Author: Admin Aqilah

Kecoh Kaki Pesakit Diabetes Yang Dipotong Dilarikan Anjing Liar. | PETALING JAYA: Berlaku kegemparan di Sibu berhubung penemuan sebahagian kaki manusia dipotong dipercayai dibawa lari anjing liar. Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata kaki itu ditemui di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kedai besi buruk yang terletak berhampiran tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Lima di sini, kira-kira jam 8 pagi, hari ini. Menurutnya, bahagian kaki sebelah kiri sehingga paras bawah lutut itu ditemui pekerja kedai besi buruk berkenaan dan segera melaporkan di Balai Polis Lanang. “Susulan itu anggota dari Balai Polis Lanang dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu…

Read More

Pekerja Jumpa Anak Buaya Ketika Cuci Longkang Di Universiti. | KUALA NERUS – Kakitangan sebuah universiti di sini terkejut apabila menemukan seekor anak buaya ketika membersihkan longkang di tepi bangunan universiti terbabit. Pembantu Am, Open University Malaysia (OUM) Terengganu, Ahmad Ismail Salleh, 33 berkata, reptilia berukuran 0.3 meter itu ditemukan berada di lokasi itu kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat lalu. Katanya, dia bersama Penolong Pegawai OUM, Ahmad Solahuddin Abdullah, 35 sedang mencuci longkang di kawasan itu sebelum ternampak objek yang bergerak-gerak di dalam longkang di tepi bangunan universiti. “Pada mulanya kami menyangka anak biawak atau mainan budak yang bentuknya…

Read More

Ancaman Tsunami Di Malaysia? Ini Respons MetMalaysia. | SHAH ALAM – Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia dibuat berdasarkan pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut dan boya antarabangsa serta tempatan dan maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RSTP). Tiada ancaman tsunami di Malaysia susulan kejadian letusan gunung berapi di dasar laut perairan Tonga, Tokyo pada Sabtu. “MetMalaysia sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa. “Sila dapatkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami terkini melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi…

Read More

Prosiding PSC Azam Baki Tidak Dibuka Kepada Umum, Ini Sebabnya. | SHAH ALAM – Semua prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) termasuk pada Rabu yang membincangkan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak akan dibuka kepada orang ramai. Menurut laporan portal The Star, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ia tidak dibuka berikutan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Menurut beliau, semua prosiding PSC dan jawatankuasa lain adalah tertakluk kepada peruntukan peraturan tetap. “Peraturan mesyuarat tidak membenarkan prosiding terbuka. “Malah, peraturan tidak membenarkan perbincangan atau pendedahan saksi, keterangan saksi dan kandungan prosiding sehingga laporan…

Read More

Polis Siasat Pendakwah Kecam Aktiviti Bersihkan Kuil Semasa Banjir. | PETALING JAYA: Polis akan menyiasat seorang pendakwah yang mengecam umat Islam membersihkan rumah ibadat agama lain selepas banjir melanda beberapa negeri baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai mengesahkan menerima laporan sebuah NGO berhubung perkara itu. Beliau berkata, polis Shah Alam akan menyiasat aduan itu memandangkan laporan sama turut diterima di sana. Beh memberitahu FMT, aduan itu akan disiasat kerana melukakan perasaan agama mana-mana orang dan penyalahgunaan internet. Kes itu difailkan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Terdahulu, Pertubuhan Hak Asasi…

Read More

Pihak Masjid Tetap Tidak Akan Mohon Maaf, Ini Sebabnya. | KUANG: Pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah berpendirian tidak akan tunduk terhadap permintaan bapa kepada remaja yang videonya tular dimandikan seperti ‘jenazah’, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. FMT dimaklumkan oleh datuk kepada remaja terbabit, Rosli Sidek, 65, bahawa bekas menantunya itu dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang, selain meminta pihak masjid membuat permohonan maaf kerana telah memalukan anaknya. “Dia (bapa Daniel) ada maklumkan nak buat saman, dia dah pasang peguam,” katanya ketika ditemui FMT, petang tadi. AJK masjid yang enggan dinamakan berkata, bagaimanapun pihaknya telah membuat pertemuan secara aman…

Read More

Isu Saham: Ini Tindakan Azam Baki Untuk Membersihkan Namanya. | PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memfailkan tuntutan saman terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam, berhubung penerbitan artikel di portal Independent News Service (INS) pada 26 Okt dan 15 Dis tahun lalu. Peguamnya Megat Abdul Munir, berkata tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Megat berkata, keputusan mengemukakan saman fitnah dibuat selepas Lalitha gagal memberi sebarang maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Jan lalu. “Dia (Lalitha) menerusi peguam sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter, dengan menyatakan bahawa beliau kekal terhadap dakwaan seperti…

Read More

Bekas Bintang Bola Sepak Negara, Serbegeth Singh Meninggal Dunia. | PETALING JAYA: Bekas bintang bola sepak negara Serbegeth Singh atau Shebby dilaporkan meninggal dunia ketika berbasikal petang tadi di Johor. Beliau berusia 61 tahun. Beberapa gambar dikaitkan dengan kejadian itu tular sejak petang tadi. Bagaimanapun butiran penuh belum diperolehi. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kematian Shebby. Katanya, kejadian itu berlaku ketika Shebby berbasikal bersendirian di Sunway Iskandar. Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga Shebby susulan pemergiannya secara mengejut petang tadi. FAM berkata, Shebby dikenali sebagai seorang pemain pertahanan kental sepanjang kerjaya bersama Johor,…

Read More

Kawah ‘Api Neraka’ Di Turkmenistan, Ini Tindakan Lanjut Presiden. | ASHGABAT – Pakar-pakar diminta mencari jalan untuk memadamkan api di sebuah kawah yang mengandungi api dan dikenali sebagai ‘Pintu ke Neraka’ di Gurun Karakum, kira-kira lebih 256 kilometer ke utara ibu kota Ashgabat, Turkmenistan. Usaha bagi mencari kaedah untuk memadamkan api itu dicadangkan oleh Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov menerusi satu ucapan di televisyen pada Sabtu lalu. ‘Pintu ke Neraka’ itu turut dikenali sebagai kawah gas Darvada dan sudah terbakar sejak tahun 1971 lagi. Kawah itu terbakar secara tidak sengaja ketika kerja-kerja penggalian dilakukan oleh Kesatuan Soviet lebih empat dekad lalu…

Read More

Penemuan Muntah Ikan Paus, Ini Jawapan Mengejutkan Oleh Jabatan Perikanan. | KUALA TERENGGANU – Ketulan objek yang ditemui seorang wanita ketika memancing di perairan Marang pada November lalu disahkan sebagai bukan muntah ikan paus. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, hasil ujian terhadap ketulan tersebut tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif iaitu ‘ambrein’, ‘epicoprosterol’ dan ‘coprostanone’ di dalamnya yang menjadi elemen penting kepada ketulenan sesuatu sampel ambergris. “Sebaliknya, kandungan yang dijumpai pada sampel itu mendapati ia terbentuk daripada pengumpulan bahan organik seperti asid lemak lalu membentuk ketulan sedikit berfiber (berserabut). “Secara saintifiknya, peratusan terbanyak yang terkandung di dalam ketulan…

Read More