Author: Miss Alin

Lima Sekeluarga Terperangkap Dalam Banjir Kilat Berjaya Diselamatkan | Sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Din Bamboo, Batu Ferringhi di sini berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian banjir kilat sebelum diselamatkan anggota bomba hari ini. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9.59 pagi itu, lima anggota keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan setelah kawasan rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter. Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, ketika sampai di lokasi kejadian pihaknya mendapati berlaku banjir kilat berpunca dari limpahan air sungai berhampiran rumah berkenaan. Beliau berkata, limpahan tersebut telah menyebabkan air masuk ke dalam beberapa buah rumah dengan…

Read More

Sanggup Berpanas, Ikuti PdPR Dalam Kebun Getah Untuk Timba Ilmu | Seperti yang kita sedia maklum semenjak negara dilanda wabak Covid-19 dan masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai golongan yang terjejas ekoran daripada itu. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar sekolah juga turut mengalami masalah tidak hadir kelas apabila sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) gara-gara berhadapan dengan capaian internet yang lemah di sesetengah tempat. Pendang: Lebih 50 pelajar dari Kampung Bukit Tok Haji di sini kecewa apabila mereka tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lancar berikutan capaian internet yang lemah di kawasan kampung tersebut.…

Read More

Tarzan Moden Tidak Pernah Jumpa Wanita Selama 41 Tahun | Seorang lelaki daripada Vietnam telah digelar sebagai tarzan moden disebabkan beliau telah menghabiskan selama 41 tahun hidup di dalam hutan. Dia bersama dengan adik dan ayahnya telah melarikan diri ke hutan pada tahun 1972 apabila perang vietnam tercetus. Disebabkan Ho Van Lang, 46, hanya hidup dengan ditemani oleh dua orang lelaki maka dia tidak pernah bertemu dengan wanita sepanjang tempoh itu. Dia turut mendakwa bahawa tidak mempunyai sebarang nafsu terhadap kaum wanita. Keluarga ini diselamatkan oleh kerajaan tempatan dan diberikan penempatan di sebuah kampung kecil di Vietnam pada tahun 2015.…

Read More

Lelaki Gantung Diri Di Jejantas Selepas Dijangkiti Covid-19 | Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam satu kejadian di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 7.47 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian itu. Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki yang berusia 54 tahun itu itemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuh Raya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong. Menurut maklumat yang diterima dari waris si mati mendapati, dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan pernah mengatakan dia tidak…

Read More

Tujuh Lelaki Ditahan Bukan Main Futsal, Tapi Lepak Minum Ketum | Seringkali kita dengar pelbagai aktiviti tidak berfaedah yang dilakukan ketika negara kita masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terdapat segelintir daripada mereka yang masih berdegil untuk keluar rumah dengan menggunakan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Seberang Perai: Seramai tujuh lelaki ditahan polis selepas didapati melepak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh berdekatan sebuah gelanggang futsal di Guar Tuan Syed, Penaga di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka yang ditahan dalam operasi kira-kira pada pukul 6 petang itu membabitkan individu berusia…

Read More

Ustaz Ebit Lew Berterima Kasih Atas Sokongan Dan Dibenarkan Masuk Ke Gaza Untuk Misi Kemanusiaan | Pendakwah terkenal Ebit Lew kini telah berada di Gaza bagi melaksanakan misi kemanusiaan. Beliau amat berterima kasih terhadap bantuan serta sokongan yang diterima bagi mempermudahkan urusan beliau. Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30…

Read More

Mengaku Tidak Bersalah, Datuk Didakwa Tipu Jualan Saham RM400,000 | Saham merupakan pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Di Malaysia, kebanyakan perniagaan adalah dijalankan oleh syarikat, selain daripada yang dijalankan oleh atas nama individu sahaja. Ipoh: Terbaru, seorang pemaju hartanah bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menipu berkaitan penjualan saham berjumlah RM400,000, empat tahun lalu. Tertuduh, Chin Yoon Seong, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohammad Afifi Mohammad Deen. Dalam pada itu, mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menipu Lee Wan How, 36, dengan memperdayakannya untuk mempercayai…

Read More

Sabah Benarkan ‘Dine In’ Di Restoran, Buka Kedai Gunting Rambut | Kerajaan Sabah telah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi untuk beroperasi semula sepanjang dua minggu lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula esok. Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataannya hari ini berkata, ia termasuk ‘dine-in’ di restoran, kedai makan dan restoran hotel, pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut. Menurut beliau, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan sentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan. Sementara itu, bagi aktiviti pembuatan dan perkilangan pula, ia akan diperluaskan kepada…

Read More

Ditetak Rakan Akibat Cakap Terlalu Kuat Ketika Sedang Bertelefon | Kebelakangan ini, pelbagai kejadian aneh berlaku ketika negara masih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seringkali kita dengar berita seperti ini tular di media sosial hampir setiap hari. Iskandar Puteri: Seorang pembantu kedai perabot parah selepas ditetak rakannya kerana bercakap terlalu kuat ketika sedang bertelefon, dalam kejadian di Taman Nusa Bestari, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa berusia 37 tahun, mengalami kecederaan parah dengan tiga kesan tetakan parang. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, susulan laporan pergaduhan…

Read More

15 Mat Rempit Ditahan Dan Dikenakan Kompaun Gara-gara Berlumba | Walaupun negara pada ketika ini masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi terdapat segelintir masyarakat yang tetap berdegil untuk keluar rumah melakukan perkara yang tidak berfaedah termasuk berlumba di jalan raya. Seringkali kita dengar golongan remaja berlumba dan melakukan aksi berbahaya ketika menaiki motosikal di jalan raya sekaligus membahayakan diri sendiri serta orang ramai. Batu Pahat: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan 15 mat rempit termasuk mengeluarkan kompaun atas pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal di Parit Bakong, Senggarang di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten…

Read More