Bandar Arab Bakal Benarkan Minuman Keras? | Sebuah Bandaraya moden di Arab Saudi, NEOM dilaporkan tidak akan menolak kemungkinan untuk membenarkan penggunaan minuman keras, kata seorang pegawai kanan kepada AFP pada Rabu, menurut laporan Sinar Harian. Jika kemungkinan tersebut menjadi kenyataan, ia mungkin menjadi titik perubahan untuk negara Islam yang amat konservatif. Arab Saudi merupakan satu-satunya negara yang meletakkan ‘pengharaman penuh’ terhadap minuman beralkohol manakala negara-negara teluk yang lain hanya mengehadkan minuman tersebut kepada warga-warga asing yang mengunjungi negara mereka. Difahamkan bahawa pakar-pakar kini menyatakan larangan tersebut telah menghalang lawatan dan minat untuk bekerja di negara beraja terbabit selain negara…
Author: Miss Alin
Anggota Polis Berpesta Di Balai, Tiada Pendakwaan Jenayah Disabitkan | Berhubung kes Ketua balai berpangkat sub inspektor dan tiga anggotanya yang ditangkap ketika berpesta di dalam sebuah balai polis di daerah Kajang pada 20 Julai lalu dilaporkan hanya bakal dikenakan tindakan tatatertib, menurut laporan Sinar Harian. Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan jenayah berikutan ujian air kencing kali kedua terhadap anggota dan pegawai terlibat didapati negatif dadah. Jelasnya, beliau dimaklumkan bahawa ujian air kencing kali kedua yang dijalankan untuk pengesahan pakar patologi didapati pegawai terbabit…
Pertama Kali Dalam Sejarah Pesawat Israel Dilihat ‘Mendarat’ Di Riyadh, Arab Saudi | Dunia muslim dikejutkan lagi dengan satu perkhabaran tergempar dimana sebuah pesawat peribadi dipercayai dari Israel dilaporkan mendarat di Riyadh, Arab Saudi pada pagi Selasa yang lalu, lapor KAN news. Pesawat peribadi tersebut dikatakan menjadi pesawat pertama dari Israel yang dibenarkan mendarat di tanah Arab Saudi. Hal tersebut muncul selepas ia dikaitkan dengan perbincangan mengenai hubungan serantau diantara Arab Saudi dan Israel dan antara perkara terbaru yang terjadi sejak Israel membuat perjanjian untuk menjalinkan hubungan baik dengan empat negara Islam iaitu UAE, Bahrain, Maghribi dan Sudan sejak perjanjian…
Kilang Fucuk Diarah Tutup Akibat Kotor, Penuh Najis Tikus | Sebuah kilang memproses fucuk diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor, meloyakan dan menjijikkan selain terdapat najis tikus di ruang pemprosesan makanan, baru-baru ini. https://twitter.com/bernamadotcom/status/1453263357839036416?s=20 Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid, eadaan kilang tersebut disifatkan sebagai tidak layak beroperasi dan perlu menghentikan segala kerja memproses makanan dengan kadar segera. Menerusi laporan Bernama, beliau memberitahu bahawa keadaan kilang fucuk ini sangat kotor dan membimbangkan sehingga boleh dikatakan 200 peratus kotor dan tidak layak…
Bertengkar Ketika Goreng Kentang, Suami Celup Muka Isteri Dalam Minyak Panas | Akibat bertelagah dengan isteri, lelaki ini dilaporkan bertindak kejam dengan mencelupkan muka isterinya ke dalam kuali yang berisi minyak mendidih di sebuah bandar Al Ramtha, Jordan, baru-baru ini. Menerusi Gulf News, insiden tersebut terbongkar selepas mangsa yang berusia 28 tahun itu mendedahkan perkara berkenaan kepada media tempatan. Mangsa menceritakan bahawa pada mulanya suaminya telah menarik rambutnya di depan ketiga-tiga anak sebelum suspek mencelupkan wajahnya ke dalam minyak mendidih. Ketika mangsa cuba untuk melarikan diri, suspek juga telah bertindak menyiram minyak ke tubuhnya. Mangsa turut menyatakan bahawa dia tidak…
Rider Food Panda Berdepan Detik Cemas Terperangkap Dalam Bank | Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas selepas dia dilaporkan terperangkap kira-kira 15 minit di dalam sebuah bank menempatkan mesin pengeluaran automatik (ATM), di sini pada malam Isnin, baru-baru ini. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 12.41 tengah malam. Jelasnya, sejurus mereka menerima panggilan kecemasan tersebut, empat pegawainya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang telah dikejarkan ke tempat kejadian. Sejurus pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, mereka dapati seorang remaja yang berusia lingkungan 18 tahun terperangkap…
“Tidak Kisah Dihina Manusia, Allah Nak Pelihara Pasti Terpelihara”- Ebit Lew | Walaupun dilanda kontroversi yang panas, dermawan terkenal negara, Ebit Lew akui tidak kisah dengan hinaan daripada makhluk terutama manusia yang ingin menghancurkan dirinya. Katanya, dia percaya hanya Allah sahaja yang berkuasa dan menentukan segalanya jika mahu dirinya terpelihara. Jelasnya dalam satu perkongsian di Instagram peribadi miliknya , Allah Maha berkuasa, Makhluk langsung tiada kuasa. Berkumpul segala kekuatan makhluk nak hancurkan, binasakan, menghina seseorang. Allah nak pelihara pasti terpelihara. Tambahnya, Tiada yang berkuasa selain Allah. Tiada yang boleh beri hidup dan mati selain Allah. Tiada boleh beri kemuliaan atau…
Runtuhan Salji Gunung Berapi, 4 Maut Di Ecuador | Berlaku satu kemalangan sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya empat mangsa akibat kejadian runtuhan salji di gunung berapi Chimborazo di tengah Ecuador, menurut Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu ECU 911 negara itu, baru-baru ini. Runtuhan tersebu dilaporkan menimpa sekumpulan 12 pendaki yang sedang mendaki gunung itu pada ketinggian kira-kira 6,100 meter, kata agensi itu dalam satu kenyataan. Menerusi laporan Awani, selepas kejadian tersebut iaitu kira-kira jam 06.30 waktu tempatan (1130 GMT), Kumpulan Gerak Khas Polis Nasional, jabatan bomba tempatan dan sebuah helikopter polis dihantar untuk menyelamatkan para pendaki, yang kewarganegaraannya belum didedahkan. Difahamkan, akses ke Rizab…
Wanita Maut Gara-Gara Ditembak Jiran Ketika Berpakaian ‘Hantu’ | Seorang wanita dilaporkan maut ditembak selepas gurauannya yang berpakaian sebagai hantu untuk menakutkan jirannya bertukar tragedi, lapor New York Post. Menerusi portal berita berkenaan, mangsa merupakan warganegara Mexico berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan ‘menyamar’ sebagai hantu dengan mengenakan gaun putih dan veil. Wanita itu berpakaian sebagai Wanita Menangis, yang dikenali sebagai ‘La Llorona’ di Amerika Latin, hantu yang dikatakan berjalan di jalan-jalan meratapi anak-anaknya yang mati. Warga setempat mengaku melihat ‘hantu’ wanita itu pada tanggal 15 Oktober yang turut melaungkan ayat “Ay mis hijos” yang bermaksud “Oh anakku” manakala salah seorang penduduk…
Kerajaan Taliban Lancar Program Atasi Kelaparan Dan Pengangguran | Kerajaan Taliban di Afghanistan dikhabarkan telah menjalankan satu program bagi mengatasi isu kelaparan dalam kalangan penduduknya menurut Roya News, baru-baru ini. Antara program lain yang turut dijalankan oleh kerajaan terbabit adalah termasuk menawarkan ribuan rakyat Afghanistan gandum sebagai pertukaran tenaga kerja. Menurut Ketua jurucakap Taliban pada satu sidang media di selatan Kabul menerusi Roya News, skim ini akan dilancarkan di sekitar pekan dan bandar Afghanistan selain dilihat dapat menggajikan 40,000 lelaki di Kabul. Zabihullah Mujahid selaku ketua jurucakap Taliban berkata, untuk jangka masa panjang, ia adalah langkah penting untuk membasmi pengangguran…