Author: Miss Alin

Pelajar Kolej Rugi RM4,645 Ditipu Dalam Pembelian Dua Buah Iphone | Kelicikan penipuan kewangan atau scammer dalam talian semakin menjadi-jadi di negara ini. Walaupun banyak tangkapan dibuat, kes penipuan begini masih lagi berlaku dengan yang ditanggung mangsa ada kalanya mencecah jumlah simpanan sepanjang hayat mereka untuk persaraan. Minta wang selagi boleh. Itu antara modus operandi sindiket penipuan yang menjerat mangsa melalui penjualan barang di internet sehingga mangsa mengalami kerugian ribuan ringgit. Selepas mangsa membuat pembayaran untuk sesuatu barang yang dibeli, suspek akan meminta mangsa membuat pembayaran lain atas pelbagai alasan dan proses itu akan berulang beberapa kali sehingga mangsa sedar…

Read More

Padah Hadiri Majlis Hari Jadi, Tujuh Individu Ditahan | Seperti yang kita sedia maklum, negara pada ketika ini masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana semua rakyatnya diminta untuk kekal berada di rumah bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Bagaimanapun, masih terdapat segelintir mereka yang tetap berdegil untuk keluar rumah dengan memberi alasan yang tidak masuk akal. Shah Alam: Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah kondominium di Seksyen 7, dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata serbuan pada jam 2 pagi itu dilakukan…

Read More

15 Kilang, 22 Pekerja Dikenakan Kompaun Akibat Ingkar SOP | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun dan dilanjutkan sehingga 28 Jun ini turut tidak membenarkan sektor perkilangan beroperasi. Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran telah diberikan kepada beberapa jenis sektor perkilangan. Shah Alam: Polis Shah Alam telah mengenakan kompaun ke atas 15 kilang dalam Op Khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (PKP 3.0) bagi kilang-kilang di kawasan Sri Muda, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setiap kilang…

Read More

Kenaikan Harga Tepung Gandum Adalah Palsu | Telah tular dalam media sosial baru-baru ini mengatakan bahawa tepung gandum akan mengalami kenaikan harga. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan tiada kenaikan harga tepung gandum mulai 1 Julai depan. Menurut Datuk Alexander Nanta Linggi memberitahu, setakat ini tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum. sehingga kini, KPDNHEP hanya menerima satu permohonan daripada pihak pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi dalam pek satu kilogram (kg) dan pek 25kg. Dakwaan yang tular di media sosial mengatakan bahawa harga bagi tepung gandum akan naik bermula…

Read More

21 Individu Ditahan Polis Ketika Sedang Leka Berjudi | Hampir setiap hari masyarakat disajikan dengan berita tentang serbuan pihak polis ke atas pusat-pusat perjudian. Hal ini sangat membimbangkan kerana melalui permainan judi ini akan timbulnya pelbagai implikasi serta kesan buruk terhadap negara dan masyarakat sekeliling. Georgetown: Seramai 21 individu ditahan pihak polis ketika mereka sedang leka berjudi di sebuah rumah kedai di Gat Lebuh Macallum di sini, semalam. Serbuan terhadap 19 lelaki dan dua wanita warga tempatan itu dilakukan sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada…

Read More

Mayat Kanak-kanak Hilang Ketika Mandi Sungai Ditemui Di Bawah Jambatan | Seorang mayat kanak-kanak lelaki yang hilang ketika mandi sungai bersama lima rakannya, semalam, ditemukan di bawah jambatan Sungai Inanam berhampiran stesen minyak di Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu pagi tadi. Dalam kejadian itu, mayat Almunel Unim, 11, ditemukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas yang menjalankan operasi menyelamat kira-kira jam 6.25 pagi. Difahamkan, kanak-kanak warga asing itu dikatakan mandi bersama lima rakannya yang lain di bawah jambatan berkenaan kira-kira pada jam 12 tengah hari semalam. Bagaimanapun, sebaik mangsa didakwa lemas dan gagal diselamatkan, rakan-rakannya kemudian pulang ke rumah…

Read More

Tiga Individu Direman Gara-gara Terlibat Rasuah Judi Dalam Talian | Perkembangan pesat teknologi digital ternyata mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negara, namun hakikatnya ia juga membuka pintu kepada aktiviti perjudian dalam talian yang semakin berleluasa. Liputan telekomunikasi jalur lebar yang semakin meluas telah meningkatkan penggunaan teknologi secara mobiliti, namun apabila telah disalahgunakan terutamanya untuk tujuan perjudian, impaknya amat memudaratkan. Tawau: Tiga individu termasuk ketua sindiket ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah berkaitan perjudian haram dalam talian. Perintah reman terhadap lelaki berumur 42 bersama dua wanita masing-masing berusia 23 dan 57 tahun dikeluarkan…

Read More

Empat Beranak Terpaksa Jadikan Bangsal Mengaji Al-Quran Sebagai Rumah | Empat beranak yang tidak mampu untuk menyewa rumah terpaksa menjadikan bangsal mengaji al-Quran yang uzur milik ahli keluarganya di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu untuk dijadikan tempat mereka ber­teduh sejak empat tahun lalu. Mohd. Kamarul Azam Husin,37, bersama isteri Atikah Azmi,28, dan dua orang anak mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana pendapatannya yang bekerja sebagai buruh hanya sekadar cukup makan sehingga tidak mampu menyewa rumah. Katanya, bagaimanapun, bangsal yang berkeluasan dua buah bilik itu sudah cukup buat mereka sekeluarga untuk tinggal kerana mereka tidak mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain.…

Read More

Pemandu Maut Dihempap Jengkaut Pada Hari Pertama Kerja | Seperti yang kita sedia maklum, negara pada ketika ini sedang dilanda wabak Covid-19 dan rakyat masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, dari hari ke hari terdapat banyak kemalangan ngeri yang berlaku sehingga melibatkan nyawa seseorang. Alor Gajah: Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap jentera berat itu di Kampung Brisu, Masjid Tanah, semalam. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.15 petang itu, mangsa Muhamad Sabirin Umar, 29, sedang menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di kampung itu untuk dijadikan kawasan pertanian sebelum jentera berat itu dipercayai hilang kawalan lalu terbalik sekaligus  menghempap…

Read More

Tertekan Kerana Tiada Kerja Semasa PKP Punca Lelaki Kurung Isteri, Dua Anak Dalam Rumah | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kes Covid-19 sedikit sebanyak memberikan impak dari segi ekonomi sesebuah keluarga. Hal ini kerana terdapat sesetengah dari masyarakat yang dibuang kerja dan menyebabkan berlaku tekanan sehingga dapat membahayakan orang lain. Seremban: Sepasukan anggota bomba terpaksa bertindak memotong kunci dan mengumpil pintu sebuah rumah bagi menyelamatkan seorang wanita bersama dua anaknya yang terkurung di dalam rumah oleh suaminya yang dipercayai mengalami tekanan perasaan. Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zainurin Sarip berkata, pihaknya menerima panggilan aduan…

Read More