Author: Daachayani Arul Sekaran

Cik Daachayani merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Wanita Jadi Cacat Gara-gara Buat Pembedahan Plastik, Suami Nekad Bercerai | Seorang lelaki Jordan nekad menceraikan isterinya selepas pembedahan plastik yang dilakukan isterinya itu gagal sehingga membawa kepada kecacatan, lapor Gulf News. Menurut ketua Persatuan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Jordan, Omar Al Shobaki, pembedahan tersebut dikatakan telah dijalankan oleh doktor yang tidak bertauliah. Dalam satu program, Al Shobaki berkata bahawa pembedahan itu telah menyebabkan kecacatan yang tidak boleh diperbaiki oleh mana-mana pakar pembedahan plastik di dunia. Menurut Gulf News, doktor yang melakukan pembedahan tersebut telah mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang berkenaan. Kos pembedahan plastik…

Read More

Wanita Terkejut Dan Terus Hilang Selera Makan. Ini Sebabnya. | Seorang ibu terkejut, sebaik menjumpai seekor cacing di dalam jejari ikan yang dihidangkan kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun, lapor Daily Star. Rona Lovell yang berumur 28 tahun, mendakwa jejari ikan tersebut dibeli di sebuah pasar raya di Skelton, North Yorkshire. Ketika memotong salah satu daripadanya, dia telah ternampak bendasing berwarna hijau. Menurut Rona, dia berasa terkejut dan hilang selera makan apabila menjumpai cacing bersaiz garfu dalam jejari ikan tersebut. Rona berkata mereka amat menyukai jejari ikan dari jenama berkenaan, tetapi mereka tidak akan beli produk ini lagi. Menurut…

Read More

Kanak-Kanak 3 Tahun Terperangkap Dalam Kereta Berjaya Diselamatkan | Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat sini hari ini. Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi. Beliau berkata setibanya di lokasi, seorang kanak-kanak didapati terperangkap di dalam kenderaan Proton Exora yang terkunci ketika ibu mangsa keluar membeli barangan runcit. Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pihak bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa yang tidak mengalami…

Read More

Kucing Hitam Bawa Balik Hadiah ‘Rare’ Untuk Tuan | Seekor kucing hitam membuat kejutan apabila dia bawa balik satu kepala buaya dipercayai sebagai hadiah kepada tuannya. Kucing memang terkenal dengan sikap suka membawa ‘hadiah’ sebagai balasan kepada kita kerana telah menjaganya. Justeru, tidak hairanlah jika rumah kita dipenuhi dengan haiwan atau barang yang diheretnya ke rumah. Baru-baru ini berlaku satu kejadian di Waukesha, Wisconsin di mana seekor kucing hitam milik wanita bernama Wendy Wiesehuegel telah membawa ‘hadiah besar’ ke rumahnya. Difahamkan, kucing hitam yang bernama Burnt Toast itu telah mengheret kepala buaya ke halaman rumahnya pada Ahad. Malah menurut jiran…

Read More

3 terbunuh, 20 terperangkap akibat tanah runtuh | Tiga terbunuh manakala kira-kira 20 orang terperangkap dalam lumpur akibat kejadian tanah runtuh di sebuah jalan raya di barat laut, Colombia, semalam. Pasukan penyelamat dilaporkan giat mencari penumpang bas dan penunggang motosikal yang terperangkap dalam kemalangan yang berlaku di kawasan terpencil sebuah perbandaran Pueblo Rico. “Sembilan diselamatkan, tiga maut dan dianggarkan 20 lagi belum ditemui. “Ia adalah satu tragedi,” ciap Presiden Gustavo Petro di Twitter. Pegawai pertahanan awam melaporkan, seorang daripada yang maut ialah kanak-kanak berusia tujuh tahun. Katanya, bas itu bertolak dari bandar Cali dengan 25 penumpang. Seorang mangsa, Andres Ibarguen yang…

Read More

Pekebun Miliki Senapang Angin Buatan Sendiri Ditahan | Seorang pekebun berusia 53 tahun ditahan dan selaras senapang angin dirampas selepas polis melakukan serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Sri Medan pada Ahad. Asisten Komisioner Ismail Dollah, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat melakukan serbuan di bengkel berkenaan pada jam 1.15 tengah hari. Beliau berkata, hasil serbuan tersebut pihak polis merampas senapang angin serta peluru yang berada dalam sebuah kereta di bengkel berkenaan. Senapang angin tersebut dipercayai dibuat sendiri oleh suspek. Beliau juga berkata dalam kenyataan pada Isnin bahawa suspek…

Read More

Tragedi Kepala Air, 14 M@ut Semasa Upacara Keagamaan Di Sungai | Sekurang-kurangnya 14 maut manakala beberapa mangsa lain masih hilang apabila banjir kilat melanda, kelmarin. Robert Mulaudzi, Jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Kota Johannesburg, berkata, mangsa terbabit antara sekumpulan 33 penganut yang menyertai upacara gereja di tebing sungai Jukskei apabila banjir melanda kawasan itu, Sabtu lalu. Katanya, paderi yang mengetuai upacara itu termasuk pembaptisan terselamat. Beliau berkata dua hanyut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 12 lagi mayat ditemukan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan bomba masih mencari orang yang hilang, namun peluang untuk menemui mereka masih hidup semakin pudar. Beliau…

Read More

Pesakit Matikan Mesin Ventilator Rakan Sebilik | Seorang wanita berusia 72 tahun ditahan selepas dia didakwa mematikan mesin ventilator rakan sebilik hospitalnya sebanyak dua kali kerana marah dengan bunyi yang dikeluarkan oleh alat bantuan pernafasan tersebut, lapor portal berita MailOnline. Menurut pihak berkuasa Jerman, warga emas itu berdepan hukuman penjara kerana disyaki melakukan cubaan membunuh. Insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di Mannheim, barat daya Jerman, petang Selasa lalu. Polis dan pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa suspek mematikan alat pernafasan wanita berusia 79 tahun itu. Walaupun diberitahu oleh kakitangan hospital bahawa mesin ventilator itu penting untuk pesakit, dia…

Read More

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sungai Perak | Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Sungai Perak di Permatang Pelanduk Labu Kubong semalam. Mangsa warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tersangkut di rumput air di tepi sungai pada pukul 2 petang. Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, berkata, mayat tersebut dibawa naik oleh pasukan bomba namun keadaannya yang kembung menyukarkan pengecaman. Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mangsa. Beliau berkata, mayat dikenal pasti sebagai lelaki warga tempatan berdasarkan parut suntikan BCG di lengan sebelah kiri. Mangsa dianggarkan berusia 40-an. Beliau juga…

Read More

Identiti Abang Ipar Terbongkar Rupanya Sudah Beristeri Enam | Identiti seorang lelaki yang dipercayai berkahwin dengan enam isteri akhirnya terbongkar apabila salah seorang adik iparnya melihat dia bersama wanita lain di stesen kereta api dalam kejadian di India baru-baru ini, lapor India Times. Helah lelaki tersebut yang berasal dari Kampung Javatari ‘terkantoi’ apabila adik salah seorang isterinya (Mandu), iaitu Vikas yang tiba di stesen kereta api Jamui pada petang Isnin untuk pergi ke Kolkata terjumpa dengannya bersama beberapa wanita lain. Menurut India Times, ibu mertuanya, Kobia Devi dan juga ibu kepada Mandu memaklumkan kepada pihak polis bahawa anak perempuan mereka telah…

Read More