Dr Mahathir Hampir Putus Asa Dan Tidak Harap Untuk Pulih. | KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan hampir berputus asa ketika bertarung nyawa, akibat masalah jantung hingga dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hampir dua minggu, bulan lalu. Bekas Perdana Menteri itu mengakui ada ketika, beliau sudah putus harapan untuk sembuh ketika ditempatkan dalam Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN akibat penyakit berkenaan, yang disifatkannya sebagai amat teruk. Bagaimanapun, katanya, takdir menentukan beliau kembali pulih, berkat doa ribuan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mengharapkan negarawan itu sembuh, selain usaha pakar perubatan di IJN untuk menyelamatkan nyawanya. “Saya ucap terima kasih. Ramai…
Author: Admin Aqilah
SPRM Sokong Akta Dana Politik Cegah Sumber Haram-Azam Baki. | PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyokong usaha mewujudkan akta dana politik untuk memastikan sumber kewangan diperoleh parti bukan daripada saluran haram. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata ketika ini sukar untuk membezakan pemberian dana politik dengan rasuah, namun siasatan tetap dijalankan sekiranya menerima laporan. “Dana (politik) yang kita tidak tahu daripada datangnya, kita bimbang ia adalah dana haram. Undang-undang perlu diadakan bagi tujuan mengawal dana yang diterima parti politik daripada sumber yang tidak dapat dipastikan (unknown source). “Ini kerana dana-dana yang datang itu berkemungkinan diperoleh daripada sumber-sumber haram,” katanya ketika…
Isu Guna Kad Kredit Mara Corp Untuk Hal Peribadi, Ini Respons SPRM. | PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan salah laku Pengarah Eksekutif MARA Corporation (MARA Corp), Suhaili Abdul Rahman berhubung penggunaan kad kredit korporat syarikat itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, pihaknya hanya akan bertindak jika ada laporan dibuat. “Kena seseorang buat laporan kepada kita. Setakat ini kita tidak terima laporan apa-apa lagi. “Kalau ada pihak buat laporan kepada polis terpulang, (itu) saya tak tahu. Fokus saya pada hari ini ialah (dakwaan) salah guna kuasa (oleh lima pegawai kanan MARA) iaitu menggunakan…
Galas Beg Berat, Tulang Belakang Murid Bengkok 40 Darjah. | BANGI: Seorang pelajar terpaksa menjalani pembedahan baru-baru ini untuk membetulkan tulang belakang yang bengkok 40 darjah. Bapa Nurul Hanim Fazwin, 17, Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, yang juga pakar kanak-kanak, yakin rutin menggalas beg sekolah berat bertahun-tahun bukan sahaja memberi kesan kepada anaknya, tetapi juga ramai pelajar sekolah di seluruh negara. Susulan pembedahan itu, Nurul Hanim yang aktif bersukan sebelum ini, terpaksa menjalani kuarantin dalam ‘bilik sejuk’ di rumahnya. Beliau tidak boleh berpeluh sama sekali dan terpaksa menghuni bilik bersuhu 16 darjah celsius siang dan malam selama 21 hari. “(Lepas…
Ini Perubahan SOP ‘Check-In’ Di Premis Mulai Jumaat Ini. | PETALING JAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod “check-in” di premis akan dimansuhkan mulai Jumaat ini. “Namun ‘check-in’ menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa. “Bagaimanapun sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod ‘check-in’, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya. Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, melalui mesyuarat Kuartet hari ini kerajaan melaksanakan SOP baharu bagi aktiviti umrah dan akan bermula pada 14 Feb ini. Katanya, antara SOP baharu adalah individu bertanggungjawab atau “person in…
Warga Emas Hilang 11 Jam Ditemui Di Ladang Kelapa Sawit. | LARUT – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang lebih 11 jam di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Ijok, Selama di sini ditemui selamat pada Ahad. Mangsa, Abdullah Ibrahim, 74, ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan pada jam 11.30 malam. Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad berkata, mangsa pada awalnya keluar dari rumahnya sekitar jam 8 pagi untuk membaja pokok di ladang sawit miliknya dengan menunggang motosikal. “Mangsa disedari hilang apabila sehingga jam 12 tengah hari, dia tidak pulang ke rumah menyebabkan anaknya keluar mencari.…
(VIDEO) Penampakan ‘Lembaga Putih’ Tumpang Pacuan Empat Roda. | Walaupun sudah masuk tahun 2022, perkara-perkara mistik masih ada lagi ‘berlaku’ dalam kehidupan seharian kita semua. Lebih-lebih lagi apabila kita memandu pada waktu malam. Terbaharu, pelakon dan pelawak terkenal, Ajak Shiro telah berkongsi satu rakaman video ‘seram’ menerusi Instagram dan TikTok miliknya di mana ada satu susuk berwarna putih berada di atas pacuan empat roda (4×4). View this post on Instagram A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) “Tengok sampai habis. Gurau halus pula malam-malam ini. Apa tu?” tiada butiran lanjut yang dikongsikan oleh Ajak Shiro, melainkan caption tersebut pada hantaran Instagram miliknya. Orang ramai memberikan pelbagai pandangan…
Kenaikan Gaji Minimum. Ini Saranan Dari MTUC Buat Ramai Setuju. | PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Putrajaya menaikkan gaji minimum pada suku kedua tahun ini dan bukannya akhir tahun. Timbalan Presiden MTUC Effendy Abdul Ghani berkata walaupun rancangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 itu disambut baik namun beliau mempersoalkan mengapa ia dilaksanakan menjelang akhir tahun. Menurutnya, kenaikan itu perlu dilakukan selewat-lewatnya pada suku kedua 2022. Jumaat lalu, Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata gaji minimum “sekitar RM1,500 sebulan” dijangka akan dilaksanakan sebelum akhir tahun 2022, walaupun kadar baharu itu belum dimuktamadkan kerana kementeriannya sedang menunggu…
Isu CIMB Bekukan Akaun Tanpa Notis, Ini Sebenarnya Yang Terjadi. | PETALING JAYA: CIMB Bank Bhd (CIMB) menegaskan ia tidak membekukan akaun pelanggan seperti yang didakwa, tetapi hanya menahan wang yang secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam beberapa akaun terbabit. Katanya, ralat pemprosesan mengakibatkan dana bank sendiri digunakan bagi transaksi pendua, bukan daripada pengirim atau pelanggan yang menerima. “Selaras dengan amalan perbankan bagi kejadian sedemikian, kami menahan dan memperuntukkan jumlah pendua yang telah diproses untuk mendapatkan kembali bayaran yang tersalah dibuat kepada pelanggan. “CIMB ingin mengulangi bahawa terdapat ralat pemprosesan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga tertentu yang menyebabkan pemindahan dibuat kepada…
MARA Nafi Salah Guna Kuasa Babit Pegawai Tinggi, Ini Respons SPRM. | PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa atau urus tadbir dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehari selepas badan itu menafikan tuduhan berkenaan yang tular di media sosial. Menerusi kenyataan SPRM berkata, pihaknya memandang serius dakwaan wujudnya isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi tersebut. “Susulan itu, SPRM telah menerima satu aduan berkaitan isu ini dan akan memulakan siasatan pada 7 Feb 2022 (Isnin) dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation,” katanya. Katanya,…