Labah-Labah Paling Bisa Di Dunia Ditemui Membiak Di Bawah Katil. | BERPANTANG maut sebelum ajal, penemuan beberapa ekor labah-labah kecil muncul pada dinding bilik tidak disangka mampu menyelamatkan nyawa seorang lelaki. Jurugambar dan ahli entomologi, Gil Wizen, yang tinggal di Napo, Ecuador sama sekali tidak menyangka labah-labah kecil itu membawa kepada penemuan yang lebih mengejutkan iaitu seekor labah-labah paling berbisa di dunia, Brazilian Wandering di bawah katilnya. Walaupun terkejut dengan saiz labah-labah itu, Wizen sempat merakamkan gambar labah-labah berkenaan. Foto tersebut tanpa disangka-sangka membawa tuah apabila Wizen memenangi anugerah Photographer of the Year dari Urban Wildlife. Melalui catatan blog Wizen, dia berkata ribuan…
Author: Admin Aqilah
Pelajar Terkejut Video Lucah Tertayang Ketika Peperiksaan Maya. | PETALING JAYA: Pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur terkejut ketika mereka menduduki satu peperiksaan semalam – satu video seks eksplisit mula ditayangkan di skrin mereka. Dua ibu bapa yang tidak mahu dikenali memberitahu FMT, kejadian itu berlaku ketika pelajar sedang mengambil kehadiran sebelum peperiksaan reka bentuk dan teknologi (RBT) diadakan melalui platform sidang video Google Meet. Mereka berkata, guru terbabit segera mengarahkan pelajar untuk meninggalkan kelas maya, dengan peperiksaan kemudiannya dijalankan menggunakan borang dalam talian. Kesal dengan kejadian itu, mereka berkata, pelajar atau guru itu nampaknya tidak tahu…
Dahsyat, Kadar Kes Perceraian Harian Dalam Tempoh PKP Amat Membimbangkan. | KUALA LUMPUR: Terdapat hampir 140 perceraian yang difailkan sehari dari Mac 2020 hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Undang-Undang Mas Ermieyati Samsudin. Beliau memberitahu Dewan Rakyat sejumlah 66,440 perceraian telah difailkan oleh pasangan Islam dengan mahkamah syariah melalui sistem e-syariah dalam tempoh 18 bulan. Selangor menyaksikan kadar perceraian tertinggi dalam kalangan umat Islam dengan 12,479, diikuti Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854), Negeri Sembilan (3,473), Pulau Pinang (2,978), Melaka (2,402), Perlis (1,081) dan Sarawak (561). Dalam kalangan…
Tayar Tersangkut Di Leher Seekor Rusa Hampir Sepanjang Hidupnya. | Sebuah tayar tersangkut di leher seekor rusa elk seberat 600 paun di Denver, Colorado, hampir separuh daripada keseluruhan kehidupannya, kata pegawai Taman Colorado dan Hidupan Liar tempatan. Rusa jantan, yang berusia lebih dari empat tahun itu, mempunyai tayar di lehernya selama sekurang-kurangnya dua tahun. Pada petang Sabtu, pegawai hidupan liar terpaksa memotong tanduk haiwan itu untuk mengeluarkan tayar. “Ia ketat untuk mengeluarkannya,” kata pegawai hidupan liar Scott Murdoch dalam satu kenyataan. “Ia tidak mudah, kami terpaksa mengeluarkannya kerana kami tidak dapat memotong keluli dalam tayar. Mujurlah, leher elk itu masih…
Pengantin Perempuan Pakai Emas 60kg Masa Kahwin. Ini Sebabnya. | Sebuah majlis perkahwinan di Hubei, China berlangsung pada 30 September lalu, menarik perhatian ramai apabila pengantin perempuan memakai aksesori emas seberat 60 kilogram. Tindakan pengantin ini bagaimanapun, meraih kritikan dan ‘simpati’ daripada netizen berikutan dia dilihat sukar untuk berjalan berikutan membawa ‘beban’ yang berada di leher dan pergelangan tangannya. Lapor Tribun News, pengantin perempuan ini segak mengenakan gaun berwarna putih dipadankan dengan suaminya yang memakai sut hitam. Bagaimanapun, pengantin lelaki terpaksa ‘membongkok’ demi membantu isterinya untuk menanggung beban emas tersebut. Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir turut risau dengan pengantin perempuan…
Tular Isteri Buat ‘Surprise’ Semasa Lelaki Sibuk ’Fitting’ Baju Pengantin Dengan Pasangan Baru. | Seorang lelaki yang sedang sibuk mencuba baju nikah berwarna merah bersama seorang gadis dipercayai pasangannya di sebuah butik terpaksa ‘menutup muka’ apabila isteri dan anaknya tiba-tiba datang membuat kejutan. Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, isteri lelaki tersebut turut tampil membawa sebekas kuih yang dipercayai sebagai simbolik ulang tahun perkahwinan mereka. Video kejadian tersebut sempat dirakam dan dikongsikan ke TikTok bersama kapsyen bertulis, “Pengantinnya telah di-surprise dengan isterinya,” “Ceritanya, ada bakal pengantin datang untuk pilih baju pernikahan mereka. Tapi tak berapa lama lepas tu, ada…
Wanita Terkejut Bangun Dari Tidur Lihat Batu Meteorit Jatuh Di Sebelahnya. | Seorang wanita nyaris maut apabila sebutir batu dipercayai meteorit jatuh dan menembusi bumbung rumahnya di Canada. Lapor Daily Star, kejadian pada 4 Oktober lalu telah menyebabkan Ruth Hamilton terjaga daripada tidurnya selepas terdengar bunyi kuat pada malam tersebut. “Saya terkejut dan terus buka lampu. Tak tahu apa yang terjadi,” katanya yang terjaga dalam keadaan diselaputi debu. Sebaik melihat serpihan dan lubang pada siling rumahnya, wanita itu menyedari kewujudan sebuah batu bersaiz penumbuk di atas bantal miliknya. Ruth kemudiannya menghubungi pihak polis bagi melakukan pemeriksaan di kawasan pembinaan berhampiran sekiranya…
(Ada Video) Pemburu Buaya Biarkan Anak Dua Tahun Alih Ular Besar. Ini Reaksi Netizen. | Penangkap buaya gergasi Australia, Matt Wright dikecam hebat di media sosial selepas berkongsi video di mana anak lelakinya yang berusia dua tahun membantunya mengalihkan seekor ular besar di laman rumah. Difahamkan Wright memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam bidang penangkapan haiwan liar yang ganas. Menerusi video yang dikongsinya di Instagram, anak kecil itu dengan selambanya menarik ular besar dari laman dengan memegang ekornya. Kanak-kanak itu menarik ekor ular tersebut dengan kedua belah tangannya dan menariknya keluar. “Tarik ia keluar nak, tarik ia keluar. Tarik ia…
(Video) Singa Laut Ini Bijak Buat Taktik Comel Depan Nelayan Demi Ikan. | Seiring masa, manusia dan haiwan berubah untuk survive dalam kehidupan. Pelbagai kemahiran diasah untuk bermandiri. Bagi seekor singa laut, kemahiran berbuat baik di hadapan manusia membolehkannya makan ‘percuma’ tanpa perlu bersusah payah menangkap ikan di lautan. Dengan hanya berlagak sopan di pasar tanpa mengganggu sesiapa, singa laut ini berjaya mencairkan hati para nelayan yang kemudiannya memberi ikan kepada haiwan tersebut. Kongsi portal Aubtu.biz, singa laut itu bermundar mandir di pasar berkenaan seakan-akan meminta belas kasihan nelayan di sana. Mungkin tersentuh dengan ‘kesopanan’ haiwan tersebut, kelihatan beberapa nelayan pun menghulurkan…
(Ada Video) Pelik, Pencuri Cabut Pagar Rumah Dan Bawa Lari. | Satu kejadian kecurian pelik yang membabitkan pagar sebuah rumah telah berjaya dirakam kamera CCTV. Menurut portal Lima Pagi, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kompleks perumahan Parit Pangeran Pati, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Dalam rakaman yang berlaku pada 30 September 2021 itu, dapat dilihat terdapat dua orang lelaki yang menaiki motosikal telah berhenti di hadapan sebuah rumah. Rumah tersebut memiliki pagar besi yang terdiri daripada satu bahagian yang kecil dan satu lagi lebih besar. Seorang lelaki yang membonceng motosikal itu terlihat segera turun dan mengambil salah satu pintu pagar yang…