‘Karen’ Masih Tidak Serik, Dilihat Tidak Pakai Pelitup Muka Di KLCC. | PETALING JAYA: Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung ciapan Twitter pengguna @AdibahOj yang tular berhubung dakwaan bukan warganegara tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di Taman KLCC Kuala Lumpur hari ini.

'Karen' Masih Tidak Serik, Dilihat Tidak Pakai Pelitup Muka Di KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, kertas siasatan dibuka membabitkan pelanggaran SOP mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2 (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Hasil penelitian ke atas gambar yang dimuat naik, wanita bukan warganegara sedang dilihat berjalan kaki dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki Taman KLCC Kuala Lumpur.

“Siasatan sedang dijalankan dan seterusnya akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Justeru katanya, orang ramai dinasihati supaya sentiasa mematuhi SOP yang seg berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang kan diambil sekiranya berlaku ketidak patuhan.

Terdahulu, tular di media sosial catatan seorang pengguna Twitter @AdibahOj mengenai pelanggaran undang-undang berkenaan.

“So Karen je xyah pakai mask ke? Wow! I’m so angry bcoz i am local and follow the rules but this mofo can simply walk without mask? This is too much! mmg area KLCC ni tmpt sarang Karen suka2 x pakai mask ke? Mana undang-undang? Wajarkah aku marah @Khairykj,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply