Syarat Mohon Rumah Mampu Milik Utamakan Suami Berpoligami Tidak Masuk Akal-SIS. | PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) mempersoalkan langkah kerajaan Terengganu mengutamakan suami berpoligami berbanding golongan rentan dalam memberikan kelonggaran memohon Rumah Mampu Milik (RMM) yang disifatkan tidak masuk akal. Katanya, kerajaan Terengganu perlu berfikiran realistik, bukannya hanya memikirkan cara untuk menyenangkan suami berpoligami. “Kenapa ia menjadi keutamaan kerajaan negeri ini sedangkan terdapat pelbagai lagi masalah dan isu yang boleh diketengahkan dan diberi keutamaan? “Dalam era pandemik ini, ramai yang terkesan, kerajaan negeri wajib memberi perhatian kepada golongan rentan seperti golongan ibu tunggal,” katanya dalam kenyataan sambil menggesa kerajaan…
Author: Admin Aqilah
Sajat Dakwa Dianiayai JAIS Ketika Sesi Temubual Bersama BBC. | PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan sensasi, Nur Sajat mengakui terpaksa melarikan diri dari Malaysia selepas mendakwa dikasari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Menerusi satu temu bual bersama media antarabangsa BBC News, Sajat tampil berkongsikan kisahnya diburu pihak berkuasa kerana tindakannya bertudung dan berpakaian wanita. “Saya dilayan dengan teruk, dipukul serta digari walaupun telah memberi kerjasama. Kesalahan boleh dibincang, bukan dengan menggunakan kekerasan. “Mungkin mereka melihat saya ini transwoman, mereka rasa tidak kisah. Bila saya menunaikan umrah atau mengadakan majlis kesyukuran, itu adalah untuk menghormati agama saya,” ujarnya kepada BBC. Kata…
Jenama Tempatan Mr. DIY Buka Cawangan Pertama Di Negara Eropah. | Suatu pencapaian yang membanggakan ! Rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak sebab untuk melawat Turki, negara yang indah yang merangkumi kedua-dua Asia dan Eropah. Jenama tempatan Malaysia Mr. DIY – disebut-sebut sebagai yang terbesar di Asia Tenggara seumpamanya – baru-baru ini membuka kedai pertamanya di Turki, yang memiliki pasaran 84.34 juta orang. Ini akan menjadi satu berita baik terutamanya bagi rakyat Malaysia yang suka melihat jenama tempatan di luar negara. Kedai Mr DIY terletak di bandar eksotik Istanbul yang menjadi syurga bagi pembeli. Kedutaan Turki di Malaysia mengucapkan tahniah…
Kumpulan Ibu Bapa Setuju Sarapan Percuma Untuk Murid Tamat. Ini Penjelasan Mereka. | PETALING JAYA: Tindakan kerajaan pusat menamatkan program sarapan percuma dan meneruskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid B40 mampu mengelakkan ketirisan dana yang tidak terkawal, kata kumpulan penggerak ibu bapa. Menyokong tindakan itu, wakil Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Swasta (KPIBKS), Faizal Mohammad Arshad berkata program RMT dilihat lebih berjaya kerana mampu mengelakkan pembaziran, dengan hanya mengutamakan murid yang benar-benar memerlukan bantuan sarapan. “RMT lebih baik kerana kita dahulukan kepada mereka yang memerlukan, jika berikan kepada semua murid, kita dapati murid berkemampuan tidak ambil bantuan itu…
Lelaki India Mati Kemalangan Ditemui ‘Hidup’ Semula Di Rumah Mayat. | SEORANG lelaki di India yang diisytiharkan telah mati selepas kemalangan jalan raya mengejutkan saudara-maranya apabila dia didapati masih bernafas walaupun semalaman ditempatkan di dalam peti sejuk bilik mayat hospital. AFP melaporkan, Srikesh Kumar, dikejarkan ke klinik dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah motosikal di Moradabad, timur ibu negara New Delhi. Dia kemudiannya dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta dan sebaik tiba, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh doktor, kelmarin. Penguasa perubatan, Rajendra Kumar berkata, Jumaat lalu, ‘mayat’ Srikesh dibawa ke hospital kerajaan untuk proses bedah siasat, di mana pegawai…
“Saya Bayar Anda Untuk Apa?”-Bos Toksik Ganggu Pekerja Pada Hari Cuti Perkahwinan. | Milenial sering mendapat kritikan kerana mempunyai pelbagai hak dan ‘dimanjakan’. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang pernah mempertimbangkan mengapa generasi telah memutuskan untuk berdiri teguh menentang tingkah laku toksik yang diagungkan oleh generasi yang lebih tua. Baru-baru ini, halaman Facebook berkongsi tangkapan skrin yang menunjukkan perbualan antara seorang CEO sebuah syarikat dan seorang pekerja yang sedang bercuti sempena perkahwinan. Ketua Pegawai Eksekutif bernama Ryan bertanya kepada pekerja itu mengapa jumlah jualan untuk minggu itu sangat teruk dan menuntut pekerja itu membalas mesej dengan segera. “Anda fikir cuti tidak…
Isu ‘Karen’: Ini Tindakan Seterusnya Daripada Jabatan Imigresen Malaysia. | Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) “menasihatkan” warga asing untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan memberi amaran mereka boleh diusir jika gagal berbuat demikian. Ini selepas tular di media sosial baru-baru ini tentang tiga wanita warga asing yang melanggar SOP dengan tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata, ada dalam kalangan warga asing melanggar SOP yang sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka. “Sehubungan dengan itu, JIM menasihatkan supaya semua warganegara asing mematuhi arahan dan…
Popular Ibu Bapa Di China Pakaikan Bayi Mereka Topi Keledar 23 Jam Sehari. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Pakar kesihatan di China menggesa ibu bapa mempertimbangkan semula memakai topi keledar pembetulan pada kepala bayi mereka untuk mendapatkan bentuk kepala yang sempurna. Menurut pakar, ibu bapa sebaliknya perlu berjumpa doktor terlebih dahulu untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami perubahan teruk yang perlu dirawat dengan memakai topi keledar, lapor Global Times. Pakar-pakar menunjukkan bahawa biasanya, bentuk kepala bayi akan diperbetulkan bersama-sama dengan pertumbuhan mereka, dan kesannya tidak jauh berbeza daripada memakai topi keledar. Topi keledar semakin popular sejak…
‘Karen’ Masih Tidak Serik, Dilihat Tidak Pakai Pelitup Muka Di KLCC. | PETALING JAYA: Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung ciapan Twitter pengguna @AdibahOj yang tular berhubung dakwaan bukan warganegara tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di Taman KLCC Kuala Lumpur hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, kertas siasatan dibuka membabitkan pelanggaran SOP mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2 (Pelan Pemulihan Negara) 2021. “Hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik, wanita bukan…
Keupayaan Pertahanan Udara Negara Dipertingkat Dengan Tajaan Amerika Syarikat. | KUALA LUMPUR – Keupayaan pertahanan udara negara melalui Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Labuan akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh yang akan ditaja kerajaan Amerika Syarikat, Dewan Rakyat dimaklumkan pada Selasa. Ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, tajaan itu adalah melalui program kerjasama strategik ‘Building Partner Capacity’. Selain penggantian radar berkenaan, katanya di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beberapa inisiatif lain sedang berjalan dan dirancang bagi menambah baik pangkalan itu. Ini katanya…