Kucing Hitam Bawa Balik Hadiah ‘Rare’ Untuk Tuan | Seekor kucing hitam membuat kejutan apabila dia bawa balik satu kepala buaya dipercayai sebagai hadiah kepada tuannya.
Kucing memang terkenal dengan sikap suka membawa ‘hadiah’ sebagai balasan kepada kita kerana telah menjaganya. Justeru, tidak hairanlah jika rumah kita dipenuhi dengan haiwan atau barang yang diheretnya ke rumah.
Baru-baru ini berlaku satu kejadian di Waukesha, Wisconsin di mana seekor kucing hitam milik wanita bernama Wendy Wiesehuegel telah membawa ‘hadiah besar’ ke rumahnya.
Difahamkan, kucing hitam yang bernama Burnt Toast itu telah mengheret kepala buaya ke halaman rumahnya pada Ahad. Malah menurut jiran Wendy, pada mulanya mereka menyangka ‘benda’ tersebut ialah ikan besar.
Wendy berkata dia sangat bangga dengan dirinya (merujuk kucing). Tidak dijangka.
Namun, selepas memeriksa dengan teliti, Wendy terkejut mendapati ‘hadiah’ yang diberikan kepadanya rupa-rupanya adalah kepala buaya.
Wendy bertambah lagi, saya menunduk untuk memeriksanya dan berkata, ‘Itu bukan ikan, itu buaya’.
Menurut New York Post, kepala reptilia itu kelihatan masih utuh sepenuhnya, namun apabila diterbalikkan, kepala itu telah kehilangan sebahagiannya daripada tengkoraknya.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Seorang Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Kucing Peliharaan
Seorang lelaki di Singapura didakwa di mahkamah kerana gagal menyediakan makanan dan air untuk kucingnya secukupnya selama lima minggu sehingga mengakibatkan haiwan itu mati kebuluran, lapor CNA.
Asalnya tertuduh yang berusia 25 tahun itu didakwa pada Ogos lalu kerana menyebabkan kucingnya mati kelaparan, tetapi pertuduhan itu dipinda pada Rabu.
Tertuduh menghadapi pertuduhan menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada kucing kelabunya dengan gagal memberikannya makanan dan air yang mencukupi secara tetap antara 25 Disember 2020 dan 2 Februari 2021.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh memelihara kucing itu di sebuah flat di Sembawang.
Difahamkan, tertuduh sepatutnya mengaku bersalah pada Rabu, namun dia meminta penangguhan untuk mengumpul dana serta memberi alasan isterinya baru bersalin tiga minggu lalu.
Tambah tertuduh, dia turut mempunyai janji temu bersama Lembaga Perumahan (Singapura) pada hari berikutnya, namun sekiranya gagal menghadirkan diri, rumah flat didudukinya akan dirampas semula.
Hakim berkata lazimnya sebarang penangguhan demi penangguhan memang tidak dibenarkan, namun beliau mengambil kira jawapan tertuduh sama ada dia mampu ataupun tidak untuk mendapatkan dana.
Tertuduh menjawab dia mampu untuk berbuat demikian dan akhirnya hakim memberi penangguhan pada Disember untuk tertuduh membuat pengakuan.
Atas pertuduhan yang dihadapi, tertuduh boleh dipenjara sehingga 18 bulan, didenda sehingga RM50,000 atau keduanya-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Sumber: CN News
Peniaga Berang Koyakkan Baju ‘Kucing Gemuk’, Ini Sebabnya..
Peniaga Berang Koyakkan Baju ‘Kucing Gemuk’, Ini Sebabnya.. | Seorang peniaga ‘bundle’ tidak dapat mengawal kemarahannya lalu mengoyakkan dua helai baju yang dijual secara bidaan ketika melakukan siaran langsung di Facebook semalam.
Peniaga itu bertindak demikian kerana harga yang tawarkan RM80 ketika bidaan sangat rendah dan masih tidak mencapai harga semasa pakaian itu.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan perkara itu adalah sebagai ‘adat’ dalam berniaga.
“Manusia bila marah dia akan menutup minda akal dan fikiran. Dalam berniaga kalau dah tak boleh untung jual hingga pulang modal dikira cukup sudah,” kata @razmanlmr
“Aku tak kesian dekat baju tu, tapi aku kesian dekat penjual, dia mesti ada masalah lain tapi nak cari duit juga. Sepatutnya bertenang, dah tenang sambung jual balik,” kata @AkidoFigger.
“Mental koyak berniaga. Sabar, rezeki Allah yang bagi. Berniaga ada pasang surutnya. Tak perlu tunjuk diri macam tu sangat,” kata @ZaidiZailani.
Sumber : Kosmo