Peti Sejuk ‘Halimunan’ Untuk Dijual Buat Ramai Garu Kepala. | Jangan bimbang jika anda tidak nampak di manakah sebenarnya kedudukan peti sejuk untuk dijual yang dimaksudkan gambar yang tular ini. Percayalah, bukan sekali, dua kali, tiga kali malah ada yang 10 kali belek pun masih gagal mengesan apa yang sebenarnya sedang anda lihat. Barangkali gambar ini sengaja dikongsi untuk menduga akal atau sekadar ilusi untuk memberi kepuasan kepada khalayak media sosial. “Peti sejuk untuk dijual,” kata keterangan imej yang dimuat naik di akaun Facebook Unusual Images sejak seminggu lalu itu. Mungkin pada ketika ini, anda akhirnya berjaya mengesan di manakah…
Author: Admin Aqilah
[VIDEO] Perodua Myvi Sekali Lagi Mengagumkan Netizen Dengan Terbang Sebelum Letak Kereta Sempurna Di Cerun. | Legenda Perodua Myvi telah membuat tajuk utama sekali lagi untuk ‘keupayaan terbang’. Kali ini, sebuah Perodua Myvi dilihat melalui pembahagi jalan dan didapati meletakkan kereta di atas cerun. @tankeryrvoverboostBaru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu😂,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….♬ original sound – tankeryrvoverboost Satu video kejadian itu dimuat naik di TikTok, di mana kereta itu dilihat di pinggir cerun berhampiran pusat latihan Polis Tentera Diraja Kuala Lumpur. Pengguna TikTok tankerrvoverboost berkata dia melihat kejadian itu…
[VIDEO] Wanita Ini Tunjuk ‘Demo’ Dedah Sikap Sebenar Angsa Yang Masyarakat Tidak Tahu. | Lazimnya, banyak kisah yang sering kita dengar berkaitan haiwan ternakan seperti angsa yang suka mengejar orang. Sikap agresif si angsa yang mungkin ‘menjaga’ kawasan membuatkan haiwan tersebut dilihat suka menyondol orang yang ‘dia’ nampak. Jika mahu berkongsi kisah peribadi, penulis juga pernah berdepan insiden ‘ngeri’ apabila sekumpulan angsa secara tiba-tiba cuba mengejar. Langkah seribulah jawapannya. Sejak daripada kejadian itu, kalau nampak sekumpulan angsa termasuk di zoo pun, kalau boleh penulis cuba jauhkan diri. Rasanya ramai yang berdepan pengalaman sama kan? @fiey.adreenaSebab kami tak kawin lg, mak kami…
Tular Kanak-Kanak Ke Sekolah Rentas Sungai Guna Gabus. Ini Sebabnya. | Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak sekolah menyeberangi sungai menggunakan kotak gabus styrofoam. Ramai yang melahirkan simpati bahkan ada yang kagum melihat semangat kental kanak-kanak tersebut pergi dan pulang ke sekolah menyeberangi sungai seumpama itu demi menuntut ilmu. Kelihatan dia lengkap memakai pakaian seragam sekolah dan mendayung menggunakan kedua belah tangannya seperti tiada perasaan takut. Tangannya mendayung di air supaya kotak gabus itu terus boleh terapung. Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelajar Sekolah Dasar (SD) di Desa Kuala Dua Belas, Ogan Komering Ilir, Sumatera…
Influencer India Menari Di Tengah Jalan Demi ‘Gram’. Ini Padahnya. | Cabaran di media sosial boleh menjadi menyeronokkan tetapi pada waktu yang sama, cabaran sedemikian juga boleh menjadi gangguan awam. Ini jelas dalam kes seorang influencer Instagram dari India. Shreya Kalra baru-baru ini menerima cabaran di Facebook, di mana dia terus menari di persimpangan yang sibuk di Indore Madhya Pradesh. Menurut laporan India.com, dalam video itu, Kalra dilihat berlari melintasi jalan menuju ke kawasan lintasan pejalan kaki dan menari lagu Doja Cat. Ketika dia menari, pergerakan lalu lintas di belakangnya mulai perlahan. Video itu telah menjadi viral di media sosial.…
Tiga Mayat Dipotong Ditemui Dalam ‘Longgokan Sampah Terbakar’. | Tiga mayat yang dipotong, termasuk seorang kanak-kanak, ditemui pada Rabu selepas dibuang ke dalam longgokan sampah yang dibakar. Anggota bomba di bandar Fort Worth, Texas, dipanggil berikutan laporan mengenai longgokan sampah yang terbakar kira-kira pukul 6.17 pagi, jelas Jabatan Polis Fort Worth. Selepas mereka memadamkan kebakaran itu, anggota bomba membuat penemuan mengerikan. Mereka menemui badan-badan seorang kanak-kanak kecil, remaja atau perempuan dewasa, dan seorang lelaki dewasa. Mereka ditemui di blok 3100 Bonnie Drive, kawasan barat Fort Worth yang merupakan separa luar bandar dan mempunyai bangunan perindustrian. Tempat pembuangan sampah itu sendiri…
Perkara Yang Sepatutnya Dilakukan Kepada Sajat dan Golongan Sepertinya. Ini komen Mufti. | Khalifah Media Network – GEORGETOWN – Golongan agamawan termasuk pihak berkuasa agama Islam tidak sewajarnya memandang hina kepada usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dan golongan sepertinya. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya pihak berkenaan perlu bersimpati dengan golongan itu dan cuba membantu membimbing serta menasihati mereka semampu yang boleh. Menurutnya, adalah menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama sekiranya mereka tersasar daripada landasan hidup. “Pada pandangan saya, semua umat Islam termasuk golongan agamawan dan…
Pemilik Kereta Lambo Ini Guna Cara ‘Bijak’ Elak Pembayaran Tol. | PETALING JAYA – ‘Kereta sahaja mahal, tapi tol tak nak bayar. Itu reaksi pengguna laman sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi sebuah ‘supercar’ jenis Lamborghini yang cuba mengelak dari membayar tol dengan ‘menyusup’ di bawah palang tol. Menerusi klip video berdurasi 7 saat itu yang dikongsi oleh Bragkash Selvaraju di akaun Facebook miliknya memaklumkan, dia telah merakam aksi kereta mewah itu ketika melalui lorong Smart Tag di sebuah plaza tol. Jelasnya, kenderaan yang dianggarkan berharga melebihi RM1 juta itu berjaya melalui tol dengan palang yang tidak…
Wanita tidak puas hati jiran cuci pakaian ketika majlis pertunangan. Ini reaksi Netizen. | JAKARTA – Satu video memaparkan aksi seorang wanita mencuci pakaian di hadapan rumah ketika jirannya mengadakan majlis pertunangan menjadi bualan netizen di media sosial, lapor laman Suara.com semalam. Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @evicellova, wanita tersebut dilihat tekun mencuci baju dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. “Apa masalah awak ya? Jiran sedang mengadakan majlis, awak malah mencuci baju di luar rumah,” demikian keterangan yang ditulis oleh pemilik akaun itu. Wanita itu dilihat mencuci pakaian di luar rumahnya dengan membawa besen dan di bawah cahaya…
Tuan Pasang Kunci, Meow Dipaksa Diet | London: Pemilik seekor kucing terpaksa menggunakan kaedah ‘agak keras’ untuk memastikan haiwan peliharaannya dapat menurunkan berat badan. Sara Matthews, 47, dari Bristol membela kucing diberi nama Keith sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran ke-10 anak perempuannya. Dia bagaimanapun tidak menyedari kucing itu mempunyai masalah ‘mengawal’ nafsu makan sehingga haiwan peliharaannya itu dikategorikan sebagai obes. Today Online yang memetik Mirror UK melaporkan Matthews berkata, dia terpaksa mengeluarkan belanja 4,635 dolar Singapura (kira-kira RM14,373) untuk memasang kunci antikanak-kanak pada peti sejuk dan almari makanan, tahun lalu. Tindakan itu terpaksa dibuat kerana mahu mengelak Keith mencuri…