Doktor Terkejut Perut Lelaki Ini Penuh Dengan Duit Syiling | Sepasukan doktor di India menemui satu kes perubatan jarang jumpa selepas berjaya mengeluarkan 187 keping syiling dari perut seorang lelaki. Duit syiling itu mempunyai berat keseluruhan 1.5 kilogram ditemukan dalam perut pesakit berusia 58 tahun yang turut mengalami masalah psikiatri. Dr Eshwar Kalaburgi, salah seorang doktor di Hospital HSK di Bengaluru berkata, lelaki itu muntah-muntah dan mengadu sakit perut sebelum pihaknya melakukan endoskopi dan mengeluarkan syiling itu. Katanya, lelaki itu yang menghidap skizofrenia dikesan menelan 187 keping syiling dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu. Beliau berkata dalam kes ini,…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Ngeri, Wanita ‘Hilang’ Separuh Buah Pinggang | Seorang wanita terpaksa membuang separuh buah pinggangnya menerusi pembedahan kecemasan selepas mengalami sakit di bahagian perut, disebabkan menjalani sesi urutan kasar untuk menurunkan berat. Oddity Central melaporkan bahawa wanita yang berusia 41 tahun itu dilaporkan ingin menurunkan berat badan dengan bantuan urutan. Oleh itu, dia telah mengunjungi sebuah spa yang terletak di Hangzhou di wilayah Zhejiang, China. Semasa tukang urut tersebut mengurut, wanita itu hampir tidak dapat menahan sakit di bahagian perutnya dan memaklumkan kepada pengurut itu mengenainya. Namun, tukang urut itu mendakwa rasa sakit tersebut datang berpunca daripada lemak yang ‘meninggalkan’ badannya. Wanita…
3 Orang Diselamatkan Lepas 11 Hari Bertenggek Bawah Kapal | Tiga orang berjaya diselamatkan oleh pegawal pantai Sepanyol selepas 11 hari ‘bertenggek’ di atas kemudi sebuah kapal yang tiba di Kepulauan Canary. Memetik CNN News, gambar yang disebarkan oleh pengawal tersebut pada Ahad lalu mendedahkan tiga orang pendatang yang berada di atas sebuah kapal tangki minyak dan kimia, Althini II. Menurut Marine Traffic, kapal berkenaan dilapor tiba di Las Palmas pada Ahad lalu selepas berlayar dari Lagos di Nigeria. Sehingga kini, mereka telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Untuk pengetahuan, Kepulauan Canary berada di bawah naungan Sepanyol dan merupakan pintu…
Isteri Pendam Kes Suami Dera Sebab Tak Berani Dan Malu | Antara alasan yang menghalang wanita untuk membuat laporan terhadap kes penderaan atau keganasan rumah tangga yang dilalui oleh mereka adalah risau, takut, malu, kurang maklumat, tidak berani dan konflik peribadi. Siti Fatimah Abdul Ghani, Kaunselor Berdaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, berkata masih ramai wanita tidak mempertahankan hak dan kebajikan diri disebabkan stigma serta persepsi berkenaan. Justeru, isu penderaan atau keganasan dalam rumah tangga sering kali berlaku membabitkan perkara itu sehingga membelenggu emosi wanita. Beliau berkata mangsa juga mungkin faham dan sedar ada peruntukan undang-undang sedia…
2 Lelaki Terlibat Judi Piala Dunia Ditahan | Dua lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan judi catit taruh bola sepak Piala Dunia di bandar Batu Pahat pada Isnin. Asisten Komisioner Ismail Dollah, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, berkata, suspek berusia 57 dan 62 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah restoran pada jam 8.45 malam. Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM410. Beliau menyatakan dalam satu kenyataan media pada Selasa bahawa hasil semakan juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai jumlah tahap (limit) akaun perjudian atas talian sebanyak RM15,000. Tambah beliau, kedua-dua suspek akan…
Jururawat Tikam Wanita Kerana Salakan Anjing | Hanya kerana berang anjing menyalak ke arahnya, jururawat lelaki bertindak kejam membunuh seorang wanita Australia di pantai Wangetti, utara Cairns, Queensland, pada 2018. Itu pendedahan yang diperoleh pegawai penyiasat selepas lelaki berkenaan ditahan polis Delhi, baru-baru ini selepas lebih empat tahun menyembunyikan diri. Portal India Today melaporkan, penyiasat berkata siasatan mendapati wanita dikenali sebagai Toyah Cordingley yang berumur 24 tahun, sedang berjalan bersama anjingnya di pantai berkenaan. Rajwinder Singh, 38, yang berasal dari India turut ke pantai itu dengan membawa pisau dan beberapa buah. Dia meninggalkan rumah selepas bertengkar dengan isterinya. Bagaimanapun, ketika…
Selepas Menang Taruhan Piala Dunia, Lelaki Nekad Bakar Rumah Sendiri | Seorang lelaki di Indonesia nekad membakar rumahnya sendiri, disebabkan tidak berpuas hati dengan jumlah wang taruhan yang diterima. Kejadian itu berlaku di Desa Tanaki Lindongan, Kecamatan Siau Barat Selatan di Sitaro, wilayah Sulawesi Utara pada Jumaat lalu. Individu itu dikenali sebagai JD atau Joi dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu gembira setelah menang pertaruhan Piala Dunia 2022. “Siasatan awal mendapati Joi bersama rakannya bertaruh 200,000 rupiah (RM57) ketika perlawanan antara Brazil dan Serbia. Iwan Permadi, Ketua Polis Kepulauan Sitaro berkata kepada Detikcom pada Sabtu bahawa kemenangan akhirnya berpihak kepada Joi…
Lelaki Didakwa, Khianat Bas Bawa Pemain | Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba melakukan khianat dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor. Tertuduh, Mohamad Haadi Wahab yang berumur 27 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melakukan perbuatan khianat ke atas harta benda dengan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC membabitkan kerugian kira-kira RM15,000. Kesalahan itu didakwa dilakukan di pekarangan StadiumSultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak jam 12.05 malam pada 22 November lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh…
Lelaki Dicekup 6 Jam Selepas Meragut | Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang meragut telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Jalan SS1/22, di Petaling Jaya Sabtu lalu. Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11 pagi semasa mangsa duduk menunggu di stesen minyak berkenaan sementara isterinya pergi mengundi. Beliau berkata lagi, tiba-tiba datang sebuah motosikal nombor pendaftaran dan warna tidak pasti yang dinaiki seorang lelaki memakai baju berwarna kuning telah meragut telefon bimbit jenis Huawei Mate 20 milik mangsa. Beliau berkata dalam kenyataan pada Khamis bahawa mangsa tidak mengalami sebarang…
Bayi 2 Hari Terbvnuh Dalam Serangan Rusia | Oleksandr Starukh, gabenor wilayah Ukraine menyatakan bahawa bayi lelaki yang berusia 2 hari terbunuh selepas peluru berpandu Rusia menghentam sebuah hospital di selatan Ukraine. Beliau berkata, tembakan artileri itu mengenai wad bersalin di bandar Vilniansk, Zaporizhzhia, pada awal pagi Rabu. Beliau berkata lagi, pada waktu malam, Rusia melancarkan roket besar (ke arah) wad bersalin kecil hospital di Vilniansk. Menerusi Telegram, Starukh berkata seperti dilaporkan portal Independent bahawa kedukaan memenuhi hati kami, seorang bayi yang baru muncul di dunia dibunuh. Laporan berkenaan menyatakan bahawa ibu bayi yang baru lahir itu bagaimanapun diselamatkan dari runtuhan.…