersebut dikatakan beroperasi dengan sangat menjijikkan. Kilang tersebut dikatakan memproses makanan bersebelahan tandas pekerja, manakala bekas simpanan bahan mentah pula dikatakan diletak di atas lantai yang lecak dengan limpahan air tandas. Ketua Bahagian BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid berkata, keadaan itu bukan sahaja melanggar peraturan ditetapkan malah dibimbangi dapat menyebabkan pencemaran bakteria e-coli ke…
Banjir: Cemas! Wanita Sakit Hendak Bersalin Berjaya Diselamatkan | Seorang wanita sakit hendak bersalin dikatakan antara mangsa banjir yang berjaya dipindahkan dalam operasi menyelamat di Taman Seri Muda yang giat dijalankan di sini sejak Ahad malam. Berkongsi perkara itu, badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Peduli Ummah (Si Peduli) memaklumkan wanita terbabit berdepan detik mencemaskan sebelum berjaya dibawa ke tempat lebih selamat. Ahli ‘Si Peduli’ yang menggunakan nama Tan Sri Hasbullah Halil berkata, wanita dalam kesakitan itu berjaya dibawa keluar dari kawasan banjir dengan menaiki bot. Menurutnya, bayangkan, saat-saat kecemasan begini, dalam keadaan banjir besar melanda ibu ini dalam kesakitan hendak…
Banjir: Korban Kedua Ditemukan Maut Akibat Lemas Dalam Rumah | Seorang lelaki dilaporkan telah ditemui lemas selepas rumahnya di Blok C, tingkat bawah Flat Taman Pertama di sini, dinaiki air akibat banjir pagi tadi. Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Shafizol Mohd Nor, kejadian itu menjadikan kes kedua korban akibat banjir di kawasan berkenaan. Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 7.50 pagi, sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terapung di tingkat bawah blok berkenaan. Jelasnya, anggota bomba tiba di tempat kejadian jam 8.10 pagi dan kawasan itu…